Musim hujan yang sering melanda kebelakangan ni menyebabkan kita 
kerap demam dan selsema. Saya sendiri baru je demam minggu lepas. Apa 
yang saya buat bila saya demam?
Saya akan ambil 2 biji vitamin C yang dipatah 2, namun kalau selepas 
beberapa hari tiada perubahan saya akan ambil sepeket NutriFeron. 
Sekarang, saya suka ambil NutriFeron seminggu sekali untuk sistem 
imuninasi saya. Selain itu, boleh juga salurkan kepada bayi yang tengah 
menyusu. Suami saya sendiri kalau rasa nak demam terus ambil NutriFeron.
 Alhamdulillah, terus tak jadi demam.
Apa itu NutriFeron?
Dicipta
 Oleh Individu Yang Menemui Interferon iaitu Ahli imunologi yang 
terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojim. Campuran fitonutrien yang 
berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel.
 Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan 
imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di 
dalam NutriFeron.
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan
 berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai 
suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set 
ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, 
keberkesanan dan prestasi.
Siapa yang memerlukan NutriFeron set ini?
- Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
 - Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
 - Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
 - Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
 - Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.
 
Jom ikuti apa kata pengguna NutriFeron


Oh, saya kongsi cerita saya juga. Semasa Muadz baru 3 bulan dia kena 
selsema yang agak teruk. Hidung tersumbat sampai tak mau menyusu. Masa 
tu takut nak bawa ke doktor sebab tak mahu bagi baby makan ubat. Tapi 
bila dia dah sampai tak nak menyusu terus pergi ke klinik.
Doktor kata paru-paru dia dah kena infection dan kena masuk hospital.
 Masa tu Allah sahaja yang tau betapa risaunya hati ini. Nasib baik 
ayahnya ada sekali. Seboleh-bolehnya tak mahu dia tinggal di hospital. 
Selepas berbincang dengan doktor, doktor bagi nebulizer. Katanya ok 
sedikit tetapi masih banyak kahak dalam paru-paru.
Doktor ni memang sangat bagus. Dia ajar cara tepuk belakang anak 
secara cupping untuk longgarkan kahak. Doktor juga pesan supaya sedut 
hingus anak dengan mulut sebab lebih berkesan. (walaupun masa tu rasa 
geli tapi buat juga sebab nak anak cepat sihat.) Doktor pesan lagi, 
kalau nampak anak susah bernafas cepat2 bawa ke klinik/hospital terus. 
Petang nanti datang lagi ambil nebulizer. Doktor bagi MC untuk kami 
berdua 2 hari untuk monitor baby.
Masa tu Muadz memang sedikit tak bermaya. Tak mahu senyum, tak mahu 
main. Sedangkan dia anak yang ceria. Dah la anak pertama, baru 3 bulan 
pula tu. Jadi memang saya sangat risau. Balik tu bagi juga ubat sedikit 
kemudian saya ambil bancuh sepeket nutriferon dan minum dan pujuk dia supaya menyusu. Alhamdulillah, dia menyusu juga walaupun sekejap-sekejap berhenti untuk bernafas sebab hidung tersumbat.
Doktor kata kalau dia muntah kahak lebih cepat keluar tapi muadz tak 
muntah pula. Petang tu nampak muadz dah macam sihat sikit tapi kami bawa
 juga ke klinik untuk check semula dan ambil nebulizer. Bila jumpa 
doktor dan check doktor sangat terkejut. Dia kata ‘A lot of improvement.’
Doktor bagi juga nebulizer 
sekali lagi dan kata tak perlu datang dah. tak perlu ke hospital. 
Alhamdulillah. Masa tu gembira sangat-sangat. Tak sangka cepat juga 
kesan nutriferon tersebut. Ada juga tanya doktor ke mana
 kahaknya pegi sebab sepanjang hari dia tak buang air besar atau muntah.
 Doktor kata tak mengapa, kahak tu akan cair dalam badan.
Anda mempunyai masalah yang sama? Hubungi saya untuk mendapatkan Nutriferon 
SMS/Whatsapp:018-2907924
FB Page: Ummi Tiqah

No comments:
Post a Comment