Tubuh kita boleh menunjukkan tanda-tanda tertentu terutama apabila kita mengalami kekurangan vitamin. Tanda- tanda ini ditunjukkan menerusi simptom-simptom tertentu.
"Dengan diet berasaskan makanan yang diproses masa kini, kita mudah terdedah dengan masalah kekurangan vitamin, samada tidak mengambil makanan seimbang yang mencukupi ataupon nutrient tidak diserap dengan sempurna akibat isu-isu penghadaman", kata Dr. Susan Blum, pengasas the Blum Center for Health dan pengarang buku The Immune System Recovery Plan.
"Anda mungkin tidak mendapat penyakit, tapi akhirnya anda boleh mengalami kegagalan fungsi tubuh kerana vitamin merupakan pemangkin kepada semua tindakbalas biokimia dalam tubuh. Kita memerlukan vitamin untuk tubuh berfungsi dengan sempurna"
Kegagalan fungsi ini kadangkala ditunjukkan secara misteri. Digariskan di sini lima tanda-tanda yang menunjukkan tubuh kekurangan vitamin. Berita baiknya, kebanyakanya boleh diatasi dengan diet yang sesuai. Namun jika makanan yang dicadangkan tidak mampu mengatasi masalah2 tersebut, pastikan anda berjumpa dengan doktor.
Petanda 1: Rekahan di sudut tepi mulut.
Vitamin yang kurang: Iron, Zinc dan vitamin2 B seperti niacin (B3), riboflavin (B2) dan B12.Cara Menangani: makan lebih ayam, salmon, tuna, telur, tiram, kepah, tomato kering dan kekacang. Iron atau zat besi diserap lebih baik dengan pengambilan Vitamin C, yang mana juga elok untuk menentang infeksi. Jadi, gabungkan makananan2 ini dengan sayur-sayuran seperti brokoli dan bunga kobis.
Petanda 2: Ruam merah di muka (kadang2 di tempat lain juga) dan rambut gugur
Vitamin yang kurang: Biotin (B7), dikenali sebagai vitamin rambut. Tubuh kita menyimpan vitamin2 larut lemak (A,D, E, K) sementara kebanyakan vitamin B yakni vitamin larut air tidak dapat disimpan.
Cara Menangani: Telur, salmon, avocado, cendawan, bunga kobis, kacang soya, kekacang, rasberi dan pisang.Petanda 3: Biji atau jerawat kecil berwarna putih atau merah di pipi, lengan, peha atau punggung.
Vitamin yang kurang: Asid lemak dan Vitamin A dan DCara Menangani: Kurangkan lemak tepu dan lemak trans, dan lebihkan lemak yang menyihatkan. Lebihkan salmon, sardin, kekacang seperti walnut dan almond. Dapatkan vitamin A dari sumber sayuran hijau yang berdaun dan sayuran berwarna seperti lobak merah dan keledek.. "Ini membekalkan Beta Carotene yang menjadi pemangkin kepada tubuh dalam menghasilkan vitamin A" kata Blum. "Bagaimanpon, saya mencadangkan pengambilan suplemen vitamin D sebanyak 2,000 IU sehari, bersama-sama dengan vitamin A dan K kerana ianya membantu penyerapan vitamin D dengan lebih baik.
Petanda 4: Leguh2 dan kebas di bahagian tangan, kaki atau tempat-tempat lain.
Vitamin yang kurang: Vitamin-vitamin B seperti B folate (B9), B6 dan B12. "Masalah ini berkaitan secara langsung dengan urat saraf", kata Blum, Menurutnya simptom2 ini turut berkait dengan keresahan, tekanan, anemia, pitam dan ketidakseimbangan hormon.Cara Menangani: Bayam,asparagus, telur, kerang, kepah, tiram dan ayam.
Petanda 5: Kekejangan otot yang teruk di jari kaki, betis, tapak kaki dan belakang kaki.
Kekejangan otot juga menyeksakan |
Cara Menangani: Makan lebih banyak pisang, kacang almond, kacang hazel, buah ceri, epal, limau bali, brokoli dab sayuran berdaun hijau seperti kailan, sawi dan bayam.
*******************************************
Pastikan anda mengambil makanan seimbang untuk mengelakkan tubuh kekurangan vitamin. Namun, tahukah anda bahawa tubuh tidak menyerap vitamin dari sumber makanan semudah yang disangka. Pencemaran, makanan yang telah diubah genetiknya, malah, cara makanan dimasak juga kadangkala membuatkan kandungan nutrien di dalam makanan tersebut sudah hilang atau sukar diserap tubuh. Cara yang lebih mudah dan berkesan, pastikan anda mengambil multivitamin semulajadi yang terbaik. Pilihan saya, tentunya multivitamin tertua di dunia yakni Vitalea. Asalnya, Vitalea dikenali sebagai
"Vitalize-Mineral" dan dipendekkan kepada Vitamin. Dari sinilah asal perkataan vitamin yang digunapakai hari ini.
Multivitamin pertama pada tahun 1915 |
Setiap tablet vitalea mengandngi 30 nutrien lengkap harian yang diekstrak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan RDA. Ia merupakan tablet multivitamin yang terlarut paling pantas di dunia di dalam tubuh manusia dan air. Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai multivitamin terbaik di dalam Public Interest pada tahun 2000. Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan Vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
Dapatkan vitalea dengan harga super special pada bulan ini. Hubungi saya:
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
norulh@gmail.com
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah
COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.
No comments:
Post a Comment