Alhamdulillah, minggu depan (25-3) Raudhah akan genap 5 bulan. Susu masih byk dlm deep freezer. Betullah ade hikmah dlm setiap apa yang berlaku.
Masa mula lahir, raudhah taknak menyusu terus dr badan. Demi untuk memberi yg terbaik, saya usahakan pam dan beri melalui botol. Dapatla tgk rupa sebenar susu awal yg berwarna macam teh susu tu :)Terima kasih buat susuibu. Dari situ saya beroleh semangat dr ibu2 yang menghadapi masalah sama.
Saya usahakan pam setiap 2 jam sekali. Saya ingatkan susu ibu2 yang dihasilkan oleh ibu2 pengepam tegar (exclusive pumping mom) ni kurang dari yang menyusu terus dari badan sebab itula yang selalu dikatakan orang. Salah rupanya. Ternyata, dalam masa 2 bulan, saya berjaya mengumpul lebih dari 100 peket susu X 5oz. Tu tak termasuk susu yang dah diberi pada Raudhah. Kengkadang tu baru sejam pam lepas tu dah ade "let down reflect". Lepas 2 bulan, alhamdullah, Raudhah dah nak menyusu terus dari badan. gembiranya saya!!!
My Healthy Baby Raudhatul Amni. 7.1KG@4months |
Lepas dah habis cuti 3 bulan, saya dah tak ingat berapa peket stok yang dapat. Cuma ingat dekat 100 peket yang terpaksa dibuang sebab rosak masa proses balik dari kampung ke KL. Walaupun sedih, tapi masih terubat sebab deep freezer rupanya penuh dengan susu yang dah dibawak balik husband sebelum2 ni. Kalau ade yg lagi 100 peket tu pon, mungkin tak muat freezer ;p
Kesimpulannya, walau apapun cara yang dilakukan samada menyusu terus dari badan ataupun menggunakan pam, konsep asas "permintaan dan penawaran" (demand and supply) harus diikuti. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyaklah susu yang terhasil. Istiqamah, doa dan tawakkal juga kunci kejayaan. Kesihatan ibu juga harus dijaga. Bila badan sihat dan cergas, barulah susu banyak terhasil.
Alhamdullillah, saya ade emak yang banyak membantu semasa pantang, menguruskan anak sulung dan kedua yang baru 3 dan 2 tahun. Punyalah buas dan nakal. Pembantu kedua juga banyak menolong saya cergas iaitu Alfalfa. Saya masih cergas walaupun lepas susukan raudhah dengan botol di tengah malam, saya kene pam pulak. Dah la dia menyusu setiap 2 jam. Terima kasih buat kawan yang sedekahkan alfalfa tu kat saya. Moga saya berjaya menyusukan Raudhah selama mana yang dia mahu, insyaAllah.
My Best Friend:)
* These statements have not
been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are
not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
|
Salam Sayang,
Norul
FB Page: Ummi Tiqah
No comments:
Post a Comment