Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Anak Tak Mahu atau Tiada Selera Makan, Punca dan Cara Mengatasinya


Anak2 berumur satu tahun hingga 3 tahun lazim mengalami masalah taknak makan. Ini sudah tentu memeningkan ibu bapa. Saya sendiri sering ditanya bagaimana untuk mengatasi masalah anak yang tak mahu makan ni. Terlebih dahulu, kita kene kenalpasti punca anak tak mahu atau tiada selera makan.


Punca anak tak mahu atau tiada selera makan

  1. Terganggu dengan TV, mainan atau iPad  
  2. Melalui fasa "baru dapat kaki", jadi asik nak bermain tanpa hiraukan makanan  
  3. Makanan tak menarik  
  4. Anak2 sengaja ingin menarik perhatian ibu bapa 
  5. Stress atau kerisauan  
  6. Ambil snek yang banyak  di luar waktu makan
  7. Kekurangan vitamin2 tertentu yang menganggu selera makan

Ada beberapa Do dan Don't yang ibu bapa harus praktikkan untuk mengatasi keadaan anak yang tidak mahu atau hilang selera makan ni

Do:  

  • Jika anak dah agak besar, boleh minta anak bagi cadangan tentang apa yang ingin dimakan. Boleh bagi option seperti "hari ni kakak nak makan bihun goreng atau spagetti?"
  • Biar anak tolong anda sediakan makanan yang dicadangkan tadi. Tak perlu ajar memasak, mungkin sekadar biar dia masukkan sayur yang sudah dipotong, tolong ambil bahan dari peti sejuk dan sebagainya. Ini membuatkan mereka rasa dihargai dan penting
  • Pelbagaikan jenis makanan dan cara ia dimasak. anak2 juga suka dengan cara hidangan yang creative seperti makanan berbentuk muka, haiwan dan sebagainya. Anak2 saya contohnya, suka dengan makanan berwarna seperti bayam merah.
  • Cuba pelbagaikan makanan baru seperti spaghetti, bihun, mee, pulut dan roti. Jangan hanya terhadkan kepada pengambilan nasi sahaja. Anak2 mudah bosan dengan makanan yang sama
  • Tingkatkan aktiviti fizikal supaya selera makannya bertambah. Pembakaran kalori membuatkan anak akan merasa lapar.
  • Boleh bagi snek berkhasiat di antara waktu makan seperti sandwich, buah-buahan dan susu supaya anak dapat nutrien yang mencukupi.
  • Beri perhatian sepenuhnya semasa anak makan. Boleh bercerita sambil mkn dengan anak. Seorang kawan saya bercerita tentang anak keduanya yang tak mahu makan tetapi apabila anak itu tinggal bersama neneknya, selera anak itu berubah dengan ketara. Mungkin situasi di rumah nenek berbeza di mana perhatian sepenuh diberi kepada anak ini sedangkan di rumah ibu bapanya, ada adik beradik lain yg juga menagih perhatian.


Don' t:

  • Bagi snek atau minuman sebelum waktu makan untuk mengelakkan anak kenyang  
  • Simpan terlalu banyak snek di rumah. Anak2 lebih berminat dengan snek yang tak berkhasiat dari makanan biasa.  
  • Biasakan anak makan sambil menonton atau bermain gadget. Latih mereka untuk berhenti menonton semasa makan  
  • Paksa atau memarahi anak yg tak mahu makan. Ini menjadi punca mereka stress dan tidak gembira di meja makan.

Saya pernah kongsikan testimoni Mealshake yang membantu menambah selera makan anak.  Soalnya, bagaimana Mealshake boleh menambah selera makan anak? Seperti yang dinyatakan di atas, salah satu punca anak tidak berselera makan ialah kerana kurang vitamin2 tertentu. Mealshake merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk yang membekalkan vitamin2 harian yang diperlukan tubuh. Maka tidak hairanlah apabila keperluan nutrien ini dipenuhi, selera makan anak juga akan berubah kepada normal. Tapi jangan salah faham ye. Bukan bermakna selera makan akan bertambah2 tanpa kawalan. Nanti obes pulak jadinya. Sebaliknya, nutrien2 ni membantu mengimbangi sistem tubuh, bermakna selera makan akan berubah kepada normal. Sebab itulah Mealshake ni sesuai untuk yang underweight juga obes :)


Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Dan jika berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh order dengan menghubungi saya:


Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah
 


Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 
COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC.  

No comments:

Post a Comment