Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Demam? Tiada lagi Panadol. Cuma Nutriferon

Alhamdulillah, Syawal sudah tiba. Maih dalam mood raya. kali ni saya nk kongsi kisah ayah saya. Ayah saya ni ade kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung. 3 bulan sekali ke IJN. bak kata mak saya, ubat selori. Alhamdulillah, kesihatan beliau dah semakin baik.

Masa sy balik raya, ayah demam. tak larat kemana2. Sy pon kasi ayah cuba nutriferon sebungkus sebelum tidur. pg esoknya, terus ayah segar bugar, mak pon happy:) bertambah2 sayang saya pd shaklee.

kebetulan, dekat2 nk raya, raudhah pulak selsema. selain tingkatkn pengambilan vitamin c, sy amik nutriferon sepeket sehari. gembiranya sy. sblm ni kalo selsema, mesti melarat sampai batuk2. skrg dah tak lg.

skrg mmg sentiasa ade nutriferon di rumah. di kampung pon sy dh tinggalkan sekotak utk mak dan ayah. maklumlah, org tua, antibodi mereka dah semakin lemah, mudah kene sakit. kenalah ditingkatkan dengan bantuan supplemen. Apa sangatlah harganya supplemen tu jika dibandingkan dengan harga yang mereka bayar untuk membesar dan menjadikan saya seperti sekarang :)

klik untuk besarkan gambar



 Selain meningkatkan imunisasi tubuh, Nutriferon juga mempunyai manfaat2 lain seperti di atas.

Jom dapatkan nutriferon sekarang. Cuma ade di Shaklee saje tau. 

Salam sayang,

Norul
018-2907924
FB Page: Ummi Tiqah
 





Tonsil ,bahaya dan risiko jika tidak diubati

MENGALAMI sakit tekak ketika demam merupakan satu senario biasa yang sering dihidapi orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Keadaan ini sudah pasti memberi ketidakselesaan kerana selain berasa sakit di bahagian tekak, pesakit juga akan mengalami masalah untuk menelan.

Lazimnya, jika masalah ini berlaku adalah berkaitan masalah tonsil membengkak dan selalunya dipanggil tonsilitis kerana disebabkan jangkitan kuman.

Bagaimanapun menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Kelana Jaya Medical Centre, Dr. Samril Bokari, tonsilitis di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa.

Ini kerana jelas beliau, apabila sampai tahap kritikal masalah itu boleh mengganggu sistem pernafasan selain membawa jangkitan ke organ dalaman lain seperti jantung dan buah pinggang.

"Lazimnya kanak-kanak yang mengalami demam, antara perkara pertama yang akan diperiksa oleh doktor ialah memastikan sama ada tonsil mereka membengkak ataupun tidak.

"Sekiranya tonsil membengkak doktor akan mengenalpasti adakah itu jangkitan kuman virus atau bakteria.

"Sekiranya bengkak tersebut disebabkan bakteria pesakit perlu berhati-hati kerana ia boleh membawa maut," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Secara umumnya semua orang mempunyai tonsil yang merupakan bonjolan di tepi kiri dan kanan anak tekak.

Bonjolan ini tidak berbahaya kerana tonsil berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan badan daripada serangan kuman.

Begitupun kebanyakan kanak-kanak mempunyai tonsil yang lebih besar berbanding orang dewasa kerana tubuh baru mengenali kuman dan bakteria.

Bagaimanapun apabila meningkat dewasa bonjolan ini semakin mengecil dan fungsinya sebagai satu mekanisme pertahanan diri daripada kuman juga tidak penting lagi.

Tambah Dr. Samril lagi, walaupun pada dasarnya tonsil berperanan sebagai sistem pertahanan badan daripada serangan kuman, tetapi ia hanya berfungsi pada tahun pertama kelahiran.

Ini kerana jelas beliau selepas tahap tersebut, tonsil tidak lagi berfungsi dan sistem imuniti badan akan diambil alih oleh kelenjar limfa yang lain.

Jelas Dr. Samril, pada dasarnya, tonsil akan membengkak akibat daripada jangkitan virus ataupun bakteria.

Begitupun sekiranya hanya jangkitan virus, tonsilitis boleh pulih sendiri kerana pesakit hanya akan mengalami bersin, hidung tersumbat, selesema dan juga batuk.

Secara amnya, tonsil membengkak boleh pulih dengan sendiri namun pengambilan antibiotik membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Katanya, sekiranya masalah tonsil membengkak berulang empat atau lima kali setahun, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.

Situasi ini perlu sekiranya keadaan menjadi lebih kronik kerana ia menghalang sistem pernafasan selain tonsil tersebut akan bernanah.

Bagi yang mengganggu sistem pernafasan, ini dapat dilihat apabila pesakit akan berdengkur sewaktu tidur selain mulutnya berbau.

Apabila ditanya mengenai pandangan ramai yang mengatakan pembuangan organ terbabit akan menjejaskan sistem pertahanan tubuh, katanya, ia sebenarnya adalah satu kepercayaan yang salah.

Yang pasti, pembuangan tonsil tidak akan menjejaskan mana-mana bahagian malah pesakit akan lebih sihat selepas pembedahan dilakukan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130110/kn_01/Jangan-pandang-remeh-sakit-tonsil#ixzz2Q8ndB7Ml



**************************************************************

Tonsilitis adalah disebabkan jangkitan kuman. Jika anda ke klinik kerana demam atau sakit tekak, doktor akan melihat ke dalam mulut untuk melihat samada tonsil membengkak. Doktor akan memberikan antibiotik kepada anda untuk masalah ini.

Ya, antibiotik adalah sesuatu yang akan diberikan doktor. Ia bertindak memusnahkan kesemua virus di dalam tubuh termasuk juga kuman yang baik. Jika diamalkan, lama kelamaan kuman jahat di dalam tubuh akan menjadi imun dengan antibiotik biasa maka anda memerlukan antibiotik yang lebih kuat apabila dijangkiti lagi kelak. 

Biasa dengan kan? Mencegah, lebih baik dari mengubati. Jika anda inginkan sesuatu yang bersifat semulajadi, selamat dan tiada kesan sampingan, Nutriferon adalah jawapannya. Nutriferon merupakan hasil kajian immunilogist jepun, Dr. Yasuhiko Kojima. selama 40 tahun penyelidikan ke atas lebih 200 herba yang membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Ianya menggunakan herba semulajadi maka selamat dan tidak mengundang bahaya atau risiko. 

memandangkan tonsilitis disebabkan jangkitna kuman, maka nutriferon adalah pilihan terbaik.  

nutriferon untuk tonsilitis


saya sendiri sentiasa pastikan nutriferon ni ade di rumah memandangkan saya tak lagi amik panadol bila demam, selsema atau sakit kepala. Yela, dulu2 tak tahu yang panadol ni ade kesan sampingan kan. Kita mestilah sayang tubuh anugerah Allah bukan :) Jadi, pastikan pilihan anda selamat.

Nutriferon boleh didapati secara exclusive hanya dari Shaklee. Anda boleh berkunjung ke mana2 cawangan Shaklee untuk mendapatkannya atau hubungi saya, pengedar sah Shaklee yang akan membuat penghantaran ke seluruh Malaysia.


Norul
SMS/Whatsapp : 018-290 7924
FB Page: Ummi Tiqah

 

Tingkatkan imunisasi dengan Nutriferon



Musim hujan yang sering melanda kebelakangan ni menyebabkan kita kerap demam dan selsema. Saya sendiri baru je demam minggu lepas. Apa yang saya buat bila saya demam?
Saya akan ambil 2 biji vitamin C yang dipatah 2, namun kalau selepas beberapa hari tiada perubahan saya akan ambil sepeket NutriFeron. Sekarang, saya suka ambil NutriFeron seminggu sekali untuk sistem imuninasi saya. Selain itu, boleh juga salurkan kepada bayi yang tengah menyusu. Suami saya sendiri kalau rasa nak demam terus ambil NutriFeron. Alhamdulillah, terus tak jadi demam.


Apa itu NutriFeron?

Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon iaitu Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojim. Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.


NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
Siapa yang memerlukan NutriFeron set ini?
  • Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.
Jom ikuti apa kata pengguna NutriFeron

Oh, saya kongsi cerita saya juga. Semasa Muadz baru 3 bulan dia kena selsema yang agak teruk. Hidung tersumbat sampai tak mau menyusu. Masa tu takut nak bawa ke doktor sebab tak mahu bagi baby makan ubat. Tapi bila dia dah sampai tak nak menyusu terus pergi ke klinik.
Doktor kata paru-paru dia dah kena infection dan kena masuk hospital. Masa tu Allah sahaja yang tau betapa risaunya hati ini. Nasib baik ayahnya ada sekali. Seboleh-bolehnya tak mahu dia tinggal di hospital. Selepas berbincang dengan doktor, doktor bagi nebulizer. Katanya ok sedikit tetapi masih banyak kahak dalam paru-paru.
Doktor ni memang sangat bagus. Dia ajar cara tepuk belakang anak secara cupping untuk longgarkan kahak. Doktor juga pesan supaya sedut hingus anak dengan mulut sebab lebih berkesan. (walaupun masa tu rasa geli tapi buat juga sebab nak anak cepat sihat.) Doktor pesan lagi, kalau nampak anak susah bernafas cepat2 bawa ke klinik/hospital terus. Petang nanti datang lagi ambil nebulizer. Doktor bagi MC untuk kami berdua 2 hari untuk monitor baby.
Masa tu Muadz memang sedikit tak bermaya. Tak mahu senyum, tak mahu main. Sedangkan dia anak yang ceria. Dah la anak pertama, baru 3 bulan pula tu. Jadi memang saya sangat risau. Balik tu bagi juga ubat sedikit kemudian saya ambil bancuh sepeket nutriferon dan minum dan pujuk dia supaya menyusu. Alhamdulillah, dia menyusu juga walaupun sekejap-sekejap berhenti untuk bernafas sebab hidung tersumbat.
Doktor kata kalau dia muntah kahak lebih cepat keluar tapi muadz tak muntah pula. Petang tu nampak muadz dah macam sihat sikit tapi kami bawa juga ke klinik untuk check semula dan ambil nebulizer. Bila jumpa doktor dan check doktor sangat terkejut. Dia kata ‘A lot of improvement.’
Doktor bagi juga nebulizer sekali lagi dan kata tak perlu datang dah. tak perlu ke hospital. Alhamdulillah. Masa tu gembira sangat-sangat. Tak sangka cepat juga kesan nutriferon tersebut. Ada juga tanya doktor ke mana kahaknya pegi sebab sepanjang hari dia tak buang air besar atau muntah. Doktor kata tak mengapa, kahak tu akan cair dalam badan.

Anda mempunyai masalah yang sama? Hubungi saya untuk mendapatkan Nutriferon 



Norul
SMS/Whatsapp:018-2907924
FB Page: Ummi Tiqah