Masih terbayang berita di dada akhbar pada pertengahan tahun lepas
mengenai kematian bayi berusia empat bulan di sebuah taska. Kematiannya
adalah berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru dan bukan
disebabkan tersedak susu. Tidak mahu pisang berbuah dua kali, berita ini
membuatkan kita terfikir bagaimana perkara itu boleh berlaku. Memang
benar, ajal maut semuanya di tangan-NYA. Namun sebagai hamba-Nya, kita
boleh berikhtiar untuk mengelak daripada berlaku.
Adakah anak kerap diserang batuk, demam dan selesema? Apabila ini
berlaku, sudah tentu si kecil kurang selera makan dan enggan minum susu.
Ada kalanya susu yang diminum tersedak disebabkan batuk. Ia mungkin
situasi biasa, tetapi jika masalah kesihatan itu berlarutan lebih tiga
hari, cepatlah bertindak! Ini kerana jika dibiarkan, paru-paru anak anda
mungkin dijangkiti virus yang mengakibatkan anak anda mengalami
pneumonia.
Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia.
Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan
seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada
paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan
tidak dapat berfungsi dengan baik.
Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak
sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak
mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang
membahayakan nyawa si manja anda.
Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit.
Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah
‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia
trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’.
Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk,
selsema dan berterusan pada paru-paru.
Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di
kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh
kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.
Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke
wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan
paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu
pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif,
tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak
itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini
tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas
berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan
pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa
sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk
mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit
ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu
dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang
sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan
perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar
dengan mudah.
Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan
sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun
jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan
imunisasinya.
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang
singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh
mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke
hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi
biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak
kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.
Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit
Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh
bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika
jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak
anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik
dan sokongan perubatan yang lain.
Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh
dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan
meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa
boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun
anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam
campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan
pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.
♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.
♦ Batuk pneumonia
Bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.
5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila
dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak
susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.
#########################################
Waktu Raudhah warded di Hospital Ampang Puteri, kebetulan pula ada ceramah oleh Dr Nomee Ashikin tentang cara menangani batuk dan asthma di kalangan bayi dan kanak-kanak. Salah seorang peserta bertanyakan tentang minyak ikan atau omega untuk anak2 yang asma atau batuk. Menurut Dr Nomee, minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan jangkitan kuman, Rasionalnya, pemberian minyak ikan sememangnya membantu anak2 yang diserang batuk dan astma asalkan minyak ikan tadi mengandungi DHA dan EPA yang bersesuaian dan ianya dari sumber semulajadi.
Kini, saya pastikan anak2 saya mendapat supplemen minyak ikan terbaik bagi mengelak sejarah berulang. Dikala malaysia dilanda jerebu minggu lepas dan ramai kanak2 dan dewasa diserang batuk, namun anak2 saya selamat dari gejala ini, alhamdulillah. Saya percaya pemberian OmegaGuard dan Mealshake amat membantu sistem daya tubuh anak2 saya melawan jangkitan kuman, dengan izin Allah.
Salam Sayang,
Norul,
sms/whatsapp: 018 290 7924
norulh@gmail.com
COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.