Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Cara Atasi gastrik ketika berpuasa

Ramadhan menjelma lagi. Bagi pengidap Gastrik, Ramadhan merupakan sesuatu yang mendebarkan. Ketiadaan makanan untuk dicerna oleh asid perut akan membuatkan gastrik menjadi semakin teruk. Seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, salah satu cara menangani gastrik ialah dengan makan dengan kerap tetapi sedikit. Kaedah ini tidak dapat dilakukan semasa kita berpuasa.

Jadi, bagaimana kita ingin menjalani ibadah puasa dengan sempurna walaupun ade gastrik? Berikut sms yang baru saya terima dari seorang ibu.

"Dulu memang susah nak puasa. Sekarang relax je. Tak lapar sangat pon. Ni la penyelamat puasa. Kalau tak, jenuh pedih perut".

Ibu ini merupakan pelanggan saya yang mengambil ESP sebagai milk booster tanpa saya ketahui beliau mengidap gastrik. 



ESP merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelak kepada masalah kembung dan pedih perut. Untuk hasil yang lebih baik, seeloknya anda mengambil Vitamin B Complex dan Ostematrix untuk menangani gejala gastrik dan boleh juga tambah Peppermint Ginger Plus juga anda mengalami masalah angin yang teruk. Vitamin2 Shaklee adalah semulajadi, tanpa perasa atau pewarna tiruan dan anda tidak perlu risau tentang kesan sampingan seperti ubat2 biasa.

Moga kita semua mampu menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini dan beroleh barakah. Jika ingin mencuba, sila hubungi saya ye. 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d582ac40970f9885836a61d7b2c662e4

Salam sayang,

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah


 
COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

Buat Stok Susu Sebelum Puasa

Tak sampai sebulan jek lagi sebelum umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan yang mulia. Mimpi ngeri bagi ibu2 menyusu dah bermula terutama bagi yang belum buat stok susu yang banyak sebelum puasa. Sebabnya, bulan puasa nnt ibu2 tak dapat makan dan minum di siang hari yang menjadi punca susu terjejas. 

Masih belum terlambat untuk ibu2 buat stok susu sebelum puasa. Jangan stress.kalau stress nanti, susu tak keluar juga sebab emosi juga mempengaruhi pengeluaran susu. Apa yang perlu dibuat, mulalah buat stok susu sebelum puasa ni dari sekarang lagi.



Sila pam secara konsisten di samping melakukan tips untuk tambah susu badan seperti yang pernah saya kongsi. Dan jika anda perlukan bantuan supplemen Shaklee untuk buat stok susu badan yang mencukupi sebelum puasa ni, sila hubungi saya ye. Konsultasi berterusan diberikan, eksklusif untuk anda yang membeli supplemen Shaklee dari saya sahaja. 

Salam Sayang,
Norul,

sms/whatsapp: 018 290 7924
norulh@gmail.com 

Susu tak merudum langsung walau berpuasa~set Triple Gems Shaklee

Tahun lepas kali pertama saya bersama Shaklee. Kali pertama berpuasa dengan Shaklee sememangnya berbeza dari sebelum ni. Perbezaan yang ketara ialah dari segi penghasilan susu dan ibadah puasa itu sendiri.

Bagi yang menyusukan anak, anda tahu bagaimana lapar dan dahaganya si ibu. Ini kerana ibu menyusu memerlukan lebih kalori dan air untuk penghasilan susu.Semasa menyusukan Aisy tahun 2009, ibadah puasa saya tidak lengkap. Saya terpaksa selang seli berpuasa kerana susu merudum teruk semasa berpuasa, tambahan tidak dapat menahan lapar dan dahaga yang teramat.Berbeza pula semasa menyusukan Raudhah tahun 2012, susu tak merudum langsung walau berpuasa, malah saya dapat mennyempurnakan ibadah puasa tanpa masalah lapar dan dahaga yang melampau. Syukur, alhamdulillah.

Jadi, apa yang saya ambil supaya susu tak merudum walau berpuasa? 


Set Mighty Triple Gems dari Shaklee sangat2 membantu saya semasa berpuasa.  Tubuh sentiasa bertenaga, dan takdela lapar yang melampau2 cam dulu. Set ini terdiri daripada Performance Drink, ESP dan Mealshake. Campurkan ketiga2nya dan ambil semasa bersahur, memang amat mebantu kita yang berpuasa. Bukan saje untuk ibu menyusu, set Triple Gems ni sesuai untuk sesiapa sahaja.

Tak percaya? Apa kata cuba sekarang kerana ade promosi harga runtuh Mealshake sepanjang June 2013 ni. Jadi, anda akan dapat special price utk semua set yang ade Mealshake. Hubungi saya cepat sebelum stok kehabisan ye ;)


Salam sayang,
  Norul,
sms/whatsapp: 018 290 7924
norulh@gmail.com 

Produk HOT Bulan Puasa

Tahun ni adalah kali pertama saya berpuasa dengan Shaklee. Sebelum Ramadhan menjelma, dah banyak order untuk Set Mighty Triple Gems Shaklee. nak tahu kenapa? Jom saya huraikan


1. Performance Drink
  

Apakah Performance Drink?

Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)~lebih Baik dari 100Plus
Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.
  • Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
  • Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.

Siapa yang digalakkan untuk mengambil Performance Drink?
  • Anda yang berkerja di bawah matahari terik
  • Anda yang sentiasa lesu dan lemah badan
  • Ibu mengandung atau menyusu
  • Anda yang demam dan selesema
  • Anda yang selalu bersenam dan bersukan termasuk ahli sukan
  • Anda yang mengidap penyakit kencing manis
2. ESP
  •  Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
  • Membekalkan tenaga,
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster)
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

3. Mealshake

  • Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk. - Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

**Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos 1/2 sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

***Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?

* Kanak-kanak
* Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
* Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
* Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
* Warga tua
Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya:

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

*Berminat menjana pendapatan dengan Shaklee secara sambilan atau sepenuh masa? Hubungi saya segera untuk mengetahui caranya.



Tips minum air lebih 2 liter di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog yang budiman.
Bila masuk bulan Ramadhan ramai yang risau tak dapat minum air 3 liter sehari dan tak dapat istiqamah pengambilan supplemen. Jadi, saya kongsikan sedikit tips supaya kalau tak dapat 3 liter pun paling kurang dapatla dalam 2 liter air sehari.

  1. Sediakan sebotol air masak sebagai indicator yang ada tulis berapa liter boleh muat. Lebih senang beli yang 1 liter atau 1.5 liter. Tak payah ulang-alik isi banyak kali.
  2. Setiap kali ambil supplemen, ambil bersama 2 gelas air. Satu gelas lebih kurang 200ml~250ml. Jadi kalau ambil 3 kali iaitu selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur, paling kurang akan minum 600ml air kan,
  3. Bawa sebotol air masak semasa pergi solat terawikh. Setiap kali lepas 2 rakaat boleh minum air sikit-sikit.
  4. Letak sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun je sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.
*** Kalau boleh, elakkan berbuka dengan ais. Ais akan membuatkan perut menjadi sebu dan mengakibatkan badan menjadi lemah, jadi kita akan menjadi lebih lemah keesokan harinya.

 
Tak susah sebenarnya, cuma bila kita tak biasa, itu yang menyebabkan kita rasa susah. Tapi kalau tak bermula dari sekarang, bila lagi? oh ye, dengan pengambilan air yang banyak juga membuatkan kita dapat mengawal nafsu makan. Jadi, takde la makan overload kan.
Salah satu kebaikan puasa adalah dapat merehatkan perut tapi kalau berbuka kita makan sebanyak-banyaknya maka, makin tersiksalah perut. Silap-silap lebih tersiksa dari bulan tak puasa.
Akhirnya, puasa adalah tarbiyyah dari Allah untuk mendidik kita supaya bertaqwa.
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu berpuasa agar kamu BERTAQWA. (Surah al-Baqarah:183)
Jadi masa bulan ni, kita lebih mudah melatih diri untuk lebih mendekati Allah kerana syaitan dah dirantai. Dan semoga dengan latihan sebulan ni, kita dapat berjuang berhabis-habisan untuk menentang syaitan untuk 11 bulan berikutnya.


Salam Sayang,

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah



Tips berpuasa tanpa mengganggu pengeluaran susu ibu


Assalamualaikum…
Alhamdulillah, ramai yang dah mula berpuasa di bulan Sya’ban bagi meraikan kehadiran Ramadhan. Tak kurang juga ibu-ibu yang menyusu mula bertungkus-lumus menyediakan stok untuk bulan puasa.

Benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?
Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI terutama jika si ibu memastikan perkara berikut dilakukan. Tips mudah ini nampak mudah namun untuk dapatkan hasil pengeluaran yang berterusan si ibu perlu istiqamah.
  • Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur   [ hari sebelum berpuasa]
  • Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , kurma (sebaiknya ikut sunnah 7 biji atau nombor ganjil) dan air glukos jika ada.
  • Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.
  • Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.
  • Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.
  • Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.
Perlukah si ibu mengambil supplement?
Jawapannya, bergantung kepada si ibu sendiri. Tiada paksaan dan ianya bukan satu kewajipan sama sekali.
Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka tidak perlu mengambil supplement.
Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.
Bagi saya secara peribadi, jika nak amalkan supplement…ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.

credit to AnakkuWiraku

Jom share 1 testimoni.
Sebaiknya bersahur dengan makanan berat dan berkhasiat ya. Tapi kalau dah tak sempat, InsyaAllah pengambilan Performance Drink dan Energizing Soy Protein dapat membantu untuk bertahan.

Salam Sayang,
 
Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
 
 
 





Puasa Buat Ibu Yang Menyusukan Anak

Sekarang dah bulan Rejab. Ramai ibu2 yang dah mula ganti puasa atau berpuasa sunat. Saya sendiri pon baru mula ganti puasa. Dalam masa yang sama, penyusuan buat Raudhah yang sekarang dah 7 bulan tetap diteruskan. InsyaAllah, masih mampu buat stok sama macam tak puasa;)
  
Credit to Hanis Amin
Buat ibu yang menyusu, jangan risau, puasa tidak akan menjejaskan hasil EBM anda. Sebaliknya, kerisauan anda mengenai “mesti susu aku merudum bulan puasa nie!”, atau, “alamak, aku tak sempat nak buat stok EBM extra untuk bulan puasa nie, nak kena standby FM setin nie!”, yang akan menyebabkan susu anda berkurangan. Ini di sebabkan oleh stress, mood swing, tension etc. Walau bagaimanapun, saya kongsikan sedikit panduan bagi ibu-ibu untuk berpuasa.

Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.
Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
(4) Makan 3 biji Alfalfa
Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(2) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
(3) Makan 2 biji Alfalfa.
Sebelum tidur:
(1) Amalkan minum segelas ESP.
(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B complex dan Vitamin C.
Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu.
Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan sepanjang berpuasa. Terdapat pendapat yang mencadangkan pengambilan 100plus sepanjang berbuka namun minuman ini berkabornat dan boleh menggangu sistem perut di mana boleh menyebabkan si ibu dan anak menyusu mengalami keragaman perut jika diambil dalam kuantiti yang banyak.
Selain daripada pengambilan vitamin, saya sangat-sangat menggalakkan ibu menyusu untuk mengambil kurma, terutama sewaktu bersahur. Kurma juga salah satu makanan yang membantu membanyakkan susu. Sebaiknya ambil kurma yang sedikit basah dan tidak terlampau kering.
Saya sendiri pernah terlewat bangun sahur semasa puasa sunat tetapi saya dah letakkan kurma, sekotak air susu coklat dan air masak di tepi katil. Jadi, bila bangun cepat-cepat ambil kurma sebanyaknya, minum air susu dan minum air masak sebanyaknya. Alhamdulillah, saya kekal segar dan sihat sepanjang hari dan alhamdulillah, hasil perahan susu tak banyak berbeza seperti masa tidak berpuasa.
Namun, perbezaan yang ketara ialah, anda akan menjadi lebih letih dan dehidrasi kerana proses berpuasa + pengeluaran susu tersebut. Apabila terlalu letih dan tidak bertenaga, ini yang menjejaskan mood anda, seterusnya memberi impak pada penghasilan susu. Sebab itulah perlunya anda mengambil makanan yang boleh mengekalkan kesegaran anda sepanjang hari seperti kurma, oats, dan supplements – terutama ESP dan Performance Drink.

~~~~
Selain minuman di atas, saya tambahkan Meal Shake, madu dan kurma ke dalam ESP. Memang sedap dibuat Shake. Sepanjang hari bertenaga dan susu tak terjejas, insyaAllah. Buat ibu2, siapkan diri anda ye dan jangan bimbang menjelang Ramadhan.

Salam Sayang,

Norul
018-290 7924
FB  Fan Page: Ummi Tiqah