Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Showing posts with label Gastrik. Show all posts
Showing posts with label Gastrik. Show all posts

Bagaimana ESP membantu pengidap gastrik


Gastrik, penyakit yang semakin menular di kalangan penduduk dunia. Kesakitan yang dialami pengidap gastrik amak menyeksakan. Pesakit yang diserang akan merasa pedih di bahagian perut yang teramat sangat dan jika terlampau teruk, terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

ESP merupakan salah satu suplemen yang dicadangkan dalam set Gastrik Shaklee untuk membantu pengidap gastrik mengatasi masalah ini. ESP menjadi sangat popular terutama sepanjang bulan puasa kerana ianya memberi tenaga dan amat membantu memberi kesan kenyang yang lebih lama.

Jadi, bagaimana sebenarnya ESP bertindak membantu pengidap gastrik?

ESP atau dulunya dikenali sebagai Energizing Soy Protein adalah protein dari sumber soya semulajadi yang tidak diubah genetiknya (NON GMO SOY), ia mempunyai indeks glisemik rendah
Makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah mampu membuatkan makanan dicerna dengan lebih lama. dalam erti kata lain, asid perut akan sentiasa mempunyai bahan untuk dicerna. Oleh itu, gastrik tidak akan menyerang kerana perut sentiasa berada dalam keadaan "kenyang".

Ubat gastrik ShakleeMungkin ada yang mempertikaikan bagaimana ESP boleh membantu pengidap gastrik sedangkan
soya bersifat asid? Benar. soya secara asasnya bersifat asid. Istimewanya ESP kerana unsur kalsium telah ditambah untuk meneutralkan asid. Sebaliknya kini, ESP mengurangkan gejala asid dalam perut pengidap gastrik. 

Jadi tidak hairanlah jika anda minum ESP semasa perut kosong waktu pagi, angin dalam tubuh akan keluar dengan lajunya :-) dan ini diakui ramai pengamal ESP

Kesimpulannya, ESP memang best. 

Salam sayang,


Norul   
SMS/Whatsapp: 018-290 7924     
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah  
Pengedar Shaklee sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju




Set Gastrik Shaklee

"Alhamdulillah Nurul, dah bertahun akak mengidap gastrik. Baru tahun ni akak dapat berpuasa dengan sempurna. Syukur sangat2".

Ni feedback dari sorang customer saya dari Taiping. Dah lama akak ni mengidap gastrik malah memang tak pernah dapat berpuasa dengan sempurna akibat gastrik yang dihidapi. Beliau bergantung sepenuhnya dengan ubat doktor dan kini hanya mengamalkan set gastrik shaklee untuk mengatasi masalahnya.


Bahaya Gastrik

Pedih ulu hati, perut sebu, mual dan muntah2 angin, sakit di bahagian atas abdomen merupakan gejala normal yang di alami pengidap gastrik. Kesakitan ini akan reda sekejap selepas mengambil ubat namun akan berulang semula seketika kemudian dan boleh berlarutan selama beberapa hari. Masalah ini akan berkekalan malah boleh merebak menjadi ulser perut jika dibiarkan. Saya pernah lihat bagaimana siksanya emak saya yang mengidap ulser perut. Bahagian dalam perut mengalami banyak luka malah ada yag berlubang. Lama kelamaan, luka ini dijangkiti kuman dan membawa kepada masalah yang lebih serius. Seperti pengidap di bawah, hempedunya kini telah dibuat akibat membiarkan gastrik teralu lama tanpa rawatan.

Pegidap gastrik hingga menyebabkan hempedu dibuang



Bagaimana set gastrik Shaklee boleh membantu?


Set gastrik Shaklee terdiri daripada:
ESP merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelak kepada masalah kembung dan gastrik.Gabungan Ostematrix dan B Complex pula mengelak iflamasi akibat gastrik. Fungsinya sama dengan ubat gastrik yang diberi doktor namun Shaklee adalah semulajadi dan bertindak sebagai supplemen bukan ubat. Maka, ia membantu tubuh mendapat nutrisi untuk lebih sihat. 


Nak cuba atasi gastrik anda dengan Shaklee? Boleh klik ikon dibawah untuk order atau hubungi saya untuk meklumat lanjut:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d582ac40970f9885836a61d7b2c662e4


Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.
 

Cara Atasi gastrik ketika berpuasa

Ramadhan menjelma lagi. Bagi pengidap Gastrik, Ramadhan merupakan sesuatu yang mendebarkan. Ketiadaan makanan untuk dicerna oleh asid perut akan membuatkan gastrik menjadi semakin teruk. Seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, salah satu cara menangani gastrik ialah dengan makan dengan kerap tetapi sedikit. Kaedah ini tidak dapat dilakukan semasa kita berpuasa.

Jadi, bagaimana kita ingin menjalani ibadah puasa dengan sempurna walaupun ade gastrik? Berikut sms yang baru saya terima dari seorang ibu.

"Dulu memang susah nak puasa. Sekarang relax je. Tak lapar sangat pon. Ni la penyelamat puasa. Kalau tak, jenuh pedih perut".

Ibu ini merupakan pelanggan saya yang mengambil ESP sebagai milk booster tanpa saya ketahui beliau mengidap gastrik. 



ESP merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelak kepada masalah kembung dan pedih perut. Untuk hasil yang lebih baik, seeloknya anda mengambil Vitamin B Complex dan Ostematrix untuk menangani gejala gastrik dan boleh juga tambah Peppermint Ginger Plus juga anda mengalami masalah angin yang teruk. Vitamin2 Shaklee adalah semulajadi, tanpa perasa atau pewarna tiruan dan anda tidak perlu risau tentang kesan sampingan seperti ubat2 biasa.

Moga kita semua mampu menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini dan beroleh barakah. Jika ingin mencuba, sila hubungi saya ye. 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d582ac40970f9885836a61d7b2c662e4

Salam sayang,

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah


 
COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

Punca Gastrik dan Cara Mengatasinya

Apa itu gastrik

istilah perubatannya, gastritis, sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Punca Gastrik

Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk.

Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang.

Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.

Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut.

Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan.

Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.

Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.

Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.

Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.

Gejala Gastrik

  • Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
  • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol. 
  • Mual. 
  • Muntah. 
  • Hilang selera dan terasa sebu. 
  • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit. 
  • Hilang berat badan.
  • Pedih ulu hati.

Bahaya Gastrik

jika keradangan ini dibiarkan tanpa rawatan, lama kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. 


Pengalaman pesakit gastrik
Petikan di atas merupakan pengalaman pesakit gastrik yang lambat menerima rawatan sehingga pundi hempedunya terpaksa dibuang.


Cara Mengawal/Menangani Gastrik

Lazimnya, gastrik dirawat dengan pil yang membantu mengurangkan simptom angin dalam badan dan pengambilan prebiotik yang mengandungi beberapa jenis bakteria baik yang melawan Helicobacter pylori  tadi.   


BEBERAPA langkah boleh diambil untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik, iaitu:
  1. Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut. 
  2. Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
  3. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  4. Elakkan tidur sebaik selepas makan. Petua orang tua2 ini sebenarnya amat bagus kerana perbuatan tidur sebaik selepas makan mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah2 kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan,
  5. Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.
  6. Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
  7. Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.
  8. Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.
  9. Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
  10. Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.
  11. Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit

Bagaimana Shaklee boleh membantu?


B Complex dan Ostematrix untuk Gastrik

Testimoni pengguna Set 3 Gems semasa puasa


Jika anda sering mengalami masalah perut berangin yang menyumbang kepada masalah gastrik, kita syorkan B Complex, Ostematrik dan ESP untuk membantu mengurangkan gejala ini. ESP merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelak kepada masalah kembung dan gastrik. B Complex dan Ostematrix pula disarankan kerana kandungan supplemen ini menyamai ubat gastrik yang dibekalkan doktor namun, ianya lebih semulajadi, tanpa pengawet, pewarna atau perasa tiruan. Peppermint Ginger juga disarankan jika anda mengalami masalah angin yang teruk dan tidak terkawal. 

Mahu mencuba Set Gastrik Shaklee? Sila klik di bawah untuk membeli atau hubungi saya untuk maklumat lanjut

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d582ac40970f9885836a61d7b2c662e4



Norul 
norulh@gmail.com 
SMS/Whatsapp: 018-290 7924   
FB; Norul Haslizan Harun  
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.  




rujukan: