Credit
Pernah dengar mengenai SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)? Mari kita lihat apa itu SBS ini.
Apa itu SBS?
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi..
Bagaimana ianya terjadi
Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS.
Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis.
Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi…..
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kpd orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
Maka, adalah sangat diharapkan agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang hal ini. Walaupun di Malaysia jarang kita dengar kes sebegini dilaporkan namun ianya mungkin ada banyak diluar sana tetapi kita tak tahu. Kalau nak tahu di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
~~~~~~~~~~~~~
Moga bermanfaat buat semua,
Salam Sayang,
Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
No comments:
Post a Comment