Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Apabila susu semakin kurang...


repost dr entry terdahulu

September 2012. Ujung september nnt, Raudhah akan masuk 11 bulan, Ujung bulan 10 nnt akan genap setahun. Alhamdulillah. Si ratu ni jarang terkena penyakit atau demam, dan tak byk kerenah juga. Syukur juga saya masih menyusukannya tanpa susu formula. Mungkin bagi sesetengah ibu, makin lama susu akan semakin kurang. Ye, saya juga menghadapainya tapi saya tak panik sebab saya tahu puncanya. Punca utama ialah Semakin Kurang Kekerapan Penyusuan atau Pengepaman. Bila permintaan kurang, penawaran pon kurang. Jadi, apa yang saya buat bila pengeluaran susu mula nampak kurang?

  1. Cuba pam setiap 3 jam bila tidak bersama anak
  2. Susukan Raudhah lebih kerap. selalu tawarkan susu kepadanya (direct feeding). Walaupun mungkin dia akan menghisap sekejap sahaja sbb masih kenyang, tapi stimulasi hisapan anak akan membantu penghasilan susu lebih byk.
  3. Kaji semula jika saya ade makan makanan yang membuatkan susu kurang. kobis ialah pantang saya. Tapi tak semua individu sama ye. 
  4. Bertenang dan gembirakan diri dengan melakukan sesuatu yang saya suka. Emosi sangat mempengaruhi penghasilan susu.
  5. "Panaskan badan" dengan makanan yang panas seperti madu, lada hitam, habbatus sauda atau paling best kalau saya dapat makan daging kambing. hehe
  6. Tambah dos alfalfa dan tambah lagi dos air masak, lebih baik kalau suam.
  7. Banyakkan lagi bersedekah. Saya suka bagi kucing liar mkn.
  8. Doa, sentiasa positif dan sentiasa ingat niat saya yang nak bagi terbaik untuk anak2. 
Jadi, inilah amalan2 saya. Disebabkan semakin kurang mengepam, stok susu Raudhah sebelum raya puasa dulu dah kosong. langsung takde. Saya usahakan buat stok semula sepanjang cuti. Alhamdulillah, bercampur emosi gembira sebab raya juga, asik bengkak saje susu, hehe. 

Kawan tanya. tak penat ke asik pam jek. Siap tgh mlm buta mengepam. Dari mana saya dapat tenaga asik pam pam dan pam walaupun anak semua kecik2 lagi? Nak seribu saya la kan. Shaklee la pembantu saya :)Alfalfa, ESP, Mealshake, B Complex, Vitamin C, Nutriferon. Kesemuanya membantu saya supaya kekal cergas walaupun "berperang".

My Precious Raudhah

Moga Allah permudahkan urusan saya menyusukan Raudhah selama mungkin dan membesarkan anak2 menjadi manusia saya sihat, soleh dan solehah.

Salam sayang,

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah



 

No comments:

Post a Comment