Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


11 Punca Susu Badan Menjadi Kurang


Kadangkala susu badan boleh menjadi kurang dengan tiba2 walaupun anda telah mematuhi konsep asas penghasilan susu badan iaitu mengepam dengan kerap. Di sini, saya senaraikan beberapa fator yang boleh menjad punca susu bada menjadi kurang.

  • Kelesuan ~ Menjadi ibu lazimnya amat meletihkan. Kekurangan rehat sering menjadi punca susu menjadi kurang. Adalah penting untuk ibu mendapat rehat yang secukupnya.

  • Faktor Kesihatan ~ Infeksi atau ibu yang jatuh sakit boleh menjadi sebab susu kurang. Sila berjumpa doktor untuk diagnose. Jika ibu terkenak infeksi, doktor mungkin akan memberikan antibiotik. Penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid dan anemia juga boleh menyebabkan susu berkurang. Sila dapatkan rawatan doktor dan maklumkan kepada dioktor bahawa anda sedang menyusu badan. Terdapat rawatan yang selamat untuk ibu menyusu.

  • kafein ~ Soda, kopi, teh dan coklat mengandungi kafein tetapi pengambilan sederhana adalah selamat. Namun, pengambilan kapein yang berlebihan menyebabkan tubuh ternyah hidrat. Akibatnya, susu badan juga menjadi kurang. Kafein yang terlalu banyak juga boleh menbuatkan bayi mengelami iritasi dan gangguan tidur.

  • Merokok ~ Tabiat merokok mempengaruhi penghasilan oksitoksin dalam tubuh ibu. Oksitoksin merupakan hormon yang menggalakkan penghasilan susu badan banyak. Kekurangan oksitoksin akan menyebabkan penghasilan susu badan menjadi kurang

  • Alkohol ~ bagi muslim, sudah tentu alkohol adalah haram. Alkohol juga boleh mengggangu hormon oksitoksin selain mengganggu rasa susu ibu. Akibatnya, bayi kurang menyusu dari ibu menyebabkan susu akan menjadi kurang. Perlu diingat konsep demand vs Supply (link) yang menjadi tunjang utama penghasilan susu ibu yang banyak. Alkohol juga berisiko menngganggu pertumbuhan tubuh dan otak bayi

  • Ubat ubatan ~ Sesetengah ubat boleh mengganggu oksitoksin dan penghasilan susu. Ubat selsema, hidung tersumbat dan diuretics boleh mempengaruhi penghasilan susu ibu. Maklumkan kepada doktor bahawa anda menyusu sebelum mengambil sebarang ubatan
  • Tekanan ~ Tekanan psikologi amat mengganggu penghasilan susu ibu. Masalah di tempat kerja, masalah keluarga, rasa malu dan rendah diri ternyata memberi kesan ke atas penghasilan susu ibu

  • Herba dan rempah ratus ~ Sesetengah herba atau tumbuhan jika diambil dalam kuantiti yang banyak boleh memberi kesan negatif dalam penghasilan susu ibu. Ianya seperti kobis, parsli, dan oregano.

  • Pil perancang ~ Sesetengah pil perancang mengandungi estrogen, hormon yang menyebabkan susu bada menjadi kurang. Setahu saya, satu- satunya pil perancang yang tidak mengganggu pengeluaran susu ibu ialah Noriday.

  • Kehamilan ~ Ibu yang mengadung juga boleh mengalami punca susu badan menjadi kurang. Ini kerana, hormon kehamilan mengganggu hormon penghasilan susu ibu. Namun, masih ramai ibu yang meneruskan penyusuan sus badan sekalipon hamil.

  • Pra Menstrual System (PMS) ~ Simptom sebelum kedatangan haid juga boleh menyebabkan pengeluaran susu terganggu. Perubahan hormon dan kekurangan kalsium menjadi puncanya. Adalah dinasihatkan supaya ibu mengusu mengambil kalsium yang cukup (1000mg sehari) untuk kesihatan tulang dan penghasilan susu.


Norul   
SMS/Whatsapp: 018-290 7924     
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah  
Pengedar Shaklee sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju



Sumber:http://breastfeeding.about.com/od/howdoesbreastfeedingwork/a/Factors-That-Can-Influence-Your-Breast-Milk-Supply.htm

No comments:

Post a Comment