Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Keputihan Semasa Hamil: Punca dan Cara Mengatasinya

Merbahayakan keputihan semasa hamil dan cara mengatasinya


Keputihan semasa hamil adalah perkara yang sering terjadi. Ibu hamil mengalami perubahan hormonal yang menyebabkan terjadinya keputihan. Aliran darah akan meningkat ke daerah kewanitaan ketika anda sedang hamil yang mempengaruhi cairan vagina menjadi lebih banyak. Pada ibu hamil cairan vagina mempunyai manfaat untuk mencegah infeksi dari vagina menuju ke rahim.  

 

Bagaimana untuk anda mengetahui samada anda mengalami keputihan yang normal atau tidak.

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:
  • Lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau kekuningan malah kehijauan.
  • Terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda
    Anda akan rasa sakit apabila bersama suami 
  • Rasa sakit apabila membuang air kecil.

Jika anda mengalami tanda2 seperti di atas, cepat2 lah bertemu dengan doktor untuk mengatasinya. Doktor anda mungkin akan memberikan ubat sapu atau ubat lain untuk mengatasi masalah ini.


Punca keputihan semasa hamil 

Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.  ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita.
Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat


Keputihan akan menjadi teruk dan mengakibatkan kerengsaan apabila:
 
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Mandian buih wangi dan scented patyliner juga boleh menyebabkan kerengsaan dan mengakibatkan keputihan makin teruk
  • Pengambilan antibiotik mengganggu keseimbangan mikroorganisma baik dan jahat dalam tubuh
  • Kencing manis juga menyebabkan keputihan bertambah burul kerana gula menggalakkan pertumbuhan kulat

Saya juga mengalami masalah keputihan sejak di awal kehamilah. Doktor memberikan ubat untuk dimasukkan ke dalam bahagian intim. Masalah tersebut dapat diatasi seketika namun berulang kembali.Ini kerana hormon semasa hamil menyukarkan keputihan dihapuskan sepenuhnya.
Antara tips atau rawatan keputihan yang boleh dilakukan sendiri di rumah ialah:

  1. Menjaga kerbersihan dan mengelap kering bahagian intim selepas ke tandas
  2. Pakai seluar dalam kapas, longgar atau kain untuk memudahkan aliran udara
  3. Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana persekitara lembab dan panas menggalakkan pertumbuhan kulat
  4. jangan gunakan mandian buih yang ade pewangi
  5. Elakkan panty liner yang ade wangian
  6. Pastikan pelincir yang cukup sblm bersama suami, sila gunakan lubricant yang sesui jika ada masalah kering ketika bersama.
  7. Boleh gunakan yogurt asli yang mengandungi lactobacillus dan disapu di seleliling bahagian intim
  8. Terdapat juga petua pengambilan bawang putih untuk mengatasi keputihan. Ini kerana bawang putih merupakan sumber antibiotik asli.
  9. Tingkatkan imuniti tubuh dengan pengambilan vitamin C yang baik.
  10. Kurangkan makanan dan minuman manis

Untuk no 8 dan 9, saya sendiri mengamalkan Vitamin C dan Garlic Shaklee dan alhamdulillah, keputihan dapat dikawal meskipon tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang saya perasan, jika saya terlupa nak ambil vitamin2 ni, keputihan menjadi teruk malah menjadi gatal yang teramat. Namun, jika mengambil Vitamin C dan Garlic secara konsisten, cairan yang keluar tidaklah terlalu banyak dan tidak membuatkan kegatalan Jadi, jika anda hamil dan mengalami keputihan, boleh cuba seperti saya. Nanti, dah bersalin boleh ambil semula alfalfa untuk mengatasi keputihan dengan lebih berkesan ye. 



Salam Sayang 

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.

 

2 comments:

  1. Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA]

    ReplyDelete
  2. betul saya setuju dgn kelebihan garlic ni

    ReplyDelete