Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Tip dan Petua Banyakkan Susu Badan

Tips dan petua nak banyakkan susu badan ni saya ambil dari website Pa&Ma.


pix c


•    Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
•    Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
•    Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
•    Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
•    Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis  dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
•    Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
•    Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
•    Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
•    Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari. 


                                          ********************************

Saya juga pernah kongsikan sebelum ini tentang tip dan petua banyakkan susu badan yakni 9 jenis makanan yang membantu menambahkan susu badan. Walau bagaimanapun, kesan ke atas indivisu tidak sama. Untuk banyakkan susu badan, kunci utama banyakkan susu haruslah sentiasa diikuti. Kunci tersebut adalah
1.    kekerapan payudara dikosongkan
2.    Emosi yang stabil
3.    Kesihatan diri yang baik
4.    Berfikiran positif dan doa


Dan jika anda nak tahu apa tip dan pertua yang saya amalkan, anda boleh baca entry saya yang bertajuk "Rahsia Saya Banyak Susu". Tip tersebut menerangkan apa yang saya buat semenjak hamil lagi. 

Jika ada yang tanya kenapa saya tak tulis pon tentang supplemen Shaklee yang saya ambil untuk banyakkan susu? jawapan saya, saya tak ambil Shaklee dengan tujuan untuk banyakkan susu. Supplemen Shaklee MEMBANTU susu saya lebih banyak dan berkhasiat secara tidak langsung. Iaitu dengan memberikan saya tenaga, kesihatan yang baik dan emosi yang stabil dimana ketiga2 elemen ini membantu saya untuk melakukan kunci yang pertama iatu KERAP MENGOSONGKAN PAYUDARA secara konsisten. Walaupun, tidak dinafikan Alfalfa, Ostematrix dan ESP merupakan "Milk Booster" berkesan dan menjadi kegemaran bagi kebanyakan ibu menyusu.

Moga bermanfaat.

Salam Sayang,

Norul
norulh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah 

No comments:

Post a Comment