Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Meal Shakes Membantu Mengatasi Morning Sickness??

Assalamualaikum..
Selama ini mungkin ada yang beranggapan yang Mealshake hanyalah untuk kanak-kanak sahaja. Walaupun Shaklee juga meletakkan Mealshake di bawah kategori Children Health, namun sebenarnya orang dewasa juga boleh mengambilnya.
Benarkah Meal Shakes dapat membantu ibu mengandung yang mengalami morning sickness? Jom ikuti apa kata Puan S, customer Pn Tuty.
mealshake shaklee
“Salam. Nk bg testi mealshake ni.HIDE NAMA I ek.Actually bli mealshake ni sbb nk jaga kulit muka.pregy this time kulit mmg bmyk gile + jerawat. Tp yg plik fr day 1 mkn mealshake wit air kosong early mrng B4 bfast i dh tsgt2 kurg muntah. Fyi I klu pregnn mmg tsangat trk muntah dr bgn tido hingga nk tdo mlm. Kire all day n nite sickness. Mmg rasa plik gile. After day 4 je today br prcaya n bg testi. Syukur alhmdilah sgt2. Cume mlm kdang2 munth la gak tp sgt kurg. Plus asyik lapar pas mkn mealshake. Hope x gemuk. Cume niat asal utk kulit blum nmpk lg kesan +ve nye. tq tuty intro mealshake kat i. Ni yg tgoda nk bpntg dgn shaklee nnt.”
Ini kerana Meal Shakes dilengkapi dengan multivitamin serta protein yang dapat menampung lubang-lubang nutrisi yang lopong. Sangat sesuailah untuk ibu hamil yang mengalami morning sickness yang teruk atau mungkin boleh panggil ”all day n nite sickness”. Insya Allah tidak gemuk dengan pengambilan Mealshake ini kerana protein yang terdapat di dalam Mealshake akan memberikan keanjalan pada kulit badan di mana ianya membantu penurunan berat badan selepas bersalin.


Nak cuba Meal Shakes? Hubungi saya:)

Norul   
SMS/Whatsapp: 018-290 7924     
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah  
Pengedar Shaklee sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Perkara yang elok diamalkan ibu mengandung menurut Islam

Bagi ibubapa beragama Islam, seeloknya kita membuat amalan yang baik2 di mana amalan ini akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Madmood, antara perkara yang elok diamalkan oleh suami dan isteri semasa ibu megandung ialah:

  • Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t
    Banyakkan berdoa, bertaubat dan berstighfar kepada Allah
  • Banyak berdoa kepada Allah s.w.t
  • Rajin puasa sunat (suami digalakkan puasa sunat isnin dan khamis
  • Tidak tinggalkan solat wajib dan rajinkan solat sunat
  • Banyakkan berzikir
  • Banyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan baca buku2 ilmiah seperti kisah2 nabi, kisah para sahabat dan buku2 berkaitan agama Islam
  • Berbual2 dengan bayi dalam kandungan
  • Ibu melakukan kerja2 dan senaman ringan di rumah untuk memudahkan proses kelahiran
  • Elakkan tekanan dan stress
  • Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
  • Makan makanan yang baik, berkhasiat, halal dan sumber pendapatannya adalah dari sumber yang halal
  • jauhi sifat dendam dan dengki
  • Rajin mengukir senyuman
  • Rajin menghadiri majlis2 ilmu

terdapat juga perkara yang perlu dielakkan suami dan isteri semasa ibu mengandung seperti:


  • Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
  • Elakkan makanan dan minuman dari sumber yang haram
  • Elakkan makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang dan sebagainya
  • Suami harus elakkan dari melakukan perkara yang merunsing dan menyedihkan isteri
  • Elakkan penampilan yang tidak elok di hadapan suami
  • Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t
  • Jauhi perkara2 yang benunsur negatif dan bersifat mazmumah
  • Jauhi memperlihatkan aurat kepada yang bukan muhrim
  • Jauhi amalan khurafat

Sementara itu, ibu mengandung dan bapa juga elok mengamalkan surah2 berikut:


  • Surah alfatihah untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan
  • Surah maryam untuk memudahkan kelahiran dan mendapat anak yang sabar dan taat
  • Surah Luqman untuk menperoleh anak yang cerdik akal dan jiwa
  • Surah Yusuf untuk memperoleh anak yang cantik rupa paras dan akhlaknya
  • Surah Hujurat untuk memperoleh susu ibu yang banyak, insyaaAllah dan anak yang bersifat waspada
  • Surat Yaasin untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan ke arah maksiat
  • Surah AtTaubah untuk membersih jiwa dan menjauhi maksiat
  • Surah An-Nahl untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Credit 


Salam sayang ,

Norul   SMS/Whatsapp: 018-290 7924     
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah  
Pengedar Shaklee sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 
 

Alahan Ketika Hamil~ Punca dan Bagaimana Shaklee Boleh Membantu Mengatasinya.

Alahan ketika hamil lazim berlaku kepada ibu terutama ketika trimester pertama kehamilan. Ia biasa berlaku ketika kandungan masuk 6 minggu dan lazim berakhir sesudah kandungan beusia 16 minggu. Jika anda tidak mengalaminya, maka bersyukurlah kerana alahan yang dialami ibu hamil ini sememangnya satu ujian Allah yang amat menguji kesabaran dan iman seorg ibu.

Punca Alahan Ketika Hamil

Alahan berlaku disebabkan perubahan hormon dan masalah angin. Hormon hCG yang banyak dirembeskan di awal kehamilan menjadi punca alahan terjadi.

Perlukan Berjumpa Doktor?

Alahan semasa hamil adalah normal. Namun, muntah yang terlalu teruk dan kehilangan selera makan dan minum yang melampau boleh memudaratkan ibu dan kandungan. Jika ibu mengalami muntah yang terlalu kerap setiap hari, tidak mampu makan dan minum tanpa muntah semula dan hilang berat badan, ibu herus menemui doktor dengan segera. Ibu boleh mengalami ternyahidrat dan kekurangan nutrien dalam tubuh.

Bagaimana Mengatasi Alahan Ketika Hamil.

Beberapa tips untuk mengatasi atau melalui fasa alahan ini adalah sepertiberikut:
  • Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
  • Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
  • Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
  • Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.
  • Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
  • Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.
  • Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.
  • Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.
  • Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
  • Cuba terapi semula jadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
  • Beritahu seseorang. Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda dalam forum Kehamilan. 


Vitamin B6 (piridoksina)
Wanita yang mengalami mabuk kehamilan yang teruk mempunyai tahap vitamin B6 yang rendah. Kajian juga menunjukkan bahawa vitamin ini ini boleh membantu mabuk kehamilan tanpa memberi kesan sampingan. Walaupun ia boleh dibeli di kaunter, anda perlu meminta preskripsi daripada ahli obstretik anda. Dos yang dicadangkan untuk mabuk kehamilan ialah 10-25mg piridoksina, tiga atau empat kali sehari. Sesetengah pil yang boleh dibeli di kaunter adalah lebih kuat daripada ini dan kajian tidak melihat pada keselamatan atau keberkesanan dos yang lebih tinggi.

Multivitamin kehamilan berkualiti tinggi boleh mengurangkan simptom dalam sesetengah wanita. Tetapi anda harus beringat bahawa mengambil vitamin dan mineral semasa kehamilan adalah satu bentuk rawatan perubatan dan pastikan anda berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa. 


Saya juga tidak terkecuali mengalami simptom alahan ketika hamil ni. Saya biasa mengalami loya dan muntah di waktu pagi, petang dan tengah malam. Namun alhamdulillah, hamil anak keempat ni, pertama kali saya amalkan set hamil Shaklee, alahan yang dialami tidak seteruk anak pertama hingga ketiga.

Selain itu, Ostematrix, ESP, B Complex dan Peppermint Ginger amat membantu dalam menangani masalah angin yang memang saya hadapi sejak dahulu lagi. 

 



Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya dan insyaaAllah, konsultasi berterusan diberi untuk semua pelanggan saya yang dihargai :)


Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.



Rujukan:
http://www.babycenter.com.my/a1029196/loya-dan-muntah-semasa-kehamilan-mendapatkan-bantuan-dan-rawatan

Tips dan Petua Semasa Hamil Untuk Mudah Bersalin

Semalam baru jumpa Dr Marsita Mansor untuk routine checkup. Kandungan saya dah 35 minggu dan alhamdulillah, semua ok. Ini kali kedua saya jumpa dengan Dr Marsita dan baru saya faham kenapa ramai yang sanggup beratur panjang dan menunggu lama semata2 nk dapatkan consultation darinya. Selain caranya yang Islamik, mesra dan ramah, beliau merupakan salah sorang OB & G yang terbaik di Malaysia, memang banyak tips yang beliau kongsikan dengan ibu dan bapa. Ok, bukan nak promote Dr Marsita plak tapi entry kali ni saya nak kongsikan tips yang diberi beliau untuk memudahkan mudah bersalin nanti. Sememangnya, saya tak pernah dapat tips ni sebelumnya :

1. Squatting
Masuk kandungan 8 bulan, dah boleh buat teknik squatting. Caranya ditunjukkan di bawah atau jika kurang jelas, anda boleh search di google. Banyak video tentang teknik squatting ni. Semasa melakukannya, pastikan belakang anda dekat dengan dinding supaya boleh dijadikan sokongan jika tubuh anda tidak stabil. Doktor Marsita menyarankan squatting ini dilakukan sebanyak 11 kali per set dan diulang sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Teknik ini sangat elok untuk memudahkan pembukaan rahim bila sampai masanya nanti



2. Melatih teknik pernafasan
Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dengan cepat, tahan dan sebut "Allah" sebanyak 7 kali dalam hati kemudian lepaskan nafas perlahan2 melalui mulut.. Lakukan 7 kali sehari. Ini untuk mengelak ibu mudah letih dan pernafasan menjadi tidak terkawan semasa proses meneran nanti.

3. Banyakkan berjalan. 
Memangla dah hujung2 ni ramai ibu hamil yang tak larat nak berjalan kan tapi sebenarnya ia petua dan senaman yang elok untuk mudah bersalin. Takyahlah jalan cam orang biasa kan, cukup sekadar berjalan secara perlahan2 tapi kerap dan ikut kemampuan.

4. Amalan Rohani
Membaca surah Mariam dengan kerap, beristighfar, berzikir dan berselawat.

Selain tips dan petua yang Dr Marsita berikan di atas, saya dapati ada jua beberapa petua yang mungkin berguna dan elok diamalkan yang saya ambil dari beberapa blog. Antaranya:


  • Rajinkan diri melakukan kerja-kerja rumah namun jangan sehingga membebankan diri. tips ni macam hampir sama dengan tips di atas iaitu banyak berjalan di akhir2 kehamilan.
  • Teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Yakni bercakap dan memujuk bayi supaya ibu mudah melahirkan. Bagi saya, ia juga merupakan satu doa dan "mind setting". Ramai tak tahu yang otak amat hebat dalam mempengaruhi keadaan malah mampu menguasai tindakan luar kawal tubuh
  • Melakukan hubungan kelamin dengan lebih kerap bila kandungan masuk 9 bulan. 
  • Kerap memohon maaf dengan suami dan ibu bapa (jika masih ada) dan meminta mereka sama2 mendoakan untuk ibu mudah melahirkan. Tapi, seeloknya ini dilakukan sepanjang masa, bukan sekadar semasa hamil sahaja :)
  • Ada juga petua minum air kelapa di hujung2 kehamilan untuk memudahkan bersalin. Saya tak tahu apa rasionalnya namun mungkin khasiat air kelapa dapat membantu memudakan proses bersalin. Terdapat juga petua minum air selusuh masa dan nak bersalin dan anda boleh cuba jika selesa, kerana setahu saya, air selusuh ni sebenarnya minyak bukannya air. Papepon, tak salah mencuba jika mahu. 

Ok, itu dia tips dan petua semasa hamil yang boleh di amalkan untuk mudah bersalin secara normal. Dan jika dah sampai waktu untuk melahirkan, berikut beberapa paduan yang boleh ibu ikut untuk mudah bersalin. Tapi masa tu mungkin kita dah tak ingat kan? Takpe, insyaaAllah boleh minta panduan dari petugas2 yang membantu anda semasa tu. 

Teknik Meneran:


  1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
  2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
  3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  4. Tangan pegang buku lali kaki
  5. Masa teran jangan keluarkan suara.
  6. Masa teran jangan angkat punggung. Boleh menyebabkan luka dan koyakan yang banyak.
  7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
  8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .  

Moga bermanfaat untuk semua. 

Salam Sayang,

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 


Sumber:
1. http://infoibumengandung.blogspot.com/2012/05/cara-mudah-bersalin-normal.html
2. http://rusukiri.blogspot.com/2013/06/petua-orang-lama-bagi-senang-meneran.html

Anemia Ketika Hamil (HB Rendah). Risiko dan Cara Mengatasinya

Credit to Precioussvita
Apabila ibu hamil, tentu sekali akan melakukan pemeriksaan darah. Ini untuk memastikan paras hb kita berada pada tahap yang sepatutnya. Saya tiada pengalaman check up di hospital swasta, namun jika di hospital kerajaan, kita akan elakkan hb ditulis dengan pen merah. Apabila hb bertulisan merah, ianya adalah langkah berjaga2, nurse akan menasihatkan agar kita mengambil sayur2 berdaun hijau seperti bayam, makan kerang, makan hati ayam.. namun tidak semua ibu boleh memakan makanan2 itu.. ade yang alergi padi kerang-kerang, ade yg tak suka makan hati.. jadi apakah yang perlu kita ambil? Sebelum tu, mari kita ketahui perkara berkaitan hb rendah @ tekanan darah rendah @ disebut juga anemia.



Dalam tempoh kehamilan, ibu hamil sering mengalami anemia. Ketika ibu mengalami anemia, darah tidak memiliki cukup sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen kepada saraf-saraf. Selama kehamilan, tubuh menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung pertumbuhan bayi. Jika tidak mendapatkan cukup zat besi atau zat gizi lain tertentu, tubuh mungkin tidak mampu menghasilkan jumlah sel darah merah yang diperlukan untuk membuat tambahan darah.



 Anemia akan terjadi apabila paras haemoglobin (sel-sel darah merah) ibu berada kurang daripada  11.0mg/dl. Wanita hamil memerlukan kira-kira 50% lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.





  • ·         Ibu hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal
  • ·         9g – 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan
  • ·         7 – 8.6g/dl mengalami anemia sederhana
  • ·         Kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia yang teruk


Golongan yang berisiko mengalami anemia semasa hamil::


  • Ø  Ibu yang mengamalkan diet yang rendah zat besi
  • Ø  Jarak kehamilan terdahulu dan kini yang sangat rapat
  • Ø  Darah haid keluar sangat banyak sebelum anda hamil
  • Ø  Jika ibu mengandungkan anak kembar
  • Ø  Thalassaemia ~ penyakit kecelaruan darah yang diwarisi, dimana keupayaan untuk menghasilakn rantai haemoglobin, samaada alfa ataupun beta terjejas.


Tanda-tanda anemia::


  • ·         Keletihan @ lemah anggota badan
  • ·         Sesak nafas @ sakit dada
  • ·         Sakit kepala yang kuat
  • ·         Kepala pening, berpusing, rasa ingin pitam
  • ·         Penglihatan kabur
  • ·         Tinnitus (telinga berdengung)
  • ·         Jantung berdebar
  • ·         Kelopak mata, dasar kuku dan lidah kelihatan pucat
 Bagi yang mengalami sesetengah tanda2 diatas, bolehla mencuba::

  • ·         Duduk atau baring jika merasa pening untuk mengelakkan terjatuh
  • ·         Elakkan mengubah posisi duduk atau berdiri dengan pantas
  • ·         Berbaring ke sebelah kanan boleh membantu peredaran darah ke jantung


 Kesan anemia kepada Ibu::


  • Ø  Ibu boleh pitam
  • Ø  Mengalami keguguran
  • Ø  Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Ø  Mengalami kegagalan jantung
  • Ø  Risiko mengalami penyakit berjangkit


Kesan kepada bayi dalam kandungan::


  • Ø  Pertumbuhan janin terbantut @ Intrauterine growth restriction (IUGR)
  • Ø  Lahir tidak cukup bulan @ pra-matang
  • Ø  Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Ø  Bayi lemas semasa proses kelahiran
  • Ø  Bayi meninggal ketika lahir @ stillbirth


Diet untuk ibu anemia::


  • ·         Makan banyak sumber yang kaya zat besi:
    • Ø  Sayur-sayuran berdaun hijau tua
    • Ø  Roti bijian penuh
    • Ø  Bijirin yang diperkaya dengan zat besi
    • Ø  Kentang,
    • Ø  Daging merah tanpa lemak
    • Ø  Kerang-kerangan
    • Ø  Kismis
    • Ø  Prun
    • Ø  Kekacang

  • ·         Vitamin C membantu menyerap zat besi dalam pemakanan. Minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu mengelak daripada mendapat anemia.

  • ·         Minuman berkafein, teh dan kopi membuatkan sukar bagi badan menyerap zat besi. Oleh itu, elakkan meminumnya semasa waktu makan.



Shaklee juga mempunyai supplemen zat besi iaitu Vitalea.. ianya adalah multivitamin dan multimineral yang diformulasikan dengan zat besi. Untuk penyerapan lebih optimum, digalakkan diambil bersama Vitamin C “pelepasan bertingkat”. Semoga dengan pengambilan kedua2 vitamin ini, dapat membantu ibu2 hamil diluar sana mengekalkan paras hb berada pada tahap yang sepatutnya.
Kedua2 vitamin / supplemen ini terdapat dalam set Hamil Shaklee.. jom kita baca luahan hati pengguna set Hamil Shaklee..



Testimoni pengguna:: 



“Masa kandungan saya 4bulan, HB saya drop dr 14.00 turun 9.93 & nurse sahkan sy mghidap MILD ANEMIA. Patut bdn saya letih yg amat. Bgun pagi badan rasa xsdap. Bila dgr. So, saya tekad utk consume semula Shaklee & ambil set kehamilan. Dr testimoni yg saya baca, Vitalea bgus utk naikkan HB. So saya consume Vitalea, B Comp, Oste, Vit C, Omega Guard, ESP.



Alhamdulillah 2 minggu kemudian saya check HB saya hr ni dan HB saya naik 11.3! Yeahhhh! Bukan itu jer, bdan dah xletih, bgun pagi rasa fresh. Slalu susah nk bangun. Rambut pula da kurang gugur”



Alhamdulillah dengan izinNya, HB beliau kembali normal, tiada lagi kerisauan, apa yang lagi best, badan pun kembali bertenaga, mudah bangun tidur & rambut juga kurang gugur.





Buku “pink” anda ada tulisan pen merah? pada column HB? Pada catatan nurse?

Atau anda sering letih lesu & rasa ingin pitam?

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut. Saya bukan doktor, namun dengan ilmu yang tak seberapa ini, saya ingin membantu anda agar lebih sihat agar dapat sama2 beribadah kepadaNya. insyaAllah…

Salam sayang,

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

Vitamin Shaklee Untuk Mengatasi Kencing Manis (Diabetes) Semasa Hamil

Punca Kencing Manis Semasa Hamil dan Cara Mengatasinya


Terdapat ibu atau bakal ibu yang tidak pernah mengidap kencing manis sepanjang hidup tetapi mendapat penyakit ini semasa hamil. Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Bagaimana Ibu Mengetahui Yang Beliau Mengidap Kencing Manis Semasa Hamil


Terdapat beberapa simptom yang berkaitan dengan kencing manis semasa hamil. antaranya:

  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.
Namun, untuk memastikannya, ujian yang dipanggil ujian toleransi glukosa oral (OGTT) akan dijalankan oleh doktor. Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Kesan Kencing Manis ke atas Kehamilan


Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis atau demam kuning. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan mendapat diabetis di kemudian hari nanti.

Kesan pada ibu hamil;

  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.

Kesan pada bayi;

  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah) dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
  • Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.


Siapa yang Berisiko Mengidap Diabetes Semasa Hamil

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
  • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
  • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana diabetis gestasi dirawat?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.

Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.

Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Namun, dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.

Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.

Bagaimana Shaklee Membantu Mengatasi Kencing Manis Semasa Hamil?


Set Hamil Shaklee terdiri dari daripada vitamin2 asas iaitu Vitalea (multivitamin), B Complex, Vitamin C dan ESP, ditambah dengan Ostematrik (Kalsium Magnesium) dan Omega Guard. Vitamin2 ini membantu megatasi kencing manis ketika hamil seperti berikut:

  1. Omega Guard ~ Asid lemak perlu yang meningkatkan lemak jenis baik (HDL) dalam
    darah. 
  2. ESP ~ Minuman protein rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah.
  3. B Complex ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga.
  4. Ostematrix ~ Sumber kalsium dan magnesium yang membantu mengelakkan gejala kencing manis.
  5. Vitalea ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka.
  6. Vitamin C ~ Mengukuhkan kapilari darah
Selain daripada itu, jika anda disahkan mengidap diabetes ketika hamil, anda digalakkan untuk mengambil Garlic Complex. Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal kandungan gula dalam darah.




Berminat mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya:


Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 





Sumber:
1. http://www.babycenter.com.my/a1031209/kencing-manis-semasa-hamil-diabetis-gestasi?ModPagespeed=noscript
2. http://janahazana.blogspot.com/2013/12/mengatasi-kencing-manis-semasa-hamil.html