Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Reverse Cycling dalam Penyusuan

Masa ambik Raudhah, baby sitter dia cakap "Raudhah dah kurang minum susu. kalo minum pon dalam 1 atau 2 oz je. nampak botol, dia geleng2". Laa, patutla kat rumah dia kerap menyusu waktu malam. Reverse cycling rupanya si bulat sorang ni:)

Definisi

Reverse cycling dalam penyusuan ialah keadaan di mana bayi lebih kerap meyusu di sebelah malam berbanding siang. Macam kes saya contohnya. Kebiasaaannya, Raudhah hanya akan bangun 1 atau dua kali di sebelah malam untuk menyusu. Tapi sekarang ni, sekurang-kurangnya 3 kali dia akan bangun malam untuk menyusu. Mujur saya amik set 3M, jd tak terasa penatnye. hehe

Kenapa reverse cycling terjadi?

Ianya adalah keadaan biasa yang boleh berlaku kepada mana2 bayi. Ini berlaku kerana corak penyusuan normal bayi terganggu atas sebab-sebab tertentu. Antaranya,
  1. bayi sukar memberikan tumpuan sepenuhnya ketika menyusu kerana terlalu aktif
  2. ibu terlalu sibuk di waktu siang sehinggakan kurang menyusukan bayinya
  3. ibu bekerja di siang hari 
 Ketiga-tiga senario ini kadangkala bertindih di antara satu sama lain.

Untuk senario pertama dan kedua, bayi akan lebih kerap menyusu di waktu malam kerana dia perlu menggantikan tempoh penyusuannya yang pendek, terhad ataupun tertinggal pada siang hari. Pada waktu malam, suasana yang sunyi terutama jika ibu menyusu di bilik tidur dengan lampu yang malap akan memberikan ketenangan supaya ibu dan bayi dapat menggantikan masa berkualiti yang sangat diperlukan. 

Bagi senario ketiga pula, bayi dalam kategori ini akan meminum susu perahan ibu sekadar mengalas perut dan akan menunggu ibunya pulang ke rumah supaya dia boleh menggantikan waktu penyusuannya pada siang hari.

Maintain ketak2 walaupun reverse cycling :)

Apa yang perlu dilakukan

Jika bayi anda mengalami reverse cycling, jangan bimbang. Kebiasaannya, ibu mungkin akan berasa agak letih kerana terpaksa melayan anaknya sepanjang malam. Walau bagaimanapun, ia boleh diringankan jika anda mengamalkan tip di bawah:

1. Mendapatkan tidur atau rehat yang mencukupi:

Tidur lebih awal. Pastikan anda tidur apabila bayi anda tidur setiap kali anda berada di rumah. Pastikan bayi anda tidur bersama atau diletakkan berhampiran anda pada waktu malam. Untuk memastikan anda tidak keletihan, ambillah supplemen untuk membantu anda kekal bertenaga.

2. Jika si ibu sibuk pada siang hari:
Menggendong bayi adalah yang terbaik untuk anda memastikan bayi sentiasa dengan anda walaupun sedang sibuk membuat kerja rumah. Gunakan baby sling ataupun baby carrier.
Ibu haruslah peka dengan corak penyusuan harian bayi. Ini hanya boleh dilakukan dengan mudah sekiranya bayi berdekatan anda. Walau sesibuk mana sekalipun, bayi anda sangat memerlukan masa one-on-one bersama anda.

3. Jika bayi anda reverse cycling ketika anda di tempat kerja:
  • Pastikan stok susu disimpan dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak membazir.
  • Banyaklah bersabar dan jangan terlalu stres. Anggaplah ia sesuatu perkara yang positif. Anggaplah bayi anda lebih menggemari anda berbanding botol.
  • Pastikan bayi diberi peluang untuk menyusu dengan sepuaspuasnya bila anda berada dengannya.
  • Perhatikan tumbesaran dan pembuangan air kecil dan besar bayi

Bagaimana cara mengatasi

Reverse cycling ialah perkara normal yang terjadi secara semulajadi, hasil kekuasaan tuhan. Anda tidak perlu bimbang bayi tak cukup susu dan sebagainya. Ketahuilah reverse cycling tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan kepada bayi daripada segi bekalan nutrisi dan tumbesarannya sekiranya bayi menyusu dengan kerap dan tanpa had apabila bersama ibunya di waktu malam. Dalam hal ini, ibu perlu memastikan bayi membuang air kecil dan besar secara normal dan mempunyai peningkatan berat badan yang baik kerana ini boleh dijadikan petanda bayi anda normal.

Rujukan : momslittleone


Salam sayang,
Norul   
SMS/Whatsapp: 018-290 7924     
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah  
Pengedar Shaklee sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju
 






2 comments:

  1. Info yang berguna untuk reverse cycling..

    ReplyDelete
  2. saya berterima kasih sekali kepada anda yang telah membincangkan mengenai Reverse Cycling. Berkunjung balik ke posting saya di obat pengencer darah kental

    ReplyDelete