Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Bagaimana Nak Tambah Susu Badan

Soalan yang sering saya terima dari ibu2 hebat yang bersungguh2 mahu meyusukan anak ialah bagaimana nak tambah susu badan. 

Menerusi pengalaman dan pembacaan saya, golden rule nak tambah susu badan ialah mematuhi konsep demand and supply. Bermakna, payudara harus dikosongkan sekerapnya untuk menambah susu badan. Apabila payudara kerap dikosongkan, signal akan dihantar ke otak menyatakan susu "tidak cukup" dan perlu ditambah, maka otak akan menghantar signal kepada saraf2 yang melakukan proses penghasilan susu ibu mengarahkan supaya lebih banyak susu dihasilkan. 

Salah satu cara paling berkesan untuk menambah susu badan ialah dengan melakukan power pumping. Ia merupakan satu teknik mengepam untuk menambah penghasilan susu ibu.

Selain itu, ibu yang nak tambah susu badan harus mematuhi tips di bawah:

  1. Pastikan bayi disusukan sekerap mungkin dan bagi yang bekerjaya, pastikan anda membuat sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam. Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam…konsep yang salah. Teruskan pam dengan kala yang sama dan berterusan. 
  2. Pengambilan air kosong yang mencukupi iaitu minimum 3 L sehari. Pastikan menyediakan botol minuman dengan indicator supaya senang mengetahui adakah keperluan 3L air dipenuhi untuk tempoh seharian. bukan kita perlu ambik banyak
  3. Amalkan zikir dan mengaji setiap hari dan doa tanpa putus padaNYA kerana sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua. Jadikan amalan harian. Mohon pada Allah agar diberikan rezeki buat anak kita. 
  4. Menjaga kesihatan dan emosi kerana ianya menpengaruhi penghasilan susu ibu. Tips yang keempat ni paling sukar saya ikuti satu ketiga dahulu kerana kesibukan kerja, tekanaan menguruskan anak2 yg "rapat2" dan ursan rumahtangga juga menyebabkan saya lesu, mudah marah dan diserang migrain. Di sinilah suplemen Shaklee membantu saya akhirnya.
Kesemua tips ni haruslah dilaksanakan dengan konsisten dan istiqamah. Bukanlah buat harini, terus esok susu bertambah membuak2 bukan? Jadi, walau apapon, sentiasa tanamkan azam yang kuat untuk memberikan yang terbaik buat anak kita. Banyak artikel tentang kelebihan susu ibu dan tidak kurang juga artikel mengenai kesan buruk susu formula kepada anak2. Jadi, fikirkanlah.

Jika anda berminat mendapatkan produk shaklee dan berhajat nak tambah susu badan, boleh hubungi saya:

Norul,

sms/whatsapp: 018 290 7924
norulh@gmail.com 

No comments:

Post a Comment