Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Showing posts with label Tips Kekeluargaan dan Bacaan Umum. Show all posts
Showing posts with label Tips Kekeluargaan dan Bacaan Umum. Show all posts

Perkara yang elok diamalkan ibu mengandung menurut Islam

Bagi ibubapa beragama Islam, seeloknya kita membuat amalan yang baik2 di mana amalan ini akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Madmood, antara perkara yang elok diamalkan oleh suami dan isteri semasa ibu megandung ialah:

  • Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t
    Banyakkan berdoa, bertaubat dan berstighfar kepada Allah
  • Banyak berdoa kepada Allah s.w.t
  • Rajin puasa sunat (suami digalakkan puasa sunat isnin dan khamis
  • Tidak tinggalkan solat wajib dan rajinkan solat sunat
  • Banyakkan berzikir
  • Banyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan baca buku2 ilmiah seperti kisah2 nabi, kisah para sahabat dan buku2 berkaitan agama Islam
  • Berbual2 dengan bayi dalam kandungan
  • Ibu melakukan kerja2 dan senaman ringan di rumah untuk memudahkan proses kelahiran
  • Elakkan tekanan dan stress
  • Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
  • Makan makanan yang baik, berkhasiat, halal dan sumber pendapatannya adalah dari sumber yang halal
  • jauhi sifat dendam dan dengki
  • Rajin mengukir senyuman
  • Rajin menghadiri majlis2 ilmu

terdapat juga perkara yang perlu dielakkan suami dan isteri semasa ibu mengandung seperti:


  • Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
  • Elakkan makanan dan minuman dari sumber yang haram
  • Elakkan makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang dan sebagainya
  • Suami harus elakkan dari melakukan perkara yang merunsing dan menyedihkan isteri
  • Elakkan penampilan yang tidak elok di hadapan suami
  • Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t
  • Jauhi perkara2 yang benunsur negatif dan bersifat mazmumah
  • Jauhi memperlihatkan aurat kepada yang bukan muhrim
  • Jauhi amalan khurafat

Sementara itu, ibu mengandung dan bapa juga elok mengamalkan surah2 berikut:


  • Surah alfatihah untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan
  • Surah maryam untuk memudahkan kelahiran dan mendapat anak yang sabar dan taat
  • Surah Luqman untuk menperoleh anak yang cerdik akal dan jiwa
  • Surah Yusuf untuk memperoleh anak yang cantik rupa paras dan akhlaknya
  • Surah Hujurat untuk memperoleh susu ibu yang banyak, insyaaAllah dan anak yang bersifat waspada
  • Surat Yaasin untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan ke arah maksiat
  • Surah AtTaubah untuk membersih jiwa dan menjauhi maksiat
  • Surah An-Nahl untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Credit 


Salam sayang ,

Norul   SMS/Whatsapp: 018-290 7924     
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah  
Pengedar Shaklee sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 
 

Senarai Harga Produk Shaklee

Untuk memudahkan customer2 kesayangan saya membuat pilihan dan bajet dalam memilih produk Shaklee yang marvelous ni, untuk entry kali ni saya kongsikan keseluruhan produk yang ditawarkan oleh Shaklee Malaysia beserta harga runcit setiap produk. Info untuk setiap vitamin boleh anda dapati di sini ye.

Senarai Pilihan Vitamin-vitamin Shaklee
 
Senarai Harga Produk Shaklee ~ Vitamin
Set Penjagaan Kulit Shaklee- Nutriwhite

Senarai Harga Produk Shaklee~ Nutriwhite
Set Penjagaan Kulit Shaklee- Enfuselle
Senarai Harga Produk Shaklee ~ Enfuselle




Set Penjagaan Rambut Shaklee- Prosante


Senarai Harga Produk Shaklee ~ Prosante



Set Healthy Home Shaklee


Senarai Harga Produk Shaklee ~ Set Healthy Homes dan Penapis Air Shaklee
Senarai harga produk Shaklee yang dipaparkan merupakan harga retail tetapi dengan berdaftar sebagai ahli, anda akan dapat menikmati potongan harga sehingga 20%. Amat berbaloi pulangan yang anda dapat dengan hanya yuran pendaftaran RM65 yang dibayar sekali seumur hidup. Benar, yuran keahlian tak perlu diperbaharui setiap tahun. Anda juga berpeluang menikmati cash back jika point anda mencukupi dalam bulan tersebut. Dengan Shaklee, ianya mudah.
  • Yuran pendaftaran yang rendah 
  • Tak perlu renew keahlian
  • Peluang Cash Back
  • Penjimatan harga ahli sehingga 20%
  • Bimbingan akan diberi jika anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee. Jika tidak, tak perlu bimbang, tiada siapa yang akan memaksa anda cari prospek. hehe.
  • Peluang Bonus Kereta, Melancong atau Umrah (Jika anda minat berniaga)
Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau mendaftar sebagai ahli? Saya sedia menjawab pertanyaan dan kemusykilan anda :)

Norul  
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah 


Lima Petanda Tubuh Anda Kekurangan Vitamin_Simptom dan Makanan yang Perlu diambil

Diolah dari Business Insider

Tubuh kita boleh menunjukkan tanda-tanda tertentu terutama apabila kita mengalami kekurangan vitamin. Tanda- tanda ini ditunjukkan menerusi simptom-simptom tertentu.

"Dengan diet berasaskan makanan yang diproses masa kini, kita mudah terdedah dengan masalah kekurangan vitamin, samada tidak mengambil makanan seimbang yang mencukupi ataupon nutrient tidak diserap dengan sempurna akibat isu-isu penghadaman", kata Dr. Susan Blum, pengasas the Blum Center for Health dan pengarang buku The Immune System Recovery Plan.
"Anda mungkin tidak mendapat penyakit, tapi akhirnya anda boleh mengalami kegagalan fungsi tubuh kerana vitamin merupakan pemangkin kepada semua tindakbalas biokimia dalam tubuh. Kita memerlukan vitamin untuk tubuh berfungsi dengan sempurna"

Kegagalan fungsi ini kadangkala ditunjukkan secara misteri. Digariskan di sini lima tanda-tanda yang menunjukkan tubuh kekurangan vitamin. Berita baiknya, kebanyakanya boleh diatasi dengan diet yang sesuai. Namun jika makanan yang dicadangkan tidak mampu mengatasi masalah2 tersebut, pastikan anda berjumpa dengan doktor.

Petanda 1: Rekahan di sudut tepi mulut.

Vitamin yang kurang: Iron, Zinc dan vitamin2 B seperti  niacin (B3), riboflavin (B2) dan B12.
Cara Menangani: makan lebih ayam, salmon, tuna, telur, tiram, kepah, tomato kering dan kekacang. Iron atau zat besi diserap lebih baik dengan pengambilan Vitamin C, yang mana juga elok untuk menentang infeksi. Jadi, gabungkan makananan2 ini dengan sayur-sayuran seperti brokoli dan bunga kobis.
 
• • •

Petanda 2: Ruam merah di muka (kadang2 di tempat lain juga) dan rambut gugur

Vitamin yang kurang: Biotin (B7), dikenali sebagai vitamin rambut. Tubuh kita menyimpan vitamin2 larut lemak (A,D, E, K) sementara kebanyakan vitamin B yakni vitamin larut air tidak dapat disimpan.
Cara Menangani: Telur, salmon, avocado, cendawan, bunga kobis, kacang soya, kekacang, rasberi dan pisang.

• • •

Petanda 3: Biji atau jerawat kecil berwarna putih atau merah di pipi, lengan, peha atau punggung. 

Vitamin yang kurang: Asid lemak dan Vitamin A dan D
Cara Menangani: Kurangkan lemak tepu dan lemak trans, dan lebihkan lemak yang menyihatkan. Lebihkan salmon, sardin, kekacang seperti walnut dan almond. Dapatkan vitamin A dari sumber sayuran hijau yang berdaun dan sayuran berwarna seperti lobak merah dan keledek.. "Ini membekalkan Beta Carotene yang menjadi pemangkin kepada tubuh dalam menghasilkan vitamin A" kata Blum. "Bagaimanpon, saya mencadangkan pengambilan suplemen vitamin D sebanyak 2,000 IU sehari, bersama-sama dengan vitamin A dan K kerana ianya membantu penyerapan vitamin D dengan lebih baik. 

• • •

Petanda 4: Leguh2 dan kebas di bahagian tangan, kaki atau tempat-tempat lain.

Vitamin yang kurang: Vitamin-vitamin B seperti B folate (B9), B6 dan B12. "Masalah ini berkaitan secara langsung dengan urat saraf", kata Blum, Menurutnya simptom2 ini turut berkait dengan keresahan, tekanan, anemia, pitam dan ketidakseimbangan hormon.
Cara Menangani: Bayam,asparagus, telur, kerang, kepah, tiram dan ayam.

• • •

Petanda 5:  Kekejangan otot yang teruk di jari kaki, betis, tapak kaki dan belakang kaki.

Kekejangan otot juga menyeksakan
Vitamin yang kurang: Magnesium, kalsium dan pottasium. "Jika ia berlaku dengan kerap, bermakna anda kekurangan vitamin2 ini", kata Blum. Dan jika anda bersenam dengan banyak, anda akan kehilangan lebih banyak mineral (dan vitamin-vitamin B yang larut air) melalui peluh yang banyak.
Cara Menangani: Makan lebih banyak pisang, kacang almond, kacang hazel, buah ceri, epal, limau bali, brokoli dab sayuran berdaun hijau seperti kailan, sawi dan bayam.





******************************************* 


Pastikan anda mengambil makanan seimbang untuk mengelakkan tubuh kekurangan vitamin. Namun, tahukah anda bahawa tubuh tidak menyerap vitamin dari sumber makanan semudah yang disangka. Pencemaran, makanan yang telah diubah genetiknya, malah, cara makanan dimasak juga kadangkala membuatkan kandungan nutrien di dalam makanan tersebut sudah hilang atau sukar diserap tubuh. Cara yang lebih mudah dan berkesan, pastikan anda mengambil multivitamin semulajadi yang terbaik. Pilihan saya, tentunya multivitamin tertua di dunia yakni Vitalea. Asalnya, Vitalea dikenali sebagai
Multivitamin pertama pada tahun 1915
"Vitalize-Mineral" dan dipendekkan kepada Vitamin. Dari sinilah asal perkataan vitamin yang digunapakai hari ini. 

Setiap tablet vitalea mengandngi 30 nutrien lengkap harian yang diekstrak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan RDA. Ia merupakan tablet multivitamin yang terlarut paling pantas di dunia di dalam tubuh manusia dan air. Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai multivitamin terbaik di dalam Public Interest pada tahun 2000. Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan Vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.  

Dapatkan vitalea dengan harga super special pada bulan ini. Hubungi saya:

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.
 

10 Panduan atau Tips Bermanfaat dari Pakar Mental Kanak-kanak

Tips ini amat-amat bermanfaat kepada ibu dan bapa. Saya salin entry ini dari blog Rajiah Nasir. Sebagai ibu, saya sendiri banyak kekhilafan. Moga perkongsian ini berguna untuk semua.

**************************************************

Credit

10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak)


Sebenarnya aku berfikir panjangggggggg nak update pasal benda ni. Dah lama sebenarnya rasa nak share. Sejak 4 bulan lepas lagi. Tapi bila nak share je mesti rasa macam malu la, takut ada orang terasa la, takut orang misinterpret la, takut orang ingat macam bagus la. Macam-macam.


Tapi lama-lama aku fikir, semuanya bergantung kepada niat. Kalau niat nak sebarkan manfaat, ok je kan? Apa orang nak fikir, lantakkan lah. Yang penting, DAPAT SEBARKAN MANFAAT. Tu je.

Amboi mukaddimah dia. Macam. Bagus. Je. Puih. :D


Sebenarnya kan,Beberapa bulan sebelum Haikal genap 2 tahun hari tu, kitorang ada jumpa Child Psychiatrist. Nama dia Dr. Sherine. Kalau kat Penang ni, Dr. Sherine ni memang well-known la. Korang boleh jumpa dia kat Hospital Gleneagles, Penang. Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu. Gitu.

Aku rasa macam tak perlu kot nak explain kat sini kenapa kitorang bawak Haikal jumpa Child Psychiatrist tu. Macam complicated pulak nak cerita sebab musabab nya.

So kita skip cerita tu.
Boleh naa?



Yang aku nak share kat sini ialah.. masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.

Terutama anak-anak yang umur 0-3 years old. Seriously berguna like hell. In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi. Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)

Ok aku buat dalam point form la eh. Senang korang nak hadam.



1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak. Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.








2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.Tapi korang nak tahu apa sebab  dia jadi camtu? Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan. Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku. Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan? Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau. Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan. Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu. Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat, "No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni. Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,


"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."


"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."


"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."


Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:


Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja. Tiada pergerakan "rolling" oleh mata. So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas. So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif. So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?

  • Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
  • Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
  • Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
  • Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
  • Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
  • Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
  • Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
  • Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement. So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu, saraf mata dirangsang dengan baik. So brain development pon berlaku dengan baik.

Gitu.


Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu. Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham. Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T


3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang. Lack of imitation skills. So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Because language and speech is also an imitation skill, attitude pon imitation skill, cara berfikir pon imitation skill, dan semua-semua tu pon related to brain development.


So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:

  • Say a word, dan suruh anak ulang.
  • Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
  • Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
  • Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
  • Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
  • Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
  • Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.


Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki. Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).


Part ni aku terkedu. Sebab Haikal memang tak merangkak langsung. Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk. Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat. So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger. Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.


Bila anak jadi tiger, mak pon kena jadi tiger jugak ok.
Imitation skill. Ingat tu.
Tapi sorry gambar aku jadi tiger takde.
Garang sangat. Kang korang takut. ;D

 

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.  Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak. Plus boleh belajar sambil bermain. Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik. Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc. Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak. Macam tak elok sangat la kan.

Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen. Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-




5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.



Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak, better cakap, "Elephant!" bukan "That is elephant!" atau "Wow u see that big elephant?"


Camtu.


Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak. 

Contoh, "Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.
 

Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,


"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."


"Sit."
bukan "Come and sit beside Mama"
atau,"Sit and keep quiet."


Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.


6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.



Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.  Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.  So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.  So macam fobia camtu la kan.


Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,  bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,  Suruh orang tu high five dengan anak kita tu. Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan? So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus, suruh high-5 dulu. Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D


Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful. Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.  Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,  dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.  So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.


7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.


Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah. Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,  better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.


Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita. Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan dia satu level. Melutut depan anak.Jangan cakap atau marah sambil berdiri, anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.


Kalau anak kau baring, kau pon kena baring. Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..-

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat. So itu petanda tak bagus. Something wrong with his self-esteem. So kena biasakan dia rapat dengan semua orang. Especially family members.

9) Bila bermain, follow his interest.


Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu. Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara. Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. Haruslah dimarahin dong.

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita, kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane, jangan biarkan soalan tu tak berjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana. So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam

"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai. At least soalan dah terjawab. Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi. Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles. Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa. Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.


Niat aku satu je. Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat. Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah, aku nampak kesan positif pada Haikal.Kesan dia sangat drastik ok.Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu. So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)


Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah. Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu. Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita. InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..


***************************************************** 

Menarik kan perkongsian dari mama Rajiah ni? Moga kita semua beroleh manfaat darinya, insyaaAllah

Sharing is caring is loving
Norul
norulh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

Kenapa Masih Lapar Walaupun Dah Makan Banyak?


kegemukan

Kita selalu digambarkan orang berbadan besar (obes) yang 24 jam mengadap makanan.
Dan biasanya makanan yang selalu dimakan adalah makanan2 yang berlemak, tinggi ‘kalori kosong’, tinggi kandungan gula.. dalam ertikata lain tidak berkhasiat.
Namun mereka yang berbadan besar sering digambarkan makan lagi, makan lagi dan makan lagi.
Adakah perut terlalu besar dan tidak penuh-penuh?
Namun hakikatnya bukan mereka yang berbadan besar saja yang sering lapar dan makan banyak. Orang kurus juga ada yang selalu cenderung makan banyak. Terutama wanita hamil, ibu menyusu, yang  sedang haid dan remaja lelaki yang sedang membesar.
Kenapa keadaan ini berlaku? Apa sebenarnya yang buat kita lapar?
Secara amnya tubuh kita menghantar isyarat “lapar” apabila ia memerlukan sesuatu.
Antara penyebab2 kita berasa lapar dan perlukan makanan:-
  • Kandungan gula dalam darah menurun
  • Tubuh memerlukan kalori
  • Rutin makan yang biasa
  • Cuaca sejuk menjadikan metabolisma menjadi rendah dan memerlukan makanan untuk meninggikannya
  • Kekurangan nutrisi dalam diet
  • Kurang minum air
Saya ingin menyentuh tentang kandungan gula dalam darah dan kekurangan nutrisi menyebabkan kita berasa lapar lalu ingin makan dan makan lagi.

glisemik

Apabila mengambil makanan yang tinggi Glycemic Index dan Glycemix Load, paras gula dalam darah kita meningkat mendadak.
Dan apabila paras gula yang meningkat mendadak dan turun pula dengan mendadak ni menyebabkan badan kita ‘terkejut’ lalu berasa lapar bila paras gula tu dah jatuh.
Apabila mengambil makanan yang mengandungi ‘unrefined calorie’ maka bersedialah untuk mengalami keadaan di atas.
Tentang kurang nutrisi pula, walaupun kita makan banyak tapi bila yang dimakan tu tak berkhasiat, sel2 tubuh kita tetap ‘lapar’. Misalnya untuk metabolisma sel kita memerlukan Vitamin B, Zinc dan sebagainya. Diet yang kekurangan nutrien2 penting tu, walaupun baru lepas makan 3 mangkuk makanan rapu, manjadikan kita lebih lapar dan rasa nak makan lagi. Kerana signal dihantar oleh sel2 badan kita yang memerlukan nutrien dalam bentuk vitamin tersebut.
Oleh yang demikian, ia menjawab kenapa ibu2 hamil, wanita2 yang sedang haid, ibu menyusu dan lelaki remaja sering lapar.. kerana dalam keadaan sebegitu tubuh badan mereka di tahap selular memerlukan nutrien yang lebih.
Carta di bawah menunjukkan keperluan RDA vitamin C untuk pelbagai golongan termasuk perokok (yang lebih2 perlukan vitamin C kerana merokok menyebabkan radikal bebas berlambak dalam tubuhnya).
keperluan vitamin C
Oleh itu apa solusinya?
Kata kunci penyelesaian untuk mereka yang selalu lapar ni adalah – UBAH.
Ubah diet dan gaya hidup. Untuk mereka yang nak turunkan berat badan, cara sebenar yang selamat bukanlah dengan mengurangkan makan, sebaliknya melebihkan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat. Menurunkan berat badan dengan cara yang salah iaitu ‘diet-tak-makan’ menjadikan sel tubuh kita kekurangan nutrien, terutama sel2 otot. Apabila sel otot menjadi lemah, ya berat badan akan turun tapi ia akan baik semula apabila kita tak lagi mengamalkan ‘diet’ seperti itu.
Jadi kepada mereka yang menghadapi masalah berat badan kerana ‘asyik lapar’, antara cadnagan yang boleh dibuat:
  • Tukar dari ‘refined carb’ kepada ‘unrefined carb’.
  • Berhenti mengambil makanan rapu
  • Pastikan keperluan nutrisi mencukupi, sekurang2kan menepati RDA.
  • Mengambil suplemen jika perlu, bukan semata2 untuk ‘kurus’ tapi untuk memenuhi keperluan selular
  • Bersenam dan bergiat aktif
  • Jauhi aktiviti pasif-tubuh-aktif-mulut seperti menonton TV sambil makan cikedes
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Credit to Mommy Lyna

Salam Sayang,

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah

Bagaimana Memupuk Anak Menjadi Bijak


Saya tertarik dengan satu artikel ni yang saya rasa menarik untuk dikongsi bersama. Artikal ni dipetik dari buku 'Brain Rules for Baby' ditulis oleh John Medina. Tidak kisahlah siapan John Medina ni, apa yang kita nak kongsikan adalah tipsnya yang saya rasa mudah diaplikasikan.Bagaimanakah untuk dapat memujuk anak kita menjadi seorang yang bijak?

1. Membeli video dan memainkan DVD bahasa asing tidaklah menjadikana anak kita seorang yang pandai berbahasa. Yang paling penting adalah sentiasa berkomunikasi dengannya tidak kirala walaupun bayi anda baru berusia satu bulan.
Contoh paling mudah, setiap kali bangun tidur bercakaplah dengan bayi anda. "Sayang dah bangun? Selama tido nyenyak tak?' Lepas tu anda andaikan pula yang anda adalah bayi tadi dan jawab balik apa soalan tadi. "Saya tidur nyenyak malam tadi. Mama pulak?." Mungkin dianggap pelik bercakap sendirian tapi percayalah bayi akan menyerap semua perbualan yang dibualkan tadi dan secara tidak langsung akan memperkayakan tatabahasanya.

2. Bagi pujian dengan menyatakan mereka 'bijak'. Puji segala usaha yang ditunjukkan anak misalnya menyiapkan kuiz yang ibu bapa sediakan. Beritahu mereka yang kita berbangga dengan usaha bersungguh-sungguh mereka itu.

3. Luangkan masa buat aktiviti bersama anak-anak. Buat aktivit mewarna, melukis atau bermain dengan permainan.

4. Pupuk skill mereka contohnya dengan mengajar mereka bermain alatan yang disukai contohnya apa saja instrument muzik.

Anak yang bijak adalah anak yang 'happy' :) selamat mencuba :)

Salam Sayang,


Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah






Believing in Yourself – The Story of The Snail

Diambil dari sumber tazkirah oleh Shariah Division KFH :D



Then when you have reached a firm decision, put your trust in Allah. (Quran Al-Imran:159)


If we have to make certain decision, we should be really sure that’s what we wanted. And once we do that, we must proceed and put our trust in our Lord!
No more second guessing, no more having doubt and absolutely no more noises in our head! Just be confident in our decision and trust Him!Totally!
 


SubhanAllah! One look and we all know it sure wasn’t easy for the snail to make that cross.
But once it decided, it didn’t pause and doubt mid-way, right?
Think about it.


Salam Sayang,
Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
 


40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak

Perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri juga yang kadangkala terlalai dan alpa. Moga bermanfaat untuk semua..
 

Credit

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan atau minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.


Teknik mengajar anak MENGHORMATI and mengeratkan hubungan ibu bapanya

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang-undang, anak akan menjadi keliru arahan/undang-undang siapakah yang patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang-terang ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT orang yang memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yang backing.

2. Bapa DILARANG menengking/mengherdik/bertengkar Ibu di hadapan anak-anak. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak-anak.

3. Sentiasa masak untuk anak-anak dan ajak anak-anak sama-sama masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.
4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak 


Salam Sayang,
Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah