Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Showing posts with label Tambah Selera Anak. Show all posts
Showing posts with label Tambah Selera Anak. Show all posts

Anak Tak Mahu atau Tiada Selera Makan, Punca dan Cara Mengatasinya


Anak2 berumur satu tahun hingga 3 tahun lazim mengalami masalah taknak makan. Ini sudah tentu memeningkan ibu bapa. Saya sendiri sering ditanya bagaimana untuk mengatasi masalah anak yang tak mahu makan ni. Terlebih dahulu, kita kene kenalpasti punca anak tak mahu atau tiada selera makan.


Punca anak tak mahu atau tiada selera makan

  1. Terganggu dengan TV, mainan atau iPad  
  2. Melalui fasa "baru dapat kaki", jadi asik nak bermain tanpa hiraukan makanan  
  3. Makanan tak menarik  
  4. Anak2 sengaja ingin menarik perhatian ibu bapa 
  5. Stress atau kerisauan  
  6. Ambil snek yang banyak  di luar waktu makan
  7. Kekurangan vitamin2 tertentu yang menganggu selera makan

Ada beberapa Do dan Don't yang ibu bapa harus praktikkan untuk mengatasi keadaan anak yang tidak mahu atau hilang selera makan ni

Do:  

  • Jika anak dah agak besar, boleh minta anak bagi cadangan tentang apa yang ingin dimakan. Boleh bagi option seperti "hari ni kakak nak makan bihun goreng atau spagetti?"
  • Biar anak tolong anda sediakan makanan yang dicadangkan tadi. Tak perlu ajar memasak, mungkin sekadar biar dia masukkan sayur yang sudah dipotong, tolong ambil bahan dari peti sejuk dan sebagainya. Ini membuatkan mereka rasa dihargai dan penting
  • Pelbagaikan jenis makanan dan cara ia dimasak. anak2 juga suka dengan cara hidangan yang creative seperti makanan berbentuk muka, haiwan dan sebagainya. Anak2 saya contohnya, suka dengan makanan berwarna seperti bayam merah.
  • Cuba pelbagaikan makanan baru seperti spaghetti, bihun, mee, pulut dan roti. Jangan hanya terhadkan kepada pengambilan nasi sahaja. Anak2 mudah bosan dengan makanan yang sama
  • Tingkatkan aktiviti fizikal supaya selera makannya bertambah. Pembakaran kalori membuatkan anak akan merasa lapar.
  • Boleh bagi snek berkhasiat di antara waktu makan seperti sandwich, buah-buahan dan susu supaya anak dapat nutrien yang mencukupi.
  • Beri perhatian sepenuhnya semasa anak makan. Boleh bercerita sambil mkn dengan anak. Seorang kawan saya bercerita tentang anak keduanya yang tak mahu makan tetapi apabila anak itu tinggal bersama neneknya, selera anak itu berubah dengan ketara. Mungkin situasi di rumah nenek berbeza di mana perhatian sepenuh diberi kepada anak ini sedangkan di rumah ibu bapanya, ada adik beradik lain yg juga menagih perhatian.


Don' t:

  • Bagi snek atau minuman sebelum waktu makan untuk mengelakkan anak kenyang  
  • Simpan terlalu banyak snek di rumah. Anak2 lebih berminat dengan snek yang tak berkhasiat dari makanan biasa.  
  • Biasakan anak makan sambil menonton atau bermain gadget. Latih mereka untuk berhenti menonton semasa makan  
  • Paksa atau memarahi anak yg tak mahu makan. Ini menjadi punca mereka stress dan tidak gembira di meja makan.

Saya pernah kongsikan testimoni Mealshake yang membantu menambah selera makan anak.  Soalnya, bagaimana Mealshake boleh menambah selera makan anak? Seperti yang dinyatakan di atas, salah satu punca anak tidak berselera makan ialah kerana kurang vitamin2 tertentu. Mealshake merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk yang membekalkan vitamin2 harian yang diperlukan tubuh. Maka tidak hairanlah apabila keperluan nutrien ini dipenuhi, selera makan anak juga akan berubah kepada normal. Tapi jangan salah faham ye. Bukan bermakna selera makan akan bertambah2 tanpa kawalan. Nanti obes pulak jadinya. Sebaliknya, nutrien2 ni membantu mengimbangi sistem tubuh, bermakna selera makan akan berubah kepada normal. Sebab itulah Mealshake ni sesuai untuk yang underweight juga obes :)


Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Dan jika berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh order dengan menghubungi saya:


Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah
 


Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 
COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC.  

Bagaimana Menambah Selera Makan Anak

Anak yang yang kedua amat susah nak makan. Kalau makan pon, dia cuma nak lauk telur. Itupon suma sesuap dua sahaja. Pening dan risau saya dengan Aisy ni, umurnya nak masuk 4 tahun. Ya, masalah ini bukan dialami saya seorang. Ramai ibu2 yang menghadapi masalah sama. Saya pernah menonton rancangan "Jo Frost: Extreme Parental Guidance". Sorg kanak2 berusia 6 tahun hanya makan roti dan mentega kerana itu sahaja yang dia mahu. Akibatnya, kanak2 itu menghadapi masalah tidak cukup nutrisi selain masalah dengan tekak dan mulutnya kerana kurang mengunyah. Saya bimbang perkara sama berlaku kepada Aisy kerana hero saya ni cuma nak makan roti disapu Nutella. Alahai. 

Ade beberapa kaedah saya gunakan untuk menarik minat Aisy untuk makan seperti:
  1. Mempelbagaikan hiasan kepada makanan. Carrot contohnya saya jadikan ia berbentuk seperti haiwan, namun cara ini langsung tak berkesan kepada Aisy. haha.
  2. Memberikan warna kepada makanan. Bayam merah yang dipanggil "sup pink" oleh anak sulung saya berjaya membuka selera Aisy. Tp tiap2 hari sup pink pon, jemu jugak kan. 
  3. Cara terakhir yang kurang elok ialah dengan menakut-nakutkannya. Cara ini kadang2 berkesan, kadang2 tidak. Sebabnya kalau angin dia tak baik, ugut kata nak bawak hospital pon dia tak peduli. hehe. 
kemudian, saya terfikir adakah Aisy mempunyai masalah cacing dalam ususnya? Anak2 yang bercacing memang akan hilang selera makan. Namun, sebelum memutuskan untuk memberi ubat cacing, saya terlebih dahulu mencuba Mealshake. Saya teringat yang Aisy pernah menghadapi masalah sama ketika berusia 2 tahun dan Mealshake membantu mengembalikan seleranya. Tapi, dah agak lama saya lupa nak beri Mealshake kepada
anak-anak. 

Hasilnya, selepas 2 hari Aisy asik mintak susu saja. Hari ketiga, 3 kali tambah nasi yang cuma berlaukkan kari. Dan sekarang, tak payah disuruh makan. saya mmg biasa menyuap anak2 mkn walaupun mereka dah besar tapi satu yang buat saya geram, saya terpaksa panggil mereka everytime nak suap sbb diorg leka layan tv atau tak duduk diam. Tapi Aisy skrg ni dengan rela datang menyerah untuk disuap, tak perlu panggil2 dah. Alhamdulillah...


Jadi kepada ibu-ibu yang bermasalah sama, jangan putus asa melayan kerenah anak2 ye. Mahu kongsi pengalaman anda? Silakan :) 

Dan jika anda ingin menadapatkan Mealshake yang amat berbaloi dan tahan lama ni, boleh hubungi saya:



Norul


SMS/Whatsapp: 018-290 7924


FB Page: Ummi Tiqah

 

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.

Testimoni Vitamin Untuk Menambah Selera Makan Anak~Mealshake

Anak taknak makan? Masalah ini lazim dialami apabila anak dah mula berjalan. Ini kerana, anak menjadi semakin aktif dan sibuk nak menjelajah dunia dengan kakinya. Saya juga menghadapi masalah sama dengan A'isy, anak kedua saya. Walaupun dah cuba menyediakan makanan dalam bentuk yang lebih kreatif seperti meletakkan dalam pinggan berwarna warni, buat bentuk haiwan dan sebagainya, A'isy masih tak suka makan. Jadi, saya cuba Mealshake dan ternyata ianya mula menambahkan hasil. Kalau dulu, A'sy cuma makan roti tapi selepas diberi Mealshake, asik mintak nasik dan roti canai ajek :)

Sebenarnya, ramai lagi yang bersetuju dengan saya tau... Selain selera makan bertambah, masalah sembelit juga dapat diatasi, insyaaAllah. Berikut dipaparkan testimoni  vitamin untuk menambah selera makan anak iaitu Mealshake:





Bukan sekadar tambah selera makan anak, Mealshake juga membantu ibu yang menghadapi masalah morning sicknes
Jadi, jika anda ingin mendapatkan Mealshake, sila hubungi saya ye. Penghantaran ke seuluruh Malaysia. Konsultasi eksklusif khas untuk pelanggan yang membeli Shaklee menerusi saya :)
Salam sayang,
Norul
018-2907924
FB Page: Ummi Tiqah