Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Perlukah ibu menyusu ambil supplement

Seorang kaunselor penyusuan susu ibu yang terkenal ditanya, "perlukan ibu menyusu ambil supplement?". Dan jawapan kaunselor tersebut tentulah "tidak". Beliau juga turut kesal kerana menurutnya, penjual2 supplement terlalu ghairah mempromosikan produk yang kononnya dapat menambah susu ibu sehingga ada ibu2 yang menjadi stress kerana susu tidak juga bertambah walaupun sudah macam2 supplement yang di ambil.

Saya tidak salahkan kaunselor tersebut. Pendekatan yang dilakukan sesetangah pengedar Shaklee adalah semata2 untuk menjual produk tanpa mendidik ibu dengan ilmu penyusuan itu sendiri. Ini sememangnya salah dan mencemar niat baik pengedar lain yang sememangnya bersungguh2 membantu manusia mendapat kebaikan menerusi Shaklee umumnya dan membantu ibu2 menyusu menjayakan penyusuan khususnya.

Perlukah ibu menyusu ambil supplemen? Biar saya jawab soalan ini menerusi pengalaman saya dengan 3 orang anak.


Anak pertama

Lahir pada December 2008 ketika saya berusia 28 tahun. Saya tiada sebarang ilmu tentang penyusuan susu ibu. Anak sulung saya minum susu ibu dan susu formula, bercampur2. Apabila umurnya 6 bulan, saya hentikan sepenuhnya susu badan kerana penat pabila adiknya 3 bulan dalam kandungan. Anak sulung saya sering demam, batuk dan 2 kali ditahan di hospital akibat pneumonia. Saya belum kenal Shaklee masa ni.


Anak kedua

Lahir pada December 2009, lima hari sebelum hari jadi kakaknya yang pertama. Menyusu badan sepenuh sehingga umur 14 bulan tanpa sebarang bantuan supplemen. Berhenti susu badan apabila A'isy taknak menyusu secara direct. Saya dah mengandung anak ketiga dan jadi penat apabila terpaksa pam di tgh malam untuk bagi A'isy EBM (Expressed Breast Milk) melalui botol. Nak kene rendam pulak tu, memang penat.

Memandangkan jarak anak pertama dan kedua hanya setahun, cabaran menjaga mereka amat besar. Saya cepat penat ditambah pula suami tak dapat membantu kerana berkerja shift. Saya menjadi pemarah, tertekan, sangat cepat letih, keadaan diri dan rumah mula tidak terurus. Emak saya pon mula membebel kerana beranak rapat dan diri sendiri mula nampak hodoh. Kulit kusam, mata sembab, gigi pon mudah reput dan saya selalu sakit belakang. Mak saya juga tegur sebab saya makin gemuk akibat tak jaga makan. Ibu menyusu memang kuat makan dan selalu rasa lapar.


Anak Ketiga

Ditakdirkan, anak ketiga taknak menyusu secara direct dari saya, cabaran anak kedua rupanya meleret kepada Raudhah, anak ketiga. Selama 2 bulan pertama selepas lahir, Raudhah hanya minum EBM melalui botol. Jadilah saya pengepam tegar, mengepam susu setiap 2 jam tak kira siang atau malam untuk diberi kepada Raudhah dan buat stok untuk bekerja nanti. Saya mula ambik alfalfa yang diberi kawan pejabat. Bukan bertujuan untuk tambah susu sebab susu saya memang takde masalah, cuma sekadar habiskan baki sebotol alfalfa yg kawan saya bagi tu. 

Sehinggalah saya habis pantang dan balik ke rumah untuk mula bekerja, baru saya perasan sesuatu. Semasa beranak dua, saya tidur pukul 9.00 malam sebab penat sangat. Tapi selepas beranak tiga, saya takde masalah letih dan dapat menyelesaikan kerja2 rumah tanpa sebarang masalah penat. Dari situ, saya cuba ambil supplemen Shaklee untuk ibu menyusu. Perbezaan ketara yang saya alami ialah, masalah semasa beranak dua dulu tak saya alami sekarang. Takde lagi penat, stress, kulit pon glowing aje. Saya dapat menguruskan kerja pejabat dan rumah dengan baik walau tanpa bantuan suami. Anak2 pon takdelah asik kene jerit dengan maknya aje. Saya takde masalah asik lapar cam dulu malah dapat sempurnakan ibadah puasa tanpa masalah. Badan pon maintain tak naik melampau macam dulu.

Raudhah sendiri amat jarang dihinggapi penyakit. Jarang sekali anak ketiga saya ini demam dan kalau ade selsema atau batuk pon sikit2 aje. Ianya sembuh cepat hanya dengan amalkan petua2 yang saya kongsikan sebelum ini. 



Kesimpulan

Perlukan ibu menyusu ambil supplement? Supplemen ibu menyusu bukanlah sekadar sebagai milk booster semata2. Walaupun tidak dinafikan rata2 ibu yang ambil alfalfa mengakui susu mereka makin bertambah dan ESP juga memekatkan susu, namun pengambilan supplemen hanya sekadar menyokong ibu2 untuk menjayakan penyusuan. Peraturan asas Supply vs Demand perlu dipatuhi jika anda nak tambah susu. Janganlah salahkan supplemen bila susu anda tidak bertambah bilamana peraturan asas ini tidak anda patuhi. 

Berdasarkan pengalaman saya dengan ketiga2 anak, berikut adalah perbezaan yang saya rasai:

Tanpa supplemen:
  1. Tubuh penat
  2. Kulit kusam
  3. Mudah gemuk
  4. Stress dan asyik marah2 anak.
  5. Susu masih banyak tetapi mula berkurang apabila saya stress dan datang bulan
  6. Anak2 menjauhi saya sebab selalu kena marah, yang sulung juga selalu sakit
  7. Gigi mereput dengan mudah
  8. Tak mampu berpuasa penuh sebab mudah lapar dan perut juga pedih
  9. Rambut gugur sehingga nampak kulit kepala
Dengan supplemen:
  1. Badan cergas dan bertenaga
  2. Kulit makin licin dan glowing
  3. Berat badan terkawal
  4. Dapat mengawal perasaan dan jadi makin peyabar
  5. Susu juga maintain biarpun "period"
  6. Anak2 mula mendekati saya semula, alhamdulillah...
  7. Takde lagi masalah sakit gigi atau gusi
  8. Tahun lepas saya mampu berpuasa dengan sempurna dan begitu juga tahun ini, insyaaAllah
  9. Takde dah masalah rambut gugur.
  10. Pergaulan dengan suami, keluarga dan kawan2 menjadi bertambah baik dengan adanya keyakinan diri.
  11. Raudhah lebih sihat berbanding abang dan kakaknya, khasiat supplemen disalurkan melalui susu ibu
  12. Mampu buat power pumping di tengah2 malam tanpa sebarang masalah.
  13. Dapat bangun awal pagi walaupun tidur lewat dan sering bangun untuk menyusukan anak.
Perlu diingat antara faktor yang mempangaruhi penghasilan susu badan ialah tubuh ibu yang sihat dan emosi yang stabil. Penghasilan susu akan terjejas sekiranya ibu sakit atau stress.

Sekali lagi ditanyakan, perlukah ibu menyusu ambil supplemen? Jawapannya, tak perlu, jika anda rasa anda boleh bertahan. Sememangnya hasrat mulia kita menyusukan anak tersayang dengan susu ibu mendapat ganjaran dari Allah. Dan apa jua usaha yang kita lakukan dalam merialisasikan dan melaksanakan tugas itu, pasti mendapat ganjaran Allah. Bagi saya sendiri, saya akan jaga tubuh anugerah Allah ini sebaiknya untuk suami dan anak2. Saya tak mahu menjadi tua sebelum waktunya akibat terlampau saya bersusah payah menyusukan anak2. Saya, ibu menyusu perlukan supplement.

Pendapat anda sendiri bagaimana? Apapun, pilihan di tangan masing2. 

Mahu kekal sihat bertenaga dan menambah susu badan dengan bantuan Shaklee?
Hubungi saya:

Norul
norulh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah 

No comments:

Post a Comment