Multivitamin- kerana ia mengandungi ke semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh yang mana adakala kita mempunyai kekangan untuk mendapatkan dalam menu seharian. Adalah sangat bagus jika multivitamin itu dibekalkan dengan formula zat besi kerana ini sangat penting dalam pembesaran anak2 kita. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan agar tidak mengambil multivitamin dengan minuman tenusu seperti susu kerana susu boleh menyebabkan pengurangan penyerapan zat besi secara optimum. (disarankan di ambil bersama air milo atau horlicks atau air kosong). B complex - Apabila dinamakan kompleks bermaksud ianya lengkap dengan kehadiran semua jenis B yang penting iaitu 8 B: Thiamin, Riboflavin, Niacin, B6, Folic acid, B12, Biotin dan Pantothenic Acid. Apabila si ibu mendapat vitamin B yang lengkap maka si ibu akan dapat merasakan sentiasa bertenaga, dapat mengawal mood, berfikiran rasional dan ini meransang penghasilan susu dengan lebih baik. Vitamin C - rasanya semua orang pernah dengar: An apple a day keeps the doctor away. Mengapa? Sebab dalam epal itu sendiri mengandungi vitamin antaranya ialah vitamin C. Vitamin C penting dalam meningkatkan antibodi tubuh kita. Jika si ibu mampu memakan 4-5 jenis buah2an dalam sehari melalui menu seharian, maka supplement C boleh diabaikan. Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan ini membekalkan sebanyak 500mg Vitamin C yang dirembeskan secara perlahan2 mengikut keperluan tubuh kita….(sustained release). Ibu yang memastikan pengambilan keperluan vitamin C ini akan mendapati anaknya jarang sakit. Hatta sakit sekalipun badan si kecil akan cepat menghasilkan antibodi untuk melawan sakitnya dan dengan ini sakitnya tidak berlarutan sehingga melebihi 3 hari . Jika si kecil sakit melebihi 3 hari , tuan doctor pasti mengesyorkan pemberian antibiotic kepada si kecil. Kalsium Magnesium - Ibu2 menyusukan bayi memerlukan kalsium lebih dari individu lain.Kalsium merupakan komponen penting susu. Kekurangan kalsium amat membahayakan si ibu dan berisiko mendapat penyakit tulang rapuh dan 'slipped disc'. Protein - Komponen utama susu ibu ialah protein. Protein diperlukan bayi untuk pembentukan sel dalam perkembangan tubuhnya. Jadi tidak hairanlan ibu2 yang mengambil ESP mempunyai bayi yang sihat dan montel. Selain itu, protein juga merupakan "makanan" kepada vitamin2 lain. Ianya menjadi pemangkin untuk vitamin2 lain bertindak dengan lebih berkesan ke atas tubuh. Bonus bagi ibu2 yang mengambil ESP, selain memberi kebaikan kepada bayi, ibu juga akan mendapat manfaat seperti tubuh yang sihat dan bertenaga dan kulit yang cantik. Alfalfa - Raja segala tumbuhan yang membantu melancarkan susu ibu. Ianya dari golongan “galaktogue" iaitu herba yang sama dengan golongan halba (fenugreek) yang memang dikenali dalam membantu melancarkan susu ibu..Saya pernah cuba ambil halba masa menyusukan anak kedua tapi terus muntah kerana bau dan rasanya yang tak menyenangkan.Selain elok untuk penyusuan, khasiat alfalfa juga banyak seperti menghilangkan keputihan dan amat elok dalam membantu hubungan suami isteri. Tidak seperti halba, alfalfa tidak menghasilkan bau badan yang tidak menyenangkan. Untuk sebarang konsultasi, sila hubungi saya:
Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
rujukan: Kak N
| ||
Disclaimer
Cadangan Supplemen Untuk Penyusuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment