Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Masalah Penyusuan: Keliru Puting (Nipple Confuse) - Apa nak buat

Malam ni saya nak bercerita tentang masalah yang biasa berlaku kepada ibu2 menyusu. Tiba2 saje anak taknak menyusu dgn anda. Dah sua2, paksa pon masih meraung2 taknak. Bila anda dah give up, anda cuba bagi susu melalui botol, macam kat rumah pengasuh. Peliknya, itu pon dia taknak. kenapa ye?

Ni adalah salah satu permasalahan paling besar pernah terjadi semasa saya menyusukan anak kedua. Tetiba saje A'isy taknak menyusu direct dengan saya. Pertama kali terjadi sewaktu umurnya dah 6 bulan. Hairan juga saya. Kenapa pula sekarang baru dia nak reject saya walhal dah 4 bulan dia minum susu melalui botol di rumah pengasuh dan meyusu terus dari saya semasa di rumah. Meraung2 taknak menyusu. pada ibu2 yang menghadapi masalah ini,sedikit panduan yang boleh saya beri berdasarkan pengalaman saya sendiri dan beberapa ilmu yang saya gali menerusi pembacaan.

Masalah di atas lebih dikenali sebagai keliru puting atau nipple confuse. 

Pertama sekali, punca keliru puting harus dikenalpasti. Antara punca utama keliru puting adalah:
1. Bayi dikenalkan dengan puting tiruan (pacifier)
2. Rutin harian ibu berubah. contohnya, menukar minyak wangi
3. Pemberian susu melalui botol.
4. Susu makin kurang/lambat terhasil

Pakar laktasi mengesyorkan supaya perahan susu ibu diberi melalui cawan dan sudu untuk mengelakkan masalah keliru puting. Cam saya sendiri pon tak tahu camne nak ajar babysitter guna cawan dan sudu. Lagipon saya taknak susahkan pengasuh. Jadi, anak saya memang diberi susu melalui botol.

Namun, semua anak saya tak diberi puting tiruan. Selain takut nnt gigi anak saya akan menjadi "jongang", pemberian puting tiruan menjadi punca utama bayi taknak menyusu dengan ibunya. Dan pada saya, penggunaan puting tiruan kurang "hygenic". Selain itu, puting tiruan membuatkan bayi lebih selesa dengan puting plastik berbanding puting ibu. Akibatnya. bayi makin kurang menyusu. Bagi ibu2 yang kurang mengepam, perkara ini akan menjadi punca susu semakin kurang apabila konsep asas penghasilan susu ibu tidak dipatuhi yakni, makin kerap bayi menyusu atau susu diperah keluar, makin banyak susu terhasil.

Keliru Puting
Saya rasa, punca A'isy tetiba taknak menyusu dari saya ialah kerana pada hari tersebut saya pergi kerja dengan memakai perfume walhal dah lama saya tak pakai perfume.

Kalau tetiba dah jadi camni, apa yang patut kita buat?


•    Perkara terpenting ialah untuk bertenang. kalo dua2 ibu dan anak pon dok mengamuk sorg taknak nyusu, sorg plak dok paksa, keadaan akan menjadi tegang dan menghasilkan stress. Kalo agak kita dah stress, tinggalkan dulu bayi tu. bagilah kat ayah dia ke, atau pon letak dulu. Sebagai manusia, stress mungkin membuatkan kita hilang pertimbangan dan kesabaran

•    Semasa dia melalak, cuba tarik perhatiannya dengan ape2 bunyi. Mungkin pelik atau lucu, saya praktikkan bunyi panggil ayam untuk menarik perhatian A'isy dan ia berjaya. Cubalah nyanyi ke zikir ke kuat2, buat cam Ahmad Albab ke.

•    Cuba pelbagaikan cara untuk menyusukannya. Contohnya, cuba suakan susu anda kepadanya sambil berbuai. Sambil2 tu jalan2, tepuk2 bayi anda. Sling atau wrap boleh membantu jika saiz baby anda cam anak2 saya :)

•    posisi yg dua dua enjoy, baby boleh react kalo org yg dukung dia x selesa-baby pun mcm x selesa

•    Sentiasa offer nipple pada baby (setiap 30 minit) walaupun ketika itu kdg2 baby mengamuk sakan bila kita letak nipple di mulutnya. Yang penting, time ni hati ibu kena "KERAS" walaupun sebenarnya kita tak sampai hati kan tengok baby nangis, tapi cuba la dulu sampai baby mula menerima nipple kita..antara kaedah yang boleh dipraktiskan ialah offer nipple sebelum baby lapar

•    Susukan bayi anda semasa dia dalam situasi tenang dan mamai. Contohnya di tengah2 malam ataupun awal pagi. 

•    Cuba banyakkan skin-to-skin contact dengan bayi. Caranya, ibu tak perlu pakai bra ketika di dalam rumah.manakala bayi plak hanya pakai pampers je. Biar bayi tido kat dada kita. Bagi ibu2 yang bekerja, ambil cuti sehari dua jika perlu untuk meluangkan lebih masa dengan bayi. Kalau pandai, boleh pakai wrap atau sling, biarkan kulit anda dan bayi bersentuhan. Ini adalah bertujuan supaya baby itu sentiasa kenal dengan bau ibunya. Cara yang dikenali sebagai Mothercare Kangaroo Wrap ni  amat berkesan untuk membantu bayi pramatang sihat dengan cepat dan penyusuan susu ibu juga turut berjaya

•    Bagi ibu yang baru nak melatih bayi minum melalui botol, biar org lain yang bagi. Mintak tolong suami ke mak ke asalkan bukan anda yang bagi. Jadi, dengan kita bayi hanya akan dapat original nipple dari anda, bukan puting plastik. Guna botol hanya apabila perlu, bila di rumah pengasuh contohnya.Penggunaan botol yang terlalu kerap boleh buatkan bayi lebih sukakan botol berbanding ibu.

•    Bagi baby menyusu bila breast dh nak let down..tgk masa mana baby nak susu, then dekat2 dengan waktu menyusu dia, pam utk stimulate kan breast, rasa2 dh nak letdown, bagi baby..so x der la baby tu tertunggu2 nak dpt susu..sbb dia dh biasa dgn botol yg x perlu kerja keras tu kan..?

•    Apabila berjaya, jangan lupa puji bayi anda. Memang dia tak faham tapi suara ibu yang gembira dan menenangkan melatih bayi menjadi tenang, gembira dan rasa disayangi. 

•    Dan yang paling utama, doa tawakkal dan sabar. Bukan senang nak bagi yang terbaik buat bayi kita, pasti ade cabaran dan dugaan.
Perkara2 di atas saya praktikkan semasa saya menghadapi masalah A'isy menolak direct feeding. Terus terang, saya adalah dari golongan yang panas baran. Sememangnya stress bila perkara tersebut berlaku. Namun, dengan sokongan suami dan doa yang tak putus2, saya berjaya melaluinya. Mengatasi masalah nipple confuse tidak mudah. Ade yang mengambil masa sehari dua saja, dan boleh membawa selama seminggu dua. Ibu harus banyak bersabar kerana anda tidak berseorangan. Oh ya, insyaAllah supplemen juga membantu ibu mendapatkan stamina dan menangani stress "berperang" dengan bayi.

OUR BABIES DESERVE THE BEST!!


Salam sayang,

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD Shaklee sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 


2 comments:

  1. terjadi jg dgn saya skrg ni .. ��������

    ReplyDelete
  2. terjadi jg dgn saya skrg ni .. ��������

    ReplyDelete