Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Showing posts with label vitamin c. Show all posts
Showing posts with label vitamin c. Show all posts

Keistimewaan dan Perbezaan Set Berpantang Shaklee

Ade yang bertanya, ape beza set berpantang shaklee berbanding set2 pantang lain yang banyak di pasaran? Apa keistimewaan set berpantang Shaklee ni hinggakan ramai yang jatuh hati dengannya?


Keistimewaan dan Perbezaan Set Berpantang Shaklee



  1. Vitamin-vitamin yang semulajadi
  2. Luka lebih cepat kering dan sembuh samada kelahiran normal atau pembedahan
  3. Tiada masalah cirit birit akibat set berpantang
  4. Tidak panas
  5. Tiada masalah sembelit, senang untuk melawas
  6. Tablet mudah telan
  7. Tiada rasa pahit 
  8. Susu lancar dan banyak
  9. Sumber nutrien yang mencukupi untuk ibu berpantang dan menyusu
  10. Kulit menjadi bersinar, merah dan tidak pucat seperti kelaziman ibu selepas bersalin
  11. Ibu bertenaga dan cergas 
  12. Atasi masalah "baby blues" atau kemurungan selepas bersalin (meroyan).
  13. Harga berpatutan 
  14. Vitamin masih boleh diambil walaupun dah habis pantang. 
Kesemua produk shaklee adalah 100% semulajadi, tidak mengandungi bahan perasa, pewarna atau
pengawet tiruan. Maka, ibu2 boleh yakin yang Shaklee selamat digunakan untuk semua tanpa memberikan sebarang kesan sampingan

Zink dan ESP berperanan penting dalam proses penyembuhan luka dan membaiki sel2 tubuh. Pengambilan kedua2 supplemen ini amat membantu proses penyembukan luka dengan lebih cepat

Ade set berpantang berasaskan herba yang menyebabkan masalah panas dan cirit birit kepada ibu. Bayi yang disusukan juga akan mengalami masalah yang ini. Namun, istimewanya set berpantang Shaklee ini, ia tidak panas dan mengakibatkan cirit birit kepada ibu dan bayi.

Ostematrix merupakan kalsium magnesium dalam bentuk tablet. Ia amat membantu dalam masalah sembelit yang lazim dialami ibu2 berpantang. Pastinya ibu2 yang bersalin secara normal "seriau" nak ke tandas jika ade masalah sembelit kan. Saya sendiri pon dah pernah lalui, hehe.

Tablet- tablet Shaklee semuanya dalam bentuk mudah ditelan dan tidak pahit seperti ubat. 

ESP merupakan salah satu penggalak susu yang terkenal di kalangan ibu2 menyusu. Ibu2 berpantang juga lazim mengalami masalah kekurangan nutrien kerana banyak sumber yang tidak boleh dimakan. Manakala kehilangan darah semasa bersalin membuatkan ibu nampak pucat dan tidak bermaya. Vitalea, B Complex dan ESP mengatasi masalah2 ini dengan berkesan. Nutrien mencukupi diperoleh dari Vitalea  selain Iron dalam Vitalea amat membantu dalam pengahasilan sel-sel darah. B Complex mengandung riboflavin yang memberikan warna kepada tona kulit. Hasilnya kulit ibu akan nampak glowing an tidak pucat. Gabungan kesemua vitamin ini memberi tenaga dan kecergasan kepada ibu berpantang.

Baby blues mungkin dialami ibu2 berpantang jika tak dijaga betul2. Sebab tu ibu2 tak boleh stress dan kene jaga kesihatan. B Complex Shaklee membantu mengatasi stress, bukan sahaja semasa dalam pantang tp juga sesuai untuk semua golongan.

Vitamin2 Shaklee tahan 1 hingga 6 bulan mengikut jenis. Walaupon berpantang cuma 40 hari, tak rugi pon menggunakan set berpantang Shaklee kerana ia boleh digunakan jangka panjang untuk kesihatan umum. Tahukah ibu2, vitamin2 asas Shaklee untuk semua set adalah sama dan fungsi utamanya adalah untuk kesihatan umum. Kebanyakannya mempunyai banyak fungsi dalam satu (few in one) seperti untuk kecantikan, tambah susu dan sebagainya. 






Dapatkan Set Berpantang Shaklee yang selamat, semulajadi dan telah menjadi pilihan ramai ibu. Hubungi saya untuk order atau boleh klik butang di bawah untuk mebeli terus dari website Shaklee. Saya akan hubungi anda untuk konsultasi eksklusif dengan setiap pembelian, terima kasih:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0ff0a77035f9569943049ed3e980bb0d



Norul


SMS/Whatsapp: 018-290 7924


FB Page: Ummi Tiqah
Penghantaran Shaklee sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.

Kulit Sehalus Bayi

Cuba anda lihat kulit bayi dan kanak2, kan licin dan kemerah-merahan. Ini kerana kulit mereka masih muda, kolagen yang sihat,sel2 kulit yang sering berganti dengan aktif dan takde masalah hormon.  Bolehkan kita orang dewasa juga mendapatkan kulit sehalus bayi sebegini? Kita juga boleh mendapatkan kulit sehalus bayi jika mengamalkan corak pemakanan yang betul dan penjagaan dalaman dan luaran untuk melindungi kulit agar muda remaja. 


Petua mendapatkan kulit sehalus bayi:
  1. Gunakan produk penjagaan kulit yang bebas kimia, semulajadi dan selamat. Janganlah kita termakan dengan hasutan iklan2 untuk cepat cantik, putih, gebu dan sebagainya. Hakikatnya, kebanyakan produk ini mengandungi kimia merbahaya dan bertindak menghakis kulit. Nak mudah, saya syorkan NutriWhite, set lengkap penjagaan kulit dari Shaklee yang berunsur semulajadi, selamat, dan mendapat kelulusan KKM .
  2. Cuci muka 3 kali sehari, namun jangan lebih dari 5 kali sehari. Terlalu kerap mencuci muka boleh menyebabkan kulit hilang kelembapan
  3. Amalkan pemakanan yang tinggi antioksida yakni kaya dengan vitamin E dan C. Antaranya, gandum, Anggur merah, buah berry, delima dan brokoli.  Ataupun boleh ambil supplemen vitamin E dan Vitamin C semulajadi dari Shaklee. Vivik juga merupakan vitamin tinggi antioksidan dan amat berkesan dalam melawan penuaan selular.
  4. Elakkan stress dengan bersenam dan kawal hormon dengan vitamin B Complex
  5.  Lindungi kulit apabila keluar, gunakan sunblock dan topi.
  6. Minum banyak air kosong, 2-3Liter sehari untuk memastikan peredaran darah dan system perkumuhan yang baik.
  7. Makan makanan yang kaya sumber protein atau sebaiknya, amalkan ESP.
InsyaaAllah, anda akan beroleh kulit sehalus bayi, kemerah merahan dan berseri. Ramai wanita cantik di luar sana yang mengamalkan Shaklee seperti Mizz Nina, Ayu Raudhah dan bekas pelakon,Nani Rustam. Nak cantik seperti mereka? Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee anda sendiri dan miliki kulit sehalus bayi.



Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

Vitamin Shaklee Untuk Mengatasi Kencing Manis (Diabetes) Semasa Hamil

Punca Kencing Manis Semasa Hamil dan Cara Mengatasinya


Terdapat ibu atau bakal ibu yang tidak pernah mengidap kencing manis sepanjang hidup tetapi mendapat penyakit ini semasa hamil. Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Bagaimana Ibu Mengetahui Yang Beliau Mengidap Kencing Manis Semasa Hamil


Terdapat beberapa simptom yang berkaitan dengan kencing manis semasa hamil. antaranya:

  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.
Namun, untuk memastikannya, ujian yang dipanggil ujian toleransi glukosa oral (OGTT) akan dijalankan oleh doktor. Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Kesan Kencing Manis ke atas Kehamilan


Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis atau demam kuning. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan mendapat diabetis di kemudian hari nanti.

Kesan pada ibu hamil;

  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.

Kesan pada bayi;

  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah) dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
  • Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.


Siapa yang Berisiko Mengidap Diabetes Semasa Hamil

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
  • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
  • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana diabetis gestasi dirawat?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.

Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.

Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Namun, dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.

Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.

Bagaimana Shaklee Membantu Mengatasi Kencing Manis Semasa Hamil?


Set Hamil Shaklee terdiri dari daripada vitamin2 asas iaitu Vitalea (multivitamin), B Complex, Vitamin C dan ESP, ditambah dengan Ostematrik (Kalsium Magnesium) dan Omega Guard. Vitamin2 ini membantu megatasi kencing manis ketika hamil seperti berikut:

  1. Omega Guard ~ Asid lemak perlu yang meningkatkan lemak jenis baik (HDL) dalam
    darah. 
  2. ESP ~ Minuman protein rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah.
  3. B Complex ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga.
  4. Ostematrix ~ Sumber kalsium dan magnesium yang membantu mengelakkan gejala kencing manis.
  5. Vitalea ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka.
  6. Vitamin C ~ Mengukuhkan kapilari darah
Selain daripada itu, jika anda disahkan mengidap diabetes ketika hamil, anda digalakkan untuk mengambil Garlic Complex. Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal kandungan gula dalam darah.




Berminat mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya:


Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 





Sumber:
1. http://www.babycenter.com.my/a1031209/kencing-manis-semasa-hamil-diabetis-gestasi?ModPagespeed=noscript
2. http://janahazana.blogspot.com/2013/12/mengatasi-kencing-manis-semasa-hamil.html

Apa itu Radikal Bebas atau Free Radicals dan Kesannya ke Atas Manusia

Musim jerebu!!! Sana sini hutan terbakar, cuaca panas dan keadaan diburukkan dengan krisis air. Klinik2 juga penuh dikunjungi mereka yang tidak sihat. Dan apabila jerebu, salah satu bende yang bermain di fikiran saya ialah RADIKAL BEBAS atau Free Radicals. Cuaca yang amat tidak sihat ini membuatkan radikal bebas makin berleluasa dan menjadi punca pelbagai penyakit.


APA ITU RADIKAL BEBAS ATAU FREE RADICALS




Dalam entry saya sebelum ini berkenaan kanser dan antioksidan, ada saya terangkan tentang radikal bebas ni.
Dalam bahasa mudah, radikal bebas merupakan molekul tidak stabil yang terhasil dari proses pengoksidaan yang merosakkan tubuh badan kita. Molekul2 ini bertindak jahat dengan memusnahkan sel2 baik yang lain. Ia bertindak seperti parasit yang memusnahkan orang lain.




PUNCA TERJADINYA RADIKAL BEBAS?

Bagaimana terjadinya radikal bebas.. bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas.. di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan.. Dalam keadaan jerebu seperti sekarang, tahap pencemaran berada pada paras kronik dan menyebabkan lebih banyak radikal bebas terhasil.

KESAN RADIKAL BEBAS KE ATAS MANUSIA





Radikal bebas amat merbahaya kepada manusia. Pelbagai penyakit berpunca dari radikal bebas. Radikal bebas juga memberi kesan penuaan sebelum waktu kepada manusia. Penyakit2 kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser juga berasal dari radikal bebas yang tidak stabil dalam tubuh akibat corak pemakanan yang tidak baik. 

BOLEHKAH RADIKAL BEBAS DIATASI

Seperti dinyatakan, radikal bebas berpunca dari pemilihan makananan tidak sihat, tekanan, pencemaran, radiasi dan air yang bertoksik. Untuk menentang radikal bebas, unsur2 yang menjadi punca radikal bebas harus dihapuskan. Namun, dengan persekitaran dunia moden hari ini yang penuh pencemaran dan makanan yang sudah diubah genetiknya (GMO), kita tidak dapat lari dari radikal bebas. Apa yang boleh kita buat untuk melindungi diri dan keluarga tersayang?

Radikal bebas berpunca dari pengoksidaan. Berita baiknya, kita boleh mengatasi masalah ini dengan makanan yang tinggi antioksidan. 


BAGAIMANA ANTIOKSIDAN BERFUNGSI MELAWAN RADIKAL BEBAS



Antioksidan melindungi tubuh kita dengan melindungi sel2 yang sihat dari serangan radikal bebas. Ia meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh sekaligus mencegah kerosakan atau penyakit yang diakibatkan oleh radikal bebas. 

Buah buahan berries dan anggur merupakan antara yang tinggi kandungan antioksidannya.


Rank Food item Serving size Total antioxidant capacity
per serving size
1 Small Red Bean (dried) Half cup 13,727
2 Wild blueberry 1 cup 13,427
3 Red kidney bean (dried) Half cup 13,259
4 Pinto bean Half cup 11,864
5 Blueberry (cultivated) 1 cup 9,019
6 Cranberry 1 cup (whole) 8,983
7 Artichoke (cooked) 1 cup (hearts) 7,904
8 Blackberry 1 cup 7,701
9 Prune Half cup 7,291
10 Raspberry 1 cup 6,058
11 Strawberry 1 cup 5,938
12 Red Delicious apple 1 whole 5,900
13 Granny Smith apple 1 whole 5,381
14 Pecan 1 ounce 5,095
15 Sweet cherry 1 cup 4,873
16 Black plum 1 whole 4,844
17 Russet potato (cooked) 1 whole 4,649
18 Black bean (dried) Half cup 4,181
19 Plum 1 whole 4,118
20 Gala apple 1 whole 3,903
 Sumber: WebMD

Vitamin A, C dan E merupakan sumber antioksidan semulajadi. Antara makanan yang tinggi kandungan vitamin2 ini adalah:





Berdasarkan gambar dan carta di atas, banyak sumber makanan yang tinggi antioksidan yang boleh kita ambil untuk menentang radikal bebas. Soalnya, mampukah kita mengambil makanan2 ini setiap hari atau ada cara yang lebih mudah? Persoalan juga timbul kerana kebanyakan buah-buahan, sayuran dan makanan lain pada hari ini mengandungi kadar racun serangga dan bahan kimia yang tinggi tidak seperti makanan semulajadi yang diperolehi 50 tahun dahulu. Jadi, adakah kita ada pilihan yang lebih tepat dan selamat?

Sudah tentu supplemen semulajadi menjadi alternatif yang ada. Di Shaklee, kesemua vitamin yang dihasilkan adalah semulajadi, menjalani peroses penyelidikan dan ujian (bukan ke atas haiwan) yang tinggi untuk menghasilkan vitamin yang benar2 berkualiti dan berkesan. Menerusi penyelidikan berterusan, lahirlah Vivix; produk terunggul yang amat tinggi antioksidan. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 








Manakala, untuk pilihan yang lebih ekonomi, vitamin ACE juga sangat diperlukan untuk menentang radikal bebas.

Mana satu pilihan anda? Nak cegah penyakit sebelum ia menyerang atau merawat dengan kos yang tinggi dan menderita pelbagai penyakit kelak? Hargailah kesihatan kita. 

Nak dapatkan vitamin antioksidan atau apa jua produk Shaklee? Hubungi saya:

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 


Testimoni Berjaya Hamil dengan Set Kesuburan Shaklee

Pagi2 ni mood happy menjelma. Apa tidaknya, dapat SMS dari customer yang berjaya hamil akhirnya selepas 7 tahun kahwin. Beliau ambil set kesuburan lengkap Shaklee dan dengan izin Allah, akhirnya hamil jua. 



Sememangnya, kita hanya berusaha tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Customer saya ni mempunyai posisi rahim yang terbalik. Dah pelbagai ubat dan cara dicuba samada secara tradisional, berjumpa pakar malah dua kali melakukan IUI namun belum pernah berjaya hamil sepanjang tujuh tahun perkahwinannya.


Berdasarkan research yang saya buat untuk membantu puan Nanie, beliau masih boleh hamil walaupun rahim yang terbalik namun memerlukan sedikit bantuan dan cara yang betul. Saya akan kongsikan tentang rahim yang terbalik di entry akan datang ye. 

Untuk entry kali ini, saya ingin kongsikan set kesuburan Shaklee yang telah diambil oleh puan Nanie dalam usahanya untuk hamil dan memperolehi zuriat sendiri. 

Vitamin2 dalam set kesuburan Shaklee yang diambil ialah:

  • Set asas kesihatan iaitu
  1. Vitalea
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. ESP
ESP, Vitalea, B Complex dan vitamin C merupakan set asas yang terkandung dalam kebanyakan set Shaklee. Ianya dipanggil family wellness set dan menjadi set asas kesihatan umum. Salah satu punca sukar hamil ialah tubuh kita kekurangan nutrien harian. Jadi kita syorkan pengguna amik set asas ni
untuk sebarang masalah kesihatan bagi menampung kekurangan nutrien dalam tubuh. Kemudian, barulah ditambah vitamin2 lain mengikut jenis masalah yang dihadapi.


  • Set tambahan untuk kesuburan iaitu:
  1. GLA
  2. Vitamin E
  3. Zink
  4. Alfalfa
Vitamin E dipanggil vitamin cinta, insyaaAllah membantu dalam membaiki kualiti sperma dan libido suami isteri.
Zink juga merupakan vitamin yang membantu dalam membaiki kualiti sperma manakala bagi isteri, zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.GLA berfungsi menyeimbangi hormon dalam tubuh.

Uniknya B Complex Shaklee sebab mengandungi Folic Acid harian yg diperlukan tubuh dan amat perlu bagi wanita yang mencuba untuk hamil. Alfalfa pula membantu mengetatkan organ seksual wanita dan menghasilkan pelincir, jadi elak masalah sakit masa bersama. Ia juga membantu mengatasi masalah keputihan yang dialami jika ada.


Untuk penjelasan lengkap tentang setiap vitamin Set Kesuburan Shaklee, anda boleh baca di entry saya yang terdahulu di sini.

Tiada yang lebih menggembirakan pabila dapat membantu walaupun secara tidak langsung. Apatah lagi apabila customer yang dibantu memberikan maklumbalas yang positif dan menggembirakan. Supplemen hanyalah satu usaha dan ikhtiar, namun Allah jua yang memberi rezeki. Saya doakan puan Nanie sekeluarga dilindungi Allah dan selamat melahirkan zuriat yang dinantinya kelak. 

Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah. Konsultasi didedikasikan sepenuhnya untuk semua pelanggan yang membeli Shaklee dengan saya. 

Salam sayang,
Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.



Keputihan Semasa Hamil: Punca dan Cara Mengatasinya

Merbahayakan keputihan semasa hamil dan cara mengatasinya


Keputihan semasa hamil adalah perkara yang sering terjadi. Ibu hamil mengalami perubahan hormonal yang menyebabkan terjadinya keputihan. Aliran darah akan meningkat ke daerah kewanitaan ketika anda sedang hamil yang mempengaruhi cairan vagina menjadi lebih banyak. Pada ibu hamil cairan vagina mempunyai manfaat untuk mencegah infeksi dari vagina menuju ke rahim.  

 

Bagaimana untuk anda mengetahui samada anda mengalami keputihan yang normal atau tidak.

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:
  • Lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau kekuningan malah kehijauan.
  • Terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda
    Anda akan rasa sakit apabila bersama suami 
  • Rasa sakit apabila membuang air kecil.

Jika anda mengalami tanda2 seperti di atas, cepat2 lah bertemu dengan doktor untuk mengatasinya. Doktor anda mungkin akan memberikan ubat sapu atau ubat lain untuk mengatasi masalah ini.


Punca keputihan semasa hamil 

Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.  ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita.
Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat. 


Keputihan akan menjadi teruk dan mengakibatkan kerengsaan apabila:
 
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Mandian buih wangi dan scented patyliner juga boleh menyebabkan kerengsaan dan mengakibatkan keputihan makin teruk
  • Pengambilan antibiotik mengganggu keseimbangan mikroorganisma baik dan jahat dalam tubuh
  • Kencing manis juga menyebabkan keputihan bertambah burul kerana gula menggalakkan pertumbuhan kulat

Saya juga mengalami masalah keputihan sejak di awal kehamilah. Doktor memberikan ubat untuk dimasukkan ke dalam bahagian intim. Masalah tersebut dapat diatasi seketika namun berulang kembali.Ini kerana hormon semasa hamil menyukarkan keputihan dihapuskan sepenuhnya.
Antara tips atau rawatan keputihan yang boleh dilakukan sendiri di rumah ialah:

  1. Menjaga kerbersihan dan mengelap kering bahagian intim selepas ke tandas
  2. Pakai seluar dalam kapas, longgar atau kain untuk memudahkan aliran udara
  3. Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana persekitara lembab dan panas menggalakkan pertumbuhan kulat
  4. jangan gunakan mandian buih yang ade pewangi
  5. Elakkan panty liner yang ade wangian
  6. Pastikan pelincir yang cukup sblm bersama suami, sila gunakan lubricant yang sesui jika ada masalah kering ketika bersama.
  7. Boleh gunakan yogurt asli yang mengandungi lactobacillus dan disapu di seleliling bahagian intim
  8. Terdapat juga petua pengambilan bawang putih untuk mengatasi keputihan. Ini kerana bawang putih merupakan sumber antibiotik asli.
  9. Tingkatkan imuniti tubuh dengan pengambilan vitamin C yang baik.
  10. Kurangkan makanan dan minuman manis

Untuk no 8 dan 9, saya sendiri mengamalkan Vitamin C dan Garlic Shaklee dan alhamdulillah, keputihan dapat dikawal meskipon tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang saya perasan, jika saya terlupa nak ambil vitamin2 ni, keputihan menjadi teruk malah menjadi gatal yang teramat. Namun, jika mengambil Vitamin C dan Garlic secara konsisten, cairan yang keluar tidaklah terlalu banyak dan tidak membuatkan kegatalan Jadi, jika anda hamil dan mengalami keputihan, boleh cuba seperti saya. Nanti, dah bersalin boleh ambil semula alfalfa untuk mengatasi keputihan dengan lebih berkesan ye. 



Salam Sayang 

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.