Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Showing posts with label alfalfa. Show all posts
Showing posts with label alfalfa. Show all posts

Testimoni Berjaya Hamil dengan Set Kesuburan Shaklee

Pagi2 ni mood happy menjelma. Apa tidaknya, dapat SMS dari customer yang berjaya hamil akhirnya selepas 7 tahun kahwin. Beliau ambil set kesuburan lengkap Shaklee dan dengan izin Allah, akhirnya hamil jua. 



Sememangnya, kita hanya berusaha tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Customer saya ni mempunyai posisi rahim yang terbalik. Dah pelbagai ubat dan cara dicuba samada secara tradisional, berjumpa pakar malah dua kali melakukan IUI namun belum pernah berjaya hamil sepanjang tujuh tahun perkahwinannya.


Berdasarkan research yang saya buat untuk membantu puan Nanie, beliau masih boleh hamil walaupun rahim yang terbalik namun memerlukan sedikit bantuan dan cara yang betul. Saya akan kongsikan tentang rahim yang terbalik di entry akan datang ye. 

Untuk entry kali ini, saya ingin kongsikan set kesuburan Shaklee yang telah diambil oleh puan Nanie dalam usahanya untuk hamil dan memperolehi zuriat sendiri. 

Vitamin2 dalam set kesuburan Shaklee yang diambil ialah:

  • Set asas kesihatan iaitu
  1. Vitalea
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. ESP
ESP, Vitalea, B Complex dan vitamin C merupakan set asas yang terkandung dalam kebanyakan set Shaklee. Ianya dipanggil family wellness set dan menjadi set asas kesihatan umum. Salah satu punca sukar hamil ialah tubuh kita kekurangan nutrien harian. Jadi kita syorkan pengguna amik set asas ni
untuk sebarang masalah kesihatan bagi menampung kekurangan nutrien dalam tubuh. Kemudian, barulah ditambah vitamin2 lain mengikut jenis masalah yang dihadapi.


  • Set tambahan untuk kesuburan iaitu:
  1. GLA
  2. Vitamin E
  3. Zink
  4. Alfalfa
Vitamin E dipanggil vitamin cinta, insyaaAllah membantu dalam membaiki kualiti sperma dan libido suami isteri.
Zink juga merupakan vitamin yang membantu dalam membaiki kualiti sperma manakala bagi isteri, zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.GLA berfungsi menyeimbangi hormon dalam tubuh.

Uniknya B Complex Shaklee sebab mengandungi Folic Acid harian yg diperlukan tubuh dan amat perlu bagi wanita yang mencuba untuk hamil. Alfalfa pula membantu mengetatkan organ seksual wanita dan menghasilkan pelincir, jadi elak masalah sakit masa bersama. Ia juga membantu mengatasi masalah keputihan yang dialami jika ada.


Untuk penjelasan lengkap tentang setiap vitamin Set Kesuburan Shaklee, anda boleh baca di entry saya yang terdahulu di sini.

Tiada yang lebih menggembirakan pabila dapat membantu walaupun secara tidak langsung. Apatah lagi apabila customer yang dibantu memberikan maklumbalas yang positif dan menggembirakan. Supplemen hanyalah satu usaha dan ikhtiar, namun Allah jua yang memberi rezeki. Saya doakan puan Nanie sekeluarga dilindungi Allah dan selamat melahirkan zuriat yang dinantinya kelak. 

Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah. Konsultasi didedikasikan sepenuhnya untuk semua pelanggan yang membeli Shaklee dengan saya. 

Salam sayang,
Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.



Benarkah Alfalfa Merbahaya

Dr Zubaidi baru2 ini menulis dalam blognya bertajuk "Bahayakah Menggunakan Alfalfa". Penulisan ini menimbulkan banyak spekulasi di kalangan mereka yang tidak membaca artikel tersebut dengan teliti.

Sebenarnya, tiada apa yang tak tepat dengan penulisan Dr Zubaidi. Semuanya adalah betul. Alfalfa telah digunakan secara turun tumurun secara tradisional dan supplemen untuk membantu dalam masalah berikut:

  • Arthritis (Masalah sendi)
  • Penyakit usus dan ginjal
  • Water retention
  • Masalah pundi kencing
  • Masalah prostat
  • Diabetes mellitus
  • Masalah perut kembung

Seperti yang dinyatakan Dr Zubaidi, Alfalfa dari sumber biji benih kemungkinan tidak selamat untuk penggunaan jangka panjang di mana ia boleh membahayakan pesakit SLE. Well, setiap pengedar Shaklee tahu akan hakikat ini, malah di botol Shaklee juga ada dinyatakan mengenainya.


Malahan, setiap pengedar Shaklee harus bertanyakan tentang tahap kesihatan pelanggan sebelum menasihatkan tentang setiap suplemen yang sesuai diambil. Keperluan setiap orang berbeza. Kalau dah tahu kita elergik dengan kucing, kenapa masih nak cium kucing? begitu juga lah halnya dengan alfalfa. Ianya bahaya jika diambil oleh mereka yang tak boleh ambil alfalfa, sebaliknya, alfalfa beri seribu satu kebaikan kepada orang lain.

Dr Zubaidi juga menyatakan penggunaan alfalfa secara berpanjangan dalam kuantiti yang BESAR juga MUNGKIN tidak selamat bagi ibu yang hamil atau menyusukan. Benar,tiada ujian alfalfa di lakukan ke atas ibu yang hamil atau menyusu. Oleh itu, ibu dan bakal ibu dinasihatkan mendapat nasihat doktor jika ingin ambil alfalfa. Kita tak pernah galakkan ibu hamil ambil alfalfa kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kontraksi dan keguguran pada kandungan. Walaupun ada yang tetap ambil alfalfa atas alasan tersendiri, pengambilan adalah atas risiko sendiri dan pengguna sudah diingatkan akan risikonya.

Jika anda buat carian mengenai galactagogues atau penggalak susu, alfalfa merupakan salah satu darinya. Oleh itu, kita tiada keraguan dalam mencadangkan alfalfa sebagai milk booster bagi ibu2 yang ingin menambah susu badan. Tambahan pula, Alfalfa Shaklee bukanlah dari sumber biji benih sebaliknya ia diproses dari daun. 

Ingin saya tekankan di sini tentang beberapa isi penting:
  1. Ada beberapa golongan yang tidak boleh ambil alfalfa seperti yang dinyatakan dalam blog Dr Zubaidi. Alfalfa bukanlah bahaya sebaliknya ia menjadi bahaya jika diambil golongan2 yang dinyatakan.
  2. Dinyatakan alfalfa dari biji benih boleh jadi tidak selamat untuk pengunaan jangka panjang dan dalam dose yang tinggi. Baiklah. Alfalfa Shaklee adalah dari sumber daun dan bukan biji benih. Nutritionist sudah meletakkan garis panduan pemakanan. Kenapa perlu ambil risiko dengan mengambil secara berlebihan.
  3. Alfalfa mempunyai kesan seperti estrogen yang kecil. Banyak lagi makanan lain yang kaya estrogen seperti taufu, tempe, buah2 yang dikeringkan seperti kismis, aprikot dan prun, malahan bawang putih juga salah satu darinya. Anda boleh cari sendiri di google tentang makanan kaya estrogen. 
  4. Isi yang paling penting di sini ialah berkenaan dengan kuantiti. Semua perkara di dunia ini ada batasannya. Kita makan nasi, tapi apa akan jadi jika makan secara berlebihan. Air kosong juga sgt elok, tapi ia juga boleh membawa maut jika diambil berlebihan. Malah, tidak suma golongan boleh ambil madu walaupun ia makanan sunnah. Begitu juga alfalfa atau apa juga jenis supplemen dan ubat di dunia ni. Segalanya harus mengikut dos dan panduan yang telah ditetapkan. Jika anda memang tak boleh ambil, kenapa pula perlu bahayakan diri?
Seperti juga seruan kerajaan supaya kita jadi pembeli dan pengguna bijak, maka seharusnya kita menyahut seruan tersebut. Hehe.

Selain khasiat2 di atas, Shaklee juga membantu dalam masalah:
Berjuta2 pengguna seluruh dunia telah mengamalkan Alfalfa Shaklee tanpa sebarang masalah termasuk saya, ibu menyusu yang mendapat bantuan dari alfalfa.

Salam sayang,
Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.




Set Tambah Susu Bajet Shaklee


Ramai ibu yang memilih set premium atau dipanggil juga Set 3M bagi membantu menjayakan penyusuan susu ibu. Namun, bagi ibu2 yang mempunyai bajet terhad, Alfalfa bersama ESP merupakan pilihan paling asas bagi menambah susu badan, dengan syarat konsep asas penyusuan yakni "demand vs supply" dipenuhi ye. 

Walaupun set bajet, ianya mampu membantu ibu-ibu memperolehi hasil susu yang lebih banyak, insyaaAllah. 

Kenapa ibu2 perlu mencuba Set Tambah Susu Bajet Shaklee ni?
  • membantu dalam proses penghasilan susu secara EFEKTIF dan CEPAT
  • membantu memekatkan susu yang dihasilkan
  • mampu membuatkan si manja merasa lebih kenyang dan tidur lebih lena berbanding sebelum pengambilan Shaklee
  • dengan adanya peningkatan penghasilan susu, tiada masalah lagi untuk mengumpul stok dan kembali bekerja
  • tempoh penyusuan agak memenatkan bagi sesetengah ibu yang juga bekerja dalam masa yang sama. Tetapi, dengan mengamalkan supplemen Shaklee, masalah tersebut mampu diatasi kerana ESP memberi tenaga secara SEGERA dab BERPANJANGAN.
  • mengawal berat badan kerana ESP mengenyangkan dan Alfalfa pula ejen detox untuk penyingkiran LEMAK
  • membantu mencantikkan kulit ibu dan juga si manja anda. Amalan meminum ESP semenjak hamil juga membantu mendapatkan kulit baby yang halus bersih.
  • supplement yang dijamin:
  • ✔ BERKESAN
  • ✔ HALAL
  • ✔ MEMPUNYAI KELULUSAN KKM
  • ✔ SEMULAJADI
  • ✔TIADA KESAN SAMPINGAN
 Saya kongsikan beberapa testimoni ibu2 yag mengamalkan ESP dan Alfalfa ni.









Ini cuma sebahagian kecil testimoni, kalau nak letak semua tah bila la entry saya ni nak habis kan :) 
Jika ibu2 tanya, eh set bajet ni pon boleh bagi susu banyak, kenapa nak kena amik set lengkap? Jawapannya, telah saya kongsikan di entry sebelum ini. Anda boleh baca di sini untuk jawapannya ye. 

Berminat untuk order atau mendapatkan lebih info? Jangan segan2 hubungi saya:


Norul
SMS/Whatsapp: 018-2907924
FB Page: Ummi Tiqah

Promosi Alfalfa Shaklee. Kenapa saya jatuh cinta dengan Shaklee

Tahun 2014 dimulakan dengan promosi intimewa produk yang menjadi "Shaklee Signature" iaitu Alfalfa. Alfalfa merupakan prosuk Shaklee pertama yang saya ambil yang membuatkan saya terus jatuh hati dengan Shaklee. Jadi, saya nk citer sikit le camne cik Alfalfa ni dah menjebakkan saya dengan Shaklee ni :)

Selepas melahirkan Raudhah tahun 2011, kawan saya ada bagi saya baki sebotol alfalfa. Kawan saya tu asalnya ambik alfalfa sbb nk tambah susu badan tapi disebabkan beberapa faktor, hasrat murni nk menyusukan anak tu tak dapat diteruskan jadi kawan ni pon bagilah Alfalfa yang masih banyak kat saya. Memang banyak pon, sebotol tu ade 330 tabs tau.

Kebetulan si Raudhah ni pulak taknak menyusu direct dari saya masa 2 bulan pertama akibat disumbat botol aje masa ditahan ward sebab jaundice. Maka, jadilah saya pengepam tegar sepanjang 2 bulan tu. Di sinilah kisah alfalfa saya bermula. Saya ambik tu bukanlah sebab nk tambah susu sbb kekerapan mengepam iaitu 2 jam sekali masa dalam pantang tu dah buat stok susu saya sampai tak muat freezer. Alfalfa tu saya ambik sebab saje nk habiskan dan nk tgk kalo boleh atasi masalah sembelit yang memang saya alami sejak dulu lagi.

Seminggu pertama saya ambik, tetiba saya mengalami masalah keluar cecair yg banyak dan menyebabkan kegatalan. Masa tu manalah saya tahu pasal healing crisis ni. Tapi ideologi "org kampung" mak saya buat saya teruskan je amik alfalfa tu. Mak saya cakap, amik pape ubat pon mmg normal la kalo awal2 tu kita jadi lebih teruk. Sebabnya, badan nk menyesuaikan diri dengan ubat tu. Ok, mujur saya terima nasihat mak. Tak lama pastu, masalah keputihan tu dah takde. Kalo nak tahu, saya ni sejak anak dara lagi bergantung kepada ubat doktor untuk atasi masalah keputihan. Kalau tak ambik mmg terukla jadinya.

Dipendekkan cerita, saya teruskan alfalfa sampai nak habis sebotol.Pas habis pantang, saya balik KL dan bermula rutin cam biasa dengan Raudhah yg baru habis pantang dan lagi 2 org yg berumur 2 dan 3 tahun. Sangat2lah hectic dengan suami yang tak dapat tolong sebab keja shift. Masa tu barulah saya sedar. Dulu masa anak 2, kol 9 malam saya dah masuk tidur sbb letih sangat. Sekarang, walaupun anak2 dah tiga dan kenakalan makin menjadi2, saya masih boleh selesaikan urusan rumah tanpa rasa letih. malam plak masih kene bangun beberapa kali sebab nyusukan anak. Rupanya, alfalfa amat membantu saya. terus saya jatuh hati dengan Shaklee, dah jadi ahli sbb alang2 mmg nak guna Shaklee pon kan. Bermula dari alfalfa, saya pon mula cuba vitamin Shaklee yang lain dan memang tak nyesal. 

Secara ringkas berikut kesan yang saya dapat sejak amalkan alfalfa sahaja sebelum amik vitamin2 Shaklee yang lain:
  • Badan jadi segar, bertenaga dan tak mudah letih
  • Takde masalah susu badan jadi kurang
  • Masalah keputihan yg saya tanggung sejak anak dara dah takde
  • Takde dah masalah angin sedangkan saya memang amat sensitif dengan makanan yang menyebabkan kembung
  • Dah takde masalah kebas2 di bahagian otot. Masalah ni jugak saya alami sejak remaja. 
  • Membuang at least sekali sehari. Jangan terkejut yang sebelum ni saya cuma membuang purata 10 kali je sebulan, bukan sembelit cuma metabolisma sangat rendah. 
  • Badan tak mudah naik walaupun saya kuat makan kerana menyusukan anak.


Bersempena dengan bulan promosi Alfalfa ni, memang ramai yang grab Alfalfa botol besar terus. Almaklumlah, dah dapat murah kan. Tahan lebih lama dan sangat2 berbaloi sebab expiry date pon tahun 2016, Lamaaa lagi .

Selain dari kebaikan yang saya kongsi td, banyak lagi khasiat alfalfa ni seperti mengatasi masalah kering ketika "bersama", masalah gout, bantu turunkan berat badan dan masalah elergy seperti resdung, ekzema dan alah dengan makanan laut.

Hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee anda:
Norul
norulh@gmail.com  
SMS/Whatsapp: 018-290 7924 
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.

Punca Susu Kurang dan Cara Mengatasinya

Susu yang banyak menjadi impian setiap ibu. Susu ibu ialah yang terbaik buat bayi tersayang. Alangkah ruginya mana2 ibu yang mampu menyusukan bayinya tetapi tidak berbuat demikian dengan alasan tidak cukup masa, malas dan lebih mudah memberikan susu formula. Sebagaimana entry saya tentang bagaimana tingginya kandungan gula dalam susu formula dan sejarah susu formula, anda akan mendapati betapa ruginya tidak memberikan susu ibu kepada bayi.

Namun, tidak semua ibu mampu memberikan susu ibu kepada bayi. Ini disebabkan masalah kesihatan, puting yang terlalu besar atau kecil atau tenggelam dan sebagainya. Jika disebabkan masalah kesihatan seperti ibu sedang menjalani rawatan kimoterapi, pemberian susu ibu sememangnya tidak dapat dilakukan namun masalah berkaitan puting atau bayi sendiri tidak mahu menyusu secara terus boleh diatasi sekiranya ibu berusaha dan sabar.

Rata2 ibu bertanyakan kepada saya. Anak saya dah XX bulan, susu saya dah makin kurang. Set ape yang boleh buat tambah susu.

Wahai ibu2 sekalian. Sebelum kita mencari penyelesaian, terlebih dahulu, haruslah dikenalpasti punca susu kita semakin kurang. Berdasarkan pengalaman dan kajiselidik yang saya lakukan, punca utama susu semakin kurang adalah seperti berikut:

1. Kekerapan bayi menyusu semakin kurang
2. Kepenatan
3. Tekanan Emosi atau Stress
4. PMS dan Datang Bulan

1. Bayi kurang menyusu.
Bagi sesetengah bayi, semakin ia membesar, ia menjadi semakin aktif dan kurang menyusu. Ini menjadi salah satu punca susu ibu semakin kurang kerana ibu tidak mengosongkan payudara dengan kerap. Peraturan asas pengeluaran susu ibu yakni demand vs supply harus dipatuhi dalam apa jua keadaan. Jadi, jika bayi anda makin kurang menyusu, jangan malas untuk mengepam ye.

2. Kepenatan
Kepenatan amat pempengarahi kuantiti susu dan menjadi salah satu punca susu semakin kurang. Rutin ibu yang bekerja atau suri rumah sepenuh masa memerlukan stamina yang mencukupi untuk menguruskan segalanya. Kepenatan turut membawa kepada masalah yang ketiga iaitu tekanan emosi.

3. Tekanan emosi atau stress.
Percaya atau tidak perasaan atau emosi ibu amat mempengaruhi kuantiti susu ibu yang dihasilkan. mood yang lesu, tidak gembira dan tertekan menjadi salah satu punca susu menjadi kurang kerana homon juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu, cubalah berfikiran positif walaupun mungkin mood anda tidak bermula dengan baik pada hari tersebut. Bagi saya sendiri yang mudah baran, pengambilan B Complex amat membantu mengatasi masalah ini. 

4. PMS dan Datang Bulan
Antara simptom pra haid adalah susu menjadi kurang. Keadaan ini boleh berlarutan sepanjang haid. Ini berlaku kerana kandungan kalsium merosot semasa fasa ini. Ibu harus mendapatkan sumber kalsium yang mencukupi bagi memastikan susu tidak kurang dan merudum. Antara cara mengatasinya ialah dengan mengambil pil kalsium. Di Shaklee, Ostematrix merupakan sumber kalsium yang mencukupi untuk keperluan harian.

Keempat2 faktor ini bukanlah sesuatu yang boleh dikawal. Namun, boleh diatasi. Jika bayi anda kurang menyusu, kerapkan pengepaman untuk megelak susu merudum nanti. Kepenatan, stress dan PMS juga adalah lumrah, menjadi punca susu kurang namun boleh diatasi dengan pengambilan supplemen yang sesuai. Pilihan saya, tentulah Shaklee, sumber vitamin semulajadi yang selamat dan berkesan, insyaaAllah.

Supplemen Shaklee untuk Ibu Menyusu


Jika anda juga ingin mencuba Shaklee, jangan segan2 hubungi saya ye. Consultasi eksklusif dan berterusan untuk semua pelanggan saya sahaja :)

Salam Sayang,
Norul


SMS/Whatsapp : 018-290 7924


FB Page: Ummi Tiqah

Bagaimana cara meningkatkan metabolisma tubuh

Salah satu sebab mengapa individu mudah gemuk dan sukar menurunkan berat badan walaupun dah berdiet dengan ketat adalah kerana metabolisma tubuh yang rendah. Metabolisma memainkan peranan penting bagi menukarkan makanan kepada tenaga dan menggalakkan proses perkumuhan. Individu bermetabolisma rendah akan mendapati sukar untuk berpeluh walaupun dah berjogging selama 30 minit, mudah mengantuk selepas makan dan sukar buang air sedangkan dan makan banyak. Jadi, untuk menurunkan berat badan dengan berkesan, kita juga harus meningkatkan metabolisma tubuh. Bagaimana caranya?

****************************
Sumber: ummikha-niza

Metabolisma merupakan cara tubuh membakar semua kalori makanan yang dimakan. Ia adalah proses kompleks yang melibatkan reaksi kimia di dalam tubuh bagi emmastikan organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.Kadar metabolisma pula ukuran kelajuan tubuh membakar kalori.
Faktor jantina, ketinggian berat, umur, genetik, gaya hidup dan komposit tubuh mempengaruhi metabolisma kita. Metabolisma ini memainkan peranan yang penting dalam pengawalan berat badan - lebih tinggi metabolisma, lebih banyak kalori yang mampu dibakar dan rendah risiko untuk berat badan naik.


10 tips untuk meningkatkan metabolisma di samping mengekalkan berat badan ideal::



# Ambil Banyak Protein ~

Protein memilik kesan 'thermic' yang tinggi. Tubuh akan membakar lebih banyak kalori untuk mencernakan sumber ini.
SARANAN :: ~ Masukkan sumber protein yang tidak berlemak dalamsetiap hidangan. Makan antara lima hingga enam sajian kecil setiap hari dengan memasukkan protein yang tidak berlemak dari sumber seperti keju rendah lemak, kekacang, ayam, ikan atau emntega kacang. Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan metabolisma sekaligus memberi rasa kenyang yang lebih lama sepanjang hari. Memakan bar tenaga (energy bar) adalah cara yang baik untuk mendapatkan tenaga segera. Antara bahan-bahannya ialah mentega kacang, kekacang dan buah-buahan kering - yang mampu memberikan protein dan serat yang tinggi.


# Minum Teh Hijau ~

Singkirkan makanan berkalori tinggi seperti kordial buah-buahan dan minuman berkarbonat di dalam senarai minuman anda. Minuman seperti ini bukan sahaja membuatkan anda kembung dan keletihan tetapi juga melemahkan anda. Minum teh hijau cara yang efektif untuk emndapatkan EGCG (epigallocatechin gallate), iaitu bahan yang dikenal pasti sebagai dapat meningkatkan metabolisme. Minum enam hingga lapan cawan teh hijau sehari boleh meningkatkan metabolisma anda.

# Jangan Takut dengan Peralatan Gim ~

Pergilah ke gim dan gunakan segala peralatan kecergasan yang ada. Peralatan-peralatan ini bagus untuk mebentuk otot agar tidak mengumpul lemak serta membantu meningkatkan metabolisma. Tambahan, ia membantu memupuk tabiat yang baik serta konsistensi dalam menjalani progaram senaman dan kecergasan.

# Ambil Omega-3 ~

Ikan seperti ikan salmon, tuna, sardin dan makarel mengandungi omega-3 yang tinggi serta kaya protein dan lemak-lemak sihat. Omega-3 ini membantu menjadikan metabolisma anda lebih efisien, melambatkan proses pencernaan dan mengelakkan rasa lapar.

# Gunakan Minyak Zaitun / Minyak Kelapa Dara ~

Percaya atau tidak, sesetengah jenis minyak amat baik dalam penurunan berat badan. Minyak zaitun dan minyak kelapa dara contohnya mengandungi lemak sihat di dalamnya yang boleh memicu metabolisma dan membantu tubuh membakar lebih banyak lemak.

# Kurangkan Karbohidrat ~

Jauhi makanan yang diproses, mengandungi  gula yang tinggi, makanan ringan termasuklah jus buah-buahan. Sebaliknya, ambil lebih banyak protein yang mana ia boleh meningkatkan metabolisma anda sebanyak 30peratus dalam tempoh 12jam. karbohidrat dan lemak pula hanya meningkatkan emtabolisma anda sebanyak 4peratus dalam tempoh kurang dari sejam. Jangan lupa tentang serat! Serat mengikat lemak metabolisma dan menyingkirkan is dari tubuh.

# Detoksifikasi Tubuh ~

Detoksifikasi adalah cara yang efektif untuk menyingkirkan toksin-toksin yang terkumpul di dalam sistem tubuh, meningkatkan metabolisma seterusnya memelihara kesihatan secara menyeluruh. Jauhi diet detoks yang ekstrem yang boleh memudaratkan kesihatan.

# Minum Banyak Air ~

Air bagus untuk tubuh seperti mana minuman kesihatan yang lain. Minum banyak air kerana tubuh yang dehidrasi melambatkan metabolisma serta membuat rasa lapar dan lembap. Gantikan minuman ringan anda dengan teh hijau. Ia memberikan anda tenaga yang banyak tanpa membuatkan anda lemah.

# Minum Air bersama Lemon / Limau Nipis ~

Minumlah air suam dengan campuran sebiji atau setengah biji jus lemon di dalamnya bersama serat. Terdapat enzim pencernaan di dalaam lemon, dan ditambah dengan serat, ia akan meningkatkan metabolisma selain melancarkan sistem pencernaan. Apa-apa sahaja yang anda makan kemudiannya akan lebih mudah untuk dicerna.

# Makan Sajian yang Kecil Tetapi Kerap ~

Tip ini sentiasa disarankan. Makan dalam kuantiti yang kecil, tetapi kerap setiap hari akan membantu pembakaran lemak dengan lebih banyak.
**sumber:Minggu Wanita Bil. 1539
Based on artikel kt atas ni, ade bbrp point yg saya dh highlightkn dgn kaler pink tu.. ianya sama dgn apa yg terkandung dlm set kurus Shaklee yg lengkap iaitu


  • Ambil banyak protein ~ samaada ESP @ Cinch Shake ~ ia memberikan anda rasa kenyang kerana ia adalah protein. 
  • Minum teh hijau ~ Shaklee tidak emmpunyai teh hijau.. namun Cinch Energy Tea tidak kurang hebatnya krn mengandungi ekstrak 4 jenis teh yang juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisma juga memberi tenaga dlm masa yg sama. 
  • Ambil Omega 3 ~ Omega Guard Shaklee merupakan satu-satunya minyak ikan omega-3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. 
  • Detoksifikasi ~ pengambilan Alfalfa Shaklee yang terkenal sbg agen detoks
  • Minum banyak air ~ ya! dlm apa jua yg kita lakukan.. dlm pengambilan supplemen untuk apa jua tujuan terutama dalam menurunkan berat badan, pengambilan air yg BANYAK sgt penting. 

++++++++++++++++++++++++++++++




Jadi, selain senaman dan diet yang seimbang, meningkatkan metabolisma tubuh juga penting jika kita serius untuk menurunkan berat badan. Berminat mendapat bimbingan sewajarnya? Hubungi saya

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
FB Page: Ummi Tiqah

Tips nak kurus cepat selepas bersalin

Bolehkah berat badan turun kepada asal selepas bersalin?


Ibu sedang hamil? risau nnt susah nak kurus semula selepas bersalin? Adalah normal jika ibu mempunyai kenaikan berat badan yg banyak semasa hamil tapi berat boleh turun kepada yang asal jika ibu konsisten mengamalkan tips2 ini selepas besalin:

  1. Minum air suam yang banyak. Air amat penting untuk anda yg ingin menurunkan berat badan. Air diperlukan untuk anda mengangkut keluar sisa kumuhan dari tubuh
  2. Berpantang dengan betul. Jangan ngelat tau. Ade tujuannya kenapa wanita br bersalin disuruh berpantang. Banyak bende yang tak boleh makan kan? 
  3. Susukan bayi dengan kerap. Tahukah anda semasa susu anda dikeluarkan dari tubuh melalui proses penyusuan atau dipam, kalori anda juga turut dibakar. Jadi, nak cepat kurus? selalulah susukan bayi anda ye.
  4. Bertangas. Aktiviti ni sama je cam sauna. Bertangas mengeluarkan peluh. Anda akan rasa lebih segar lepas bertangas.
  5. Ambil set kurus khas untuk ibu menyusu. Cepat je berat tu turun nanti, susu pon banyak, insyaaAllah.

Fungsi setiap vitamin:

Alfalfa

Sebagai agen detox yang mengangkut bahan kumuhan keluar dari tubuh, mudah untuk melawas

Lecithin dan Omega

Memecah lemak di bawah kulit dan melancarkan peredaran darah yan tersumbat akibat kolestrol dan lemak

Protein

ESP menganjalkan kulit dan mengelakkannya mengeleber bila dah kurus nnt. ESP jua memberikan rasa kenyang kepada ibu di samping bertindak sebagai milk booster 


Teruja tgk perubahan di atas?
PM me for details:
Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
FB Page: Ummi Tiqah
 

testimoni set kurus Shaklee: dari 80kg ke 47kg, seluar 32inch ke jeans 27 inch

Kali ni saya nk kongsikan testimoni tulen dari Aina Mardiah


TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE

==================

hadoi, taktau nak tulis ape sebenarnye..hihi meh saye explain aje tiap gambar tu ye

April 2012

------------
ok, time ni saye dh sarat mengandung, badan semakin mengembang sbb saye sgt2 kuat makan..hihi tgk tangan tu, kembang aje..smpai nk genggam tangan pun tak boleh, terlalu gemuk..overweight.. dari berat 50KG, jadi 80KG

August 2012

---------------
time ni hari raya tahun lepas, berat tak timbang plak brape KG, tapi yang pasti, pakai jubah tu, sangat ketat..leh nampak tummy lapis2..satu perkataan saja MALU..orang tegur, bertanya..tapi nak buat macam mana, saya bersalin secara cesarean..tak boleh bertungku, berbedung, mengurut pun takleh usik bahagian perut..time ni jeans saye pakai size 32..huhu

January 2013

---------------
start bulan September, saya bertekad dengan diri sendiri..i have to do something..bermula lah misi..sebelum2 ni, saya makan gak shaklee, amek esp, bcomp, vitamin c, set berpantang shaklee..tp start september, saya mula amek set slimming alhamdulillah dari size 32 inch, dah jadi 29 inch

February 2013

-----------------
jengjeng..ni latest me !! time g bercuti dekat gold coast sepang, dengan family husband time celebrate birthday 3 generation (tokabah,husband(anak), adam(cucu))..hihi..alhamdulillah guess what, now jeans dah size 27 !! yeay !! dah boleh pakai jeans zaman study dulu..terus laju2 bukak robok lame, cari seluar2 lame, basuh before gi bercuti alhamdulillah dari beli saje2 je makan, sampaila sekarang saye dah join jadi independent distributer shaklee ..sambil2 menjana pendapatan, dapat gak mencantikkan diri..hihi *perasan seketika*..hihi




Set Kurus Shaklee terdiri dari gabungan berikut:
  1. Protein: untuk membina otot, mengelakkan rasa lapar dan mengelak kulit menggeleber 
  2. Pemecah Lemak: berfungsi mengurai lemak2 di bawah lapisan kulit yang menjadi punca kegemukan
  3. Detox : berfungsi mengangkut lemak yang dipecahkan keluar dari tubuh melalui proses nyahtinja.  
  4. Peningkat metabolisma: membantu memproses makanan kepada tenaga dengan pantas bg mudah diserap tubuh. Individu yang mempunya metabolisma rendah sukar mencerna makanan menyebabkannya sukar "membuang". Ini adalah antara punca utama PERUT BUNCIT. 
 
Untuk huraian lebih terperinci tentang set kurus Shaklee ni, anda boleh baca entry saya yang terdahulu di sini
 
  

Teruja tgk camne Aina Mardhiah boleh buat transformasi diri sebegitu rupa? saya sendiri pon teruja. Tak sabar nak mula selepas bersalin nanti, insyaaAllah :)

Jika anda berminat mencuba Set Kurus Shaklee atau apa saja set Shaklee, atau mungkin juga anda mahu menjadi pengedar Shaklee seperti saya dan Aina, jangan segan2 hubungi saya segera. Apa yang anda dapat bila jadi ahli? Selain menikmati potongan harga ahli, anda juga berpeluan menikmati faedah lain yang menarik. Boleh baca di sini ye. 
 
Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
FB Page: Ummi Tiqah