Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Showing posts with label Keintiman. Show all posts
Showing posts with label Keintiman. Show all posts

Testimoni Berjaya Hamil dengan Set Kesuburan Shaklee

Pagi2 ni mood happy menjelma. Apa tidaknya, dapat SMS dari customer yang berjaya hamil akhirnya selepas 7 tahun kahwin. Beliau ambil set kesuburan lengkap Shaklee dan dengan izin Allah, akhirnya hamil jua. 



Sememangnya, kita hanya berusaha tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Customer saya ni mempunyai posisi rahim yang terbalik. Dah pelbagai ubat dan cara dicuba samada secara tradisional, berjumpa pakar malah dua kali melakukan IUI namun belum pernah berjaya hamil sepanjang tujuh tahun perkahwinannya.


Berdasarkan research yang saya buat untuk membantu puan Nanie, beliau masih boleh hamil walaupun rahim yang terbalik namun memerlukan sedikit bantuan dan cara yang betul. Saya akan kongsikan tentang rahim yang terbalik di entry akan datang ye. 

Untuk entry kali ini, saya ingin kongsikan set kesuburan Shaklee yang telah diambil oleh puan Nanie dalam usahanya untuk hamil dan memperolehi zuriat sendiri. 

Vitamin2 dalam set kesuburan Shaklee yang diambil ialah:

  • Set asas kesihatan iaitu
  1. Vitalea
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. ESP
ESP, Vitalea, B Complex dan vitamin C merupakan set asas yang terkandung dalam kebanyakan set Shaklee. Ianya dipanggil family wellness set dan menjadi set asas kesihatan umum. Salah satu punca sukar hamil ialah tubuh kita kekurangan nutrien harian. Jadi kita syorkan pengguna amik set asas ni
untuk sebarang masalah kesihatan bagi menampung kekurangan nutrien dalam tubuh. Kemudian, barulah ditambah vitamin2 lain mengikut jenis masalah yang dihadapi.


  • Set tambahan untuk kesuburan iaitu:
  1. GLA
  2. Vitamin E
  3. Zink
  4. Alfalfa
Vitamin E dipanggil vitamin cinta, insyaaAllah membantu dalam membaiki kualiti sperma dan libido suami isteri.
Zink juga merupakan vitamin yang membantu dalam membaiki kualiti sperma manakala bagi isteri, zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.GLA berfungsi menyeimbangi hormon dalam tubuh.

Uniknya B Complex Shaklee sebab mengandungi Folic Acid harian yg diperlukan tubuh dan amat perlu bagi wanita yang mencuba untuk hamil. Alfalfa pula membantu mengetatkan organ seksual wanita dan menghasilkan pelincir, jadi elak masalah sakit masa bersama. Ia juga membantu mengatasi masalah keputihan yang dialami jika ada.


Untuk penjelasan lengkap tentang setiap vitamin Set Kesuburan Shaklee, anda boleh baca di entry saya yang terdahulu di sini.

Tiada yang lebih menggembirakan pabila dapat membantu walaupun secara tidak langsung. Apatah lagi apabila customer yang dibantu memberikan maklumbalas yang positif dan menggembirakan. Supplemen hanyalah satu usaha dan ikhtiar, namun Allah jua yang memberi rezeki. Saya doakan puan Nanie sekeluarga dilindungi Allah dan selamat melahirkan zuriat yang dinantinya kelak. 

Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah. Konsultasi didedikasikan sepenuhnya untuk semua pelanggan yang membeli Shaklee dengan saya. 

Salam sayang,
Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.



Vitamin Untuk Keintiman

Haa. Sebelum ni saya pernah kongsikan khasiat vitamin E untuk lelaki dan wanita. Kali ni, saya nak share pulak tentang vitamin yang terkenal sebagai "kacip fatimah". Apa vitamin tu? Yaa. Alfalfa yang hebat:)

Well, cerita panjang pon tak guna. Meh sini saya share testimoni panasss pegguna alfalfa

Testimoni Alfalfa

Ni ade lagi satu testimoni hebat. Testimoni ni asalnya lebih panjang. Namun, atas2 sebab "sensorship" dan menghormati tuan punya testimoni, saya cuma ambil sebahagian saje. Namun, jika anda adalah salah sorg pelanggan Shaklee saya, sudah tentu anda boleh baca testimoni penuh di SGL, group rahsia pelanggan kami :)

Sila klik untuk besarkan petikan


Alfalfa Complex Shaklee

Inilah rupa Alfalfa Complex Shaklee. Didatangkan dalam 2 saiz. Botol kecil mengandungi 330 tablet dan botol besar mengandungi 700 tablet. Amat popular di kalangan ibu2 menyusu kerana terkenal sebagai pembantu dalam menambah susu badan. Kalau nak untung, sudah semestinya ambil botol besar, lebih "value for money".
Harga:
Botol besar: RM78 (Free delivery untuk masa terhad)
Botol kecil :RM 53 termasuk delivery.

Jadi, kepada isteri2 solehah sekalian, jom tambah pahala dengan menggembirakan suami anda. Hubungi saya untuk order:


Norul
018 290 7924
FB Page: Ummi Tiqah

Senaman Untuk Membesar dan Menegang Payudara yang Kendur


Masalah payudara yang kendur atau tidak anjal lazim dialami wanita mengikut peredaran usia. Menyusu badan dikatakan salah satu punca, walhal wanita yang tidak menyusu pon akan mengalami masalah ini apabila usia makin meningkat. Payudara hilang keanjalan apabila kolagen makin hilang dari tubuh, tarikan graviti dan pemakaian bra yang tidak mempunyai sokongan.Untuk membesar dan menegang payudara yang kendur, berikut saya kongsikan entry dari blog Kevin Zahri

********************************************************************

Saya rasa setiap wanita inginkan payudara yang cantik dan menarik. Tapi berbeza dengan budaya barat, setahu saya breast implants sememangnya haram di sisi Islam. Baiklah, payudara anda diperbuat daripada tisu lemak yang duduk di atas otot pectoral. Dengan lakukan senaman tertentu, kita dapat merangsangkan tumbesaran otot pectoral tersebut untuk membesar atau meninggikan kedudukan payudara anda.
Jadi berikut ada beberapa contoh senaman yang anda boleh lakukan untuk membesar dan menegangkan payudara.
Tapi ingat:
  1. Senaman ini membantu bentuk otot di pada tapak payudara anda, iaitu otot pektoral.
  2. Saiz tidaklah membesar sampai ala-ala Pamela Anderson.
  3. Pembentukan otot pectoral juga bantu menegangkan payudara dan dengan itu memberi ilusi payudara yang lebih besar.

1. Chest Press

Ini adalah latihan paling asas untuk otot dada (pectorals). Ia boleh dilakukan dengan barbells, dumbbell dan juga mesin-mesin di gym anda.
Genggam dua dumbbell dan baring pada bench. Bermula dengan mengangkat kedua-dua dumbbell ke atas bahagian pertengahan dada anda. Dengan siku menghala keluar, turunkan dumbbell ke bawah dengan perlahan sehingga ia hampir menyentuh bahagian pertengahan dada anda. Lakukan 3 set dengan 8-12 ulangan untuk setiap set.

Kalau di rumah sekalipun, anda boleh lakukan push up (variasi lengan keluar atau lengan di sisi badan).

2. Push Up Pectoral atau Plank

Bermula dengan baring dengan perut di atas lantai. Rapatkan kaki dan letakkan tangan di bawah bahu anda. Sekarang, cuba angkat badan anda ke atas sehingga cuma jari kaki dan lengan tangan bersentuhan dengan lantai. Tahan posisi ini selama 30 saat. Ulang untuk 5 set.

3. Dumbbell Pullover

Baring di atas bench dan pegang satu dumbbell dengan dua-dua tangan di atas bahagian dada anda. Dengan perlahan, gerakkan tangan anda ke belakang kepala sejauh yang anda boleh. Ini akan memberikan regangan pada otot dada anda. Kembali ke posisi asal dan ulang 12-15 kali. Lakukan 3 set juga.

 

4. Pec Deck Flyes

Mesin pec deck memang sesuai untuk merangsang otot pectorol. Duduk pada mesin dan adjust ketinggian kerusi sehingga sokongan (padding) tangan berada pada kedudukan yang selesa untuk lengan tangan anda. Tangan anda sepatutnya perpendicular (90 darjah) dengan lantai. Pastikan kedua-dua kaki firmly di atas lantai. Tolak kedua-dua pad tangan kepada pertengahan dada anda (depan muka). Tahan seketika dan dengan perlahan, kembali ke posisi asal dan ulang. Jangan biarkan pemberat kembali 100% ke posisi asal. Pastikan sentiasa ada rintangan. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan.
Di rumah? Kalau tiada peluang untuk ke gym. Anda boleh lakukan senaman dumbbell flyes di rumah. Kalau tiada dumbbell sekalipun, anda boleh gunakan pemberat seperti tin makanan, botol dan lain-lain

5. Dips Bench atau Kerusi

Senaman dips ini memang bagus dan ada pelbagai levels of difficulty. Panduan berikut adalah untuk beginner yang ingin lakukan dips dengan bantuan bench ataupun kerusi (di rumah).
..Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku anda capai dalam 90 darjah…
Untuk semaman dip kerusi, duduk di atas kerusi dengan pegang depan kerusi dengan jari kedua-dua tangan anda. Terus pegang hujung kerusi dan gerakkan punggung anda ke hadapan sehingga ia terapung di atas/depan kerusi. Pastikan tangan dan kaki anda sentiasa lurus. Sekarang bengkokkan siku tangan anda untuk menurunkan badan anda. Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku anda capai dalam 90 darjah. Pulang ke posisi asal dan lakukan 3 set dengan sebanyak ulangan yang anda mampu.




 

Ini testimoni pengguna ESP dan alfalfa ye. Jika anda rasa nak mencuba untuk menegang dan membesar payudara yang kendur dengan Shaklee, sila hubungi saya:

SMS/Whatsapp : 018-290 7924
FB Page: Ummi Tiqah

Isteri "Dingin" Selepas Bersalin?

Wah, dah agak lama saya tak menulis. Kali ni semangat nak kongsikan satu rahsia Vitamin yang dikenali juga sebagai vitamin "cinta" iaitu Vitamin E.

Selepas bersalin anak ketiga, saya akui libido makin kurang dan masalah yang sangat kronik iaitu "kering" ketika bersama. Masa tu, saya baru berkenalan dengan Shaklee. Jadi saya buat research sendiri dan terjumpa mengenai vitamin E Shaklee. 

Masalah dingin selepas bersalin adalah normal. Ianya terjadi kerana hormon prolaktin yang tinggi, Terutama bagi ibu2 yang menyusukan bayi. Pengambilan vitamin E boleh menyeimbangkan hormon ini tanpa mengganggu penghasilan susu badan. 

Vitamin ini berfungsi seperti berikut:

Peranan Vita-E Untuk kesihatan seksual lelaki:
* Lebih tenaga (seksual)
* Ereksi yang lebih lama
* Lebih mudah terangsang
* Libido yang lebih kuat
* Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat

Peranan Vita-E Untuk kesihatan seksual wanita:

* Lebih tenaga (seksual)
* Lebih mudah terangsang
* Libido yang lebih kuat
* Untuk menstabilkan hormon seks/ kewanitaan, terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi.

Seminggu selepas menggunakan vitamin E, alhamdulillah, masalah tadi dapat diatasi. Memang happy sangat. Sekarang, dah 6 bulan saya amalkan vitamin E. Bukan saja masalah kedinginan tadi diatasi, malah kulit makin halus, parut2 juga semakin pudar. 

Jika anda ingin membeli vitamin E, pastikan ianya disertakan dengan Selenium ya. Vitamin E tanpa selenium adalah ibarat basikal tanpa roda. bagusnya vitamin E Shaklee ini kerana ianya dilengkapi Selenium, sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam:) Cuma sebiji sehari, tahan sampai 4 bulan. Kan jimat tu.

Nak cuba vitamin E Shaklee? hubungi saya:


Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah