Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Showing posts with label Bisness Dengan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Bisness Dengan Shaklee. Show all posts

Senarai Harga Produk Shaklee

Untuk memudahkan customer2 kesayangan saya membuat pilihan dan bajet dalam memilih produk Shaklee yang marvelous ni, untuk entry kali ni saya kongsikan keseluruhan produk yang ditawarkan oleh Shaklee Malaysia beserta harga runcit setiap produk. Info untuk setiap vitamin boleh anda dapati di sini ye.

Senarai Pilihan Vitamin-vitamin Shaklee
 
Senarai Harga Produk Shaklee ~ Vitamin
Set Penjagaan Kulit Shaklee- Nutriwhite

Senarai Harga Produk Shaklee~ Nutriwhite
Set Penjagaan Kulit Shaklee- Enfuselle
Senarai Harga Produk Shaklee ~ Enfuselle




Set Penjagaan Rambut Shaklee- Prosante


Senarai Harga Produk Shaklee ~ Prosante



Set Healthy Home Shaklee


Senarai Harga Produk Shaklee ~ Set Healthy Homes dan Penapis Air Shaklee
Senarai harga produk Shaklee yang dipaparkan merupakan harga retail tetapi dengan berdaftar sebagai ahli, anda akan dapat menikmati potongan harga sehingga 20%. Amat berbaloi pulangan yang anda dapat dengan hanya yuran pendaftaran RM65 yang dibayar sekali seumur hidup. Benar, yuran keahlian tak perlu diperbaharui setiap tahun. Anda juga berpeluang menikmati cash back jika point anda mencukupi dalam bulan tersebut. Dengan Shaklee, ianya mudah.
  • Yuran pendaftaran yang rendah 
  • Tak perlu renew keahlian
  • Peluang Cash Back
  • Penjimatan harga ahli sehingga 20%
  • Bimbingan akan diberi jika anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee. Jika tidak, tak perlu bimbang, tiada siapa yang akan memaksa anda cari prospek. hehe.
  • Peluang Bonus Kereta, Melancong atau Umrah (Jika anda minat berniaga)
Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau mendaftar sebagai ahli? Saya sedia menjawab pertanyaan dan kemusykilan anda :)

Norul  
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah 


Business Online Shaklee, Perniagaan Untuk Mereka yg Pemalu, Tak Pandai Cakap dan Pendiam

Berniaga, merupakan salah satu sunnah rasulullah. Bahkan 9 dari 10 pintu rezeki datang dari berniaga. Namun, saya tak pernah terfikir untuk berniaga sebelum ni walaupun mak saya suka berniaga dan adik saya juga ada mintak tolong promosikan produknya. Semuanya kerana sifat semulajadi saya yang pemalu, tak pandai bercakap atau bermulut manis apatah lagi memujuk orang membeli. Tambahan pula, saya bukannya risk taker yang akan mengeluarkan modal besar untuk sesuatu yang tidak pasti. Tapi dengan kuasa Allah, akhirnya saya terlibat dengan Shaklee dan yang uniknya, perwatakan saya tetap tidak berubah. Bagi yang mengenali saya sejak dulu, saya masih orang yang sama; tidak banyak bercakap bila berada dalam kumpulan. Berniaga, oh jangan haraplah saya nak promot produk melainkan jika ada yang bertanya tentangnya, barulah saya terangkan. Kenapa harus malu? Entahlah, saya tak dapat kikis sifat malu tersebut yang dikurniakan Allah sejak dahulu. 
Tapi kalau dah malu sangat, bagaimana saya boleh jadi ejen Shaklee? Bukan sekadar ejen biasa sebaliknya alhamdulillah, saya semakin meningkat naik dengan Shaklee menerusi pulangan yang semakin lumayan. Bukan sesuatu yang hendak dibanggakan tetapi apa yang ingin saya kongsikan ialah, bagaimana saya seorang yang "berat mulut", pemalu dan langsung tidak pernah terfikir berpeluang menceburi perniagaan sebaliknya kini berjaya mengikut salah satu sunnah rasulullah ini yakni berniaga dengan halal. 
Tak kenal maka tak cinta. Kisah cinta saya dan Shaklee bermula dengan Alfalfa yang diberi rakan sekerja. Saya terus jatuh hati dengan Alfalfa disebabkan kesan hebatnya ke atas saya ketika itu. Saya ibu kepada 3 anak yang semuanya berusia bawah 4 tahun, bekerja, amat berdikari disebabkan nature kerja suami yang tak dapat membantu. Saya juga obses dengan penyusuan susu ibu. Dalam hal ini, Shaklee amat2 membantu saya dari segi kesihatan, tenaga dan usaha menambah susu badan. Dari situ, saya terus mendaftar keahlian dengan tujuan nak dapat harga ahli dan beli sendiri produk Shaklee di branch tanpa melalui ejen. Boleh jimat kos pos. hehe. 
Disebabkan obsessi saya dengan penyusuan susu ibu, upline saya syorkan saya buat blog dan share kebaikan susu ibu ni. Benar, SHARING is CARING. Niat tulus saya ialah membantu ibu2 menjayakan penyusuan susu ibu. Itu minat saya. Saya tak promot Shaklee sebaliknya promot khasiat susu ibu. Biar semua ibu2 berpeluang merasi hebatnya mampu menyusui bayi mereka dan betapa bertuahnya bayi yang disusui itu. 

Dalam hal ini, vitamin Shaklee amat membantu dalam misi saya. Itulah yang saya lakukan, berkongsi tentang sesuatu yang saya suka, itupon hanya di FB dan blog. Hingga sekarang, saya tak pandai bercakap dan jika ada ibu2 yang telefon untuk bertanya, mungkin saya agak tergagap2. haha. 

Obsessi dengan penyusuan hanyalah titk permulaan. Saya juga mencuba vitamin2 Shaklee yang lain seperti set kecantikan dan set kurus. Alhamdulillah, sangat berkesan dan testimoni ini saya kongsikan dengan semua. Begitu juga apabila ayah saya semakin sihat dari diabetes, darah tinggi dah masalah jantungnya dengan mengamalkan vivix dan ibu saya yang semakin awet muda dengan Shaklee Collagen Powder di samping kegembiraan beribadat dengan sempurna tanpa gangguan sakit lutut selepas mengamalkan AJHT
Pokok pangkalnya di sini, kita tak perlu menjadi seorang yang peramah, tebal muka semata2 untuk terlibat dengan  perniagaan. Pilih cabang perniagaan yang sesuai dengan kita, love what you do dan insyaaAllah Dia pasti menolong hambaNya yang berusaha.
Dan jika anda juga mempunya karakter seperti saya, jangan bimbang. Kita masih mampu mengikut sunnah nabi malah menjana pulangan lumayan menerusi bidang perniagaan dengan syarat kita mesti istiqamah, ikhlas kerana Allah dan tahu apa matlamat kita. Bimbingan dari mereka yang tepat dan kumpulan sokongan yang hebat juga penting untuk berjaya dalam Shaklee. Alhamdulillah, Allah maha penyayang saya ditemukan dengan mentor dan kumpulan sokongan yang tepat.
Mahu bersama-sama saya mendaki tangga menuju Jutawan Muslimah? Jom kita sama2 menjana ekonomi dan menjadi ummah yg berjaya.sertai saya sekarang.


Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

Adakah Sistem Multi Level Marketing (MLM) Shaklee Haram atau Mengikut Shariah

Baru-baru ini saya ditanya tentang status sistem MLM Shaklee samada ianya haram atau mengikut Shariah. Maka, saya kongsikan penjelasan berdasarkan blog Uztaz Zaharuddin.
Menurut beliau, asas Shariah minima seperti berikut harus dipatuhi dalam sistem MLM di Malaysia:

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
Shaklee amat mementingkan kualiti produknya. Setiap produk diuji secara klinikal dan seterusnya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ramai yang telah mencuba dan mendapat manfaat dari Shaklee termasuk saya sendiri. Motto Shaklee sendiri, "Better You, Better World" menggambarnya secara jelas tujuan Shaklee membantu pengguna mendapatkan kesihatan diri yang baik.

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
Ok, memang bukan sbb shaklee tak jual emas atau perak :)

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Benar, upline dalam Shaklee hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantu sahaja.  Upline perlu menjaga dan memberi ilmu pada ‘anak’, ‘cucu’, ‘cicit’nya. Upline perlu melatih downline dan downline juga berhak mendapatkan konsultasi dari upline kalau ada yang tak faham, atau ada sebarang masalah berkaitan Shaklee. Pelbagai cara perhubungan tersedia di zaman moden ni. Ilmu boleh diperoleh di hujung jari sahaja.
 
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
Setiap komisen Shaklee bergantung pada nilai point (UV) yang dikumpulkan hasil pembelian produk, bukan berapa ramai downline yang ditaja. Kalau ramai yang ditaja pun tapi semua tiada belian, maka tiada komisen diberikan. 

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.
Benar. Tiada paksaan untuk membeli dalam Shaklee. Kalau beli dapat point dan bonus. Kalau tak beli, tak dapat pape.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
Tiada konsep upline "goyang kaki" dalam sistem MLM Shaklee. Setiap leader harus berusaha membimbing downline mencapai target dan impian anak didiknya. Bonus kepimpinan ini diperoleh berdasarkan peratusan jualan kesemua ahli di dalam jaringannya. Malah, komisyen ini hanya diperoleh setakat 5 level sahaja bergantung kepada pangkat upline tersebut. Tidak wujud konsep upline beroleh komisyen secara infiniti tanpa mengira level.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
Terdapat MLM yang menggunakan konsep "seniority" dalam sistemnya. Dalam Shaklee, siapa usaha lebih, dia yang akan berjaya. Malah, downline juga boleh melangkau pangkat upline. 

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Sistem komisyen Shaklee adalah telus, mudah difahami dan tiada sebarang unsur 'tersembunyi'. Setiap ahli dibekalkan dengan business manual dan penerangan akan diberi secara telus juka terdapat sebarang kemusykilan.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Modal untuk keahlian sama sahaja untuk semua ahli manakala modal lain pula direct kepada Shaklee dan bukan dikeluarkan oleh ahlinya samada upline atau downline. Tidak timbul sebarang isu di sini.

Sebagai Islam, sudah pasti kita inginkan rezeki yang halal menjadi sumber darah daging kita sekeluarga dan anak2. MLM ni menjadi haram apabila sistem yang digunakan tidak menepati kehendak Shariah. Namun, terdapat juga keadaan di mana ahlinya sendiri memanipulasi sistem sehingga menganiaya downline sekaligus mencemar sistem MLM ini. Ini terjadi apabila downline dipaksa mengeluarkan modal beribu2 untuk membeli produk namun akhirnya produk tidak terjual dan terjadinya kerugian. 

Saya amat bertuah kerana Allah menemukan saya dengan kumpulan yang betul dan hebat. Malah, merupakan kumpulan terhebat dalam jaringan Shaklee dengan jumlah jualan tertinggi dalam setahun. Alhamdulillah, sistem MLM Shaklee bukanlah haram kerana ianya mematuhi Shariah.

Salam Sayang, 


Norul
sms/Whatsapp: 018-290 7924
FB Page: Ummi Tiqah



 

Daftar Keahlian Shaklee Secara Percuma Di Samping Cantik, Anjal dan Awet Muda

Ahaaa. Ramai dah tahu Shaklee ni best. Ramai yang excited nak cantik, anjal, gebusss, awet muda. Ramai jugak yang nak jadi ahli pas dah merasa sendiri kehebatan Shaklee. Nak tau cara mudah menyelam sambil minum air? Senang je. Jom daftar keahlian Shaklee secara percuma.




1. Beli 3 kotak Shaklee Collagen Powder atau
2. Beli 2 botol Vivix 

Dan anda akan medapat keahlian Shaklee secara PERCUMA. Keahlian Shaklee ni seumur hidup tau, tak perlu nak renew dah. Best kan?

Atau, anda boleh juga guna option lain seperti di bawah ni



Jadi, mana satu pilihan anda? Atau, nak tanya lebih lanjut tentang mendaftar sebagai ahli dengan Shaklee? Jangan segan2 hubungi saya ye

Norul
norulh@gmail.com
SMS/ Whatsapp : 018 - 290 7924
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

Jana Pendapatan Sampingan Atau Sepenuh Masa Dengan Shaklee

Alhamdulillah. belum pon setahun saya menyertai Shaklee tapi sangat2 bersyukut kerana Allah bukakan jalan ini. InsyaAllah, saya mempunyai misi untuk berkongsi kebaikan Shaklee dengan lebih ramai rakyat Malaysia. Kenapa? Hanya anda yang pernah ambil Shaklee sahaja yang tahu. 

Jujurnya, saya tak pernah terlibat dalam sebarang bisness. Dah set dalam otak. Saya ni pendiam, tak pandai bercakap, malu dan tak reti nak promote barang atau diri, camne nak berniaga? Ajaib. Dalam tak pandai berniaga, saya mampu tersenyum bila dah dapat jana pendapatan 4 angka melalui Shaklee. Camne saya buat? Shhhh. Rahsia tu hanya saya kongsikan secara esklusif dengan mereka yang join saya di Shaklee saje tau ;)

Semalam saya berbual dengan teman2 opis tentang bisness MLM. Baru saya tahu rupanya untuk menjadi distributor bg produk syarikat X, perlu keluarkan modal puluh2 ribu. Wah. Terkejut saya. Cam saya kata, saya tak pernah berniaga apa lagi terlibat dengan MLM dan sebenarnya saya langsung tak tahu konsep MLM sebelum ni. 

Hehe. Sebabnya, dengan Shaklee, cuma register jadi ahli dengan yuran RM65, panduan dan bantuan sentiasa diberikan upline2 dalam group tertutup kami. Kalau sekadar nak jadi ahli dan share Shaklee dengan kawan2 dan keluarga pon boleh. Dan kalau nak jadikan Shaklee sebagai business sampingan atau sepenuh masa pon boleh. Dalam group kami, yang penting ialah usaha setiap individu. Anda usaha, anda dapat ganjarannya. Takde istilah downline kene keje teruk2, upline goyang kaki. no no no. Itulah istimewanya. Dan pendapatan 5 angka tidak mustahil asalkan anda istiqamah :)

Berminat nak sertai kami?

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee
Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID  saya  sebagai sponsor/upline.(hubungi saya untuk maklumat lanjut)

Yuran keahlian Shaklee
Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee
Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu . Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?
Benar, tak perlu maintain point atau ada pembelian.

Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?
Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya (880093) sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya (satu hari nanti ke) dalam bisnes Shaklee sendiri ~ online or offline.

Apa kelebihan menjadi ahli?


  1. Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
  2. Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline. 
  3. Jika berminat untuk berbiz, ada kelas tertutup disediakan melalui fb tertutup khas untuk ini.
  4. Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).
Berminat?
Hubungi saya untuk mendaftar
Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah


Shaklee oh Shaklee



September 2,2012. Majlis keraian untuk dua orang Masters Shaklee yang telah mencapai tahap tertinggi dalam ranking, dalam erti kata lain, mereka telah mencapai tahap JUTAWAN. Inilah kali pertama saya bertemu muka dengan upline saya dan kawan2 seperjuangan Shaklee yang lain. Lebih mengujakan, saya berpeluang bertemu dengan Masters dalam Shaklee. 

Kali pertama juga saya bertemu dengan pengasas group Euphoria Shaklee iaitu Kak Norita Idris. Tak berkelip mata saya tgk beliau sambil dalam hati berkata "subhanallah, Kak N ni nampak muda sangat muda, berbeza sgt dari gambar". saya tahu beliau dua tahun lebih tua dari saya. Beliau nampak jauh lebih muda dari usia sebenar. Jika tak kenal, tiada siapa akan menyangka beliau punya anak2 yang dah besar.

Sorg lagi yang menarik perhatian saya ialah Regional General Manager Shaklee iaitu Victor Lim. Kulit beliau memang tegang dan bersih. Itulah hasil mengamalkan Shaklee. Dan rata2 masters yang saya temui sememangnya membuatkan saya kagum.

Salah seorang Masters yang diraikan iaitu Iffah Anuar merupakan pesakit SLE dan kini, LE beliau tidak lagi aktif. Saya kagum dengan ketabahan dan kekuatan beliau mengharung cabaran dan ujian Allah sehingga kini mengecap bahagia dan kejayaan dengan Shaklee. Tahniah buatnya. 

Saya tidak salah memilih Shaklee sebagai sebahagian dari hidup saya kini. Alhamdulillah, dengan usaha dan berkatNya, saya juga akan mampu beroleh kejayaan kelak, insyaAllah. Mode malam ini~~~ gembira dan bersyukur tak terhingga atas kurniaNya:)

Salam sayang,
Norul,
Tel : 017-3463244
FB Page : Ummi Tiqah