Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Punca bayi selalu melekat (ngempeng) dan cara menanganinya_ Growth Spurt






Lazimnya bayi yang menyusu ibu memang sangat rapat dengan ibunya tetapi sesekali, akan berlaku
keadaan dimana bayi asik nak menyusu dan melekat dengan ibu. Seolah2 bayi tak puas dan dan tak kenyang menyusu. Sebenarnya, keadaan ini normal dan merupakan salah satu tanda keadaan yang dipanggil “Growth Spurt” di mana bayi mengalami pertumbuhan tubuh dan otak yang lebih di samping mengembangkan kebolehan ke tahap seterusnya seperti meniarap, merangkak dan berjalan. Antara tanda 2 growth spurt ialah:
  1. Bayi lebih kerap lapar 
  2. Bayi tido lebih lama
  3. Bayi berkeadaan gelisah dan tidak selesa walaupun dia tidak demam atau sakit.
Bila growth spurt terjadi:
Lazimnya, growth spurt terjadi semasa hari2 terawal selepas bayi dibawa pulang ke rumah dari hospital dan sekitar hari ke 7-10, minggu kedua-ketiga, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan (lebih kurang). Growth spurt tidak berhenti selepas bayi berusia setahun dan boleh berlaku beberapa kali semasa usia kanak2 dan remaja.

Berap lama growth spurt terjadi.
Growth spurt akan berterusan selama 2-3 hari atau boleh berlarutan sehingga seminggu atau lebih.



Cara terbaik menangani growth spurt.
Bila perkara ini terjadi, mungkin ibu2 agak stress kerana tak boleh nak buat kerja lain kerana bayi asik melekat dengan ibu sahaja. Keadaan ini bukanlah berpanjangan ye ibu. Ianya berlaku kadangkala sahaja dan tidak berterusan. Bila keadaan ini berlaku, ibu harus sabar dan tenang melayani kerenah bayi. Berikan penjelasan tentang perkara ini kepada pasangan supaya dia memahami dan boleh membantu dalam kerja2 rumah atau menjaga anak2 lain (jika ada).



Pastikan bekalan susu ibu mencukupi. Jika bayi dihantar ke rumah pengasuh, lebihkan kuantiti susu yang diberi. Pastikan ibu mengepam lebih kerap untuk menamah kuantiti susu. Dan jika ibu menjaga sendiri bayi di rumah, elakkan perkara yang boleh membuatkan susu merudum sepert stress dan keletihan melampau.Susukan bayi mengikut kehendaknya. Jangan bimbang tentang kuantiti susu kerana hukum alam, semakin kerap bayi disusukan, susu yang dihasilkan akan lebih banyak terhasil.



Sentiasa bertenang dan bersabar. Tidak semua ibu mampu menyusui bayinya jadi ibu yang mampu harus rasa bertuah diberikan peluang itu. Jangan putus asa kerana ini meruakan salah satu cabaran dan ujian dalam proses penyusuan susu ibu. Nak bagi yang terbaik untuk anak kita kan, mestilah ada dugaannya :-)



Ambil supplemen jika perlu. Ini penting jika terutama bagi ibu2 yang sering mengalami stress, cara kerja yang meletihkan dan ibu yang mengalami masalah susu berkurang bila datang “period”. Antara supplemen yang membantu ialah B Complex dan Kalsium Magnesium dengan Vitamin D.



Banyakkan berdoa dan tawakkal. InsyaaAllah Dia akan membantu ibu.



Selamat Maju Jaya.

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.  

Rujukan:
http://www.babycenter.com/0_growth-spurts-what-you-need-to-know_3659612.bc
http://kellymom.com/bf/normal/growth-spurts/




2 comments:

  1. salam...

    'ngempeng"
    alhamdulilah...selama menyusukan anak sehingga 2 tahun 5 bulan (sekarang) memang x train anak mengempeng.
    kalo dia tertido pas nenen..terus conkil. memnag x sempat nak ngempeng. Eroninya..sejak kebelaknagn ini..anak diana mcm nak berjinak-jinak belajr mengempeng. bsr dah. baru pasang niat nak stop kan susu. Tp kesian pulak. Tp bab ngempeng ni x tahan dibuatnya. Tgh pkr cara mcm mn x nak kasi die mengempeng

    ape-ape pun tq for the sharing

    http://apapayahsangat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Choo Jeong 2 - 카라 규칙 카지노사이트 카지노사이트 메리트 카지노 고객센터 메리트 카지노 고객센터 603How To Use My Spades With Your Friends - 죸저문 - ShootCasino

    ReplyDelete