Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Bahaya Soya Kepada Wanita

Soya dikatakan sebagai makanan sejuk dan tidak sesuai diamalkan terutama oleh wanita dalam pantang. Pengambilan soya menyebabkan masalah kentut faraj, badan berangin, sakit2 urat dan mengurangkan keinginan seksual wanita. Benarkah kenyataan ini? Kalau betul, memang bahaya sungguh soya ni kepada wanita.


Soya Penyebab Masalah Kentut Faraj?


Saya tergolong dikalangan orang2 yang badan mudah sangat berangin. Masa dalam pantang, kicap pon saya tak boleh makan sebab angin. Kicap asal dari soya kan? Sebaliknya, saya ambil ESP seperti biasa semasa pantang tetapi masalah angin takde pulak. Malah, pengambilan ESP waktu awal pagi masa perut kosong menghilang sebu dan mengeluarkan angin dalam badan.

Kentut faraj terajadi akibat otot2 di kawasan faraj yang sudah longgar akibat bersalin dengan kerap dan masalah pada organ kencing.
Soya tidak bersalah dalam masalah ini.


Soya Propaganda Yahudi?


Wujud juga bidaah mengatakan soya merupakan propaganda yahudi dan orang2 yahudi sendiri tidak makan/ minum soya. Well, sebagai manusia bijaksana yang dikurniakan akal untuk berfikir, kita takkan terima bulat2 apa sahaja yang dikatakan orang tanpa menyelidik terlebih dahulu bukan? Cubalah anda buat carian di google. Taip sahaja perkataan "jewish soy bean" dan anda akan dapat jawapannya. Orang2 yahudi tak makan soya??? Ouh pleasee!

Nak memudahkan pembaca, saya explain sikit ye. Yahudi tak makan "Kitniyot" semasa "Passover".  Kitniyot are grains and legumes such as rice, corn, soy beans, string beans, peas, lentils, mustard, sesame seeds and poppy seeds. Hanya semasa Passover tau. Time lain2, diorg amik jek."Passover" ni merupakan suatu ritual berkaitan agama mereka. Cam org Islam tak makan dan minum semasa berpuasa, oang Hindu tak makan bende berdarah semasa sebelum Thaipusam dan Yahudi tak makan Kitniyot semasa Passover. Mereka juga tak makan nasi semasa "Passover". Jadi, adakah ini bermakna NASI juga propaganda yahudi memandangkan kita rakyat Asia makan nasi? Bak kata Nabil, "lu fikirlah sendiri".

Berbalik kepada isu soya yang dikatakan bahaya kepada wanita. Saya terjumpa link yang menyatakan soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita.


Soya Penyebab Kanser?


Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser.Maknanya, ikutlah cara Islam yakni bersederhana dalam segala hal. Gula dan nasi asalnya tidak bahaya. Tapi apa yang akan berlaku jika kita ambil gula dan nasi secara berlebihan? pastinya memudaratkan bukan? Jadi bolehkah disimpulkan yang gula dan nasi penyebab penyakit?

Nak habaq mai sikit.
Highest breast cancer incidents reported
  1. Belgium
  2. Denmark
  3. France
  4. The Netherland
  5. Bahamas
Highest world soy producers
  1. United States of America
  2. Brazil
  3. Argentina
  4. China
  5. India
Highest world soy consumers
  1. China
  2. United States of America
  3. Brazil
  4. Argentina
  5. European Union
Dari list kat atas, boleh nampak sendiri dan kita sebagai pengguna bijak boleh buat penilaian. Apa concrete evidence yang soya ni bahaya sangat pada wanita sampai boleh sebabkan breast cancer?

Pendapat peribadi saya, bersederhanalah dalam semua perkara. Tiada siapa pon yang menolak makanan sunnah dan menyatakan makanan sunnah itu tak elok. Sedangkan pengambilan madu dan gula yang melampau2 juga boleh memberi kesan kepada kesihatan (sapa kata telan madu sebotol sehari tak bahayakan pengguna?). Tolonglah berhenti menyebarkan artikel "kebijaksanaan Yahudi menipu kita" tu. Menyebarkannya samalah seperti mengiyakan bahawa kita ni BODOH sangat kan? Yahudi takdelah bijak sangat pon, dan kita ni takdela bodoh sangat kan? 

Salam sayang,
Norul   
SMS/Whatsapp: 018-290 7924     
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah  
Pengedar Shaklee sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju

 


Sumber:
http://ummitiqah.blogspot.com/2013/02/bahaya-soya-benar-atau-tidak-soya.html
http://ummitiqah.blogspot.com/2012/10/7-kriteria-pemilihan-soya-yang-selamat.html

7 comments:

  1. org yg beriye2 sogok makanan sunnah ni yg jual habbatussauda, madu, etc ni je. nak lakukan jualan, sebut macam2. habis tu kalau yg duduk kat artik or antartik tu mana nak dapat kurma or madu? lebah pun tak hidup.

    kalau lah nabi ditakdirkan dilahirkan di jepun, pasti Sushi tu salah satu makanan sunnah gamaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang fanatik. tapi pengguna yang bijak pasti sedar dan kaji segala faktor sebelum mempercayai bulat2 tentang sesuatu fakta (auta) bukan ?

      Delete
  2. Betul2.. setuju.. bersederhana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, bersederhana tu pon amalan nabi juga :-)

      Delete
  3. sala. saya setuju. bersederhana dalam semua perkara
    www.fadhilee.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Highest breast cancer negara lain, highest soy producer negara yg berlainan. Fakta yang membuka mata ramai orang!

    ReplyDelete