Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Ugly The Cat, Kisah yang memberi Keinsafan

Dah lama tak buka flickr. Dulu aktif dok upload gambar kucing. Skrg kucing2 dh jadi warga Perak, lgsung tak buka flickr dah. Tetiba teringat nak buka balik. Dan terbaca balik kisah dari sorang rakan flickr ni. Walaupun berapa kali baca, tetap akan menangis. 

Gambar Hiasan. Abu (SPCA cat and me)
Ugly the cat
Everyone in the apartment complex where I lived knew who Ugly was.
Ugly was the resident tomcat. Ugly loved three things in this world: fighting, eating garbage, and, shall we say, love.
The combination of these things combined with a life spent outside had their effect on Ugly. To start with, he had only one eye and where the other should have been was a hole. He was also missing his ear on the same side, his left foot appeared to have been badly broken at one time, and had healed at an unnatural angle, making him look like he was always turning the corner.
Ugly would have been a dark gray tabby, striped type, except for the sores covering his head, neck and even his shoulders. Every time someone saw Ugly there was the same reaction. "That's one UGLY cat!!!”
All the children were warned not to touch him, the adults threw rocks at him, hosed him down, squirted him when he tried to come in their homes, or shut his paws in the door when he would not leave.
Ugly always had the same reaction. If you turned the hose on him, he would stand there, getting soaked until you gave up and quit. If you threw things at him, he would curl his lanky body around your feet in forgiveness.
Whenever he spied children, he would come running, meowing frantically and bump his head against their hands, begging for their love. If you picked him up he would immediately begin suckling on your shirt, earrings, whatever he could find.
One day Ugly shared his love with the neighbor's dogs. They did not respond kindly, and Ugly was badly mauled. I tried to rush to his aid. By the time I got to where he was laying, it was apparent Ugly's sad life was almost at an end. As I picked him up and tried to carry him home, I could hear him wheezing and gasping, and could feel him struggling. It must be hurting him terribly, I thought.
Then I felt a familiar tugging, sucking sensation on my ear.
Ugly, in so much pain, suffering and obviously dying, was trying to suckle my ear. I pulled him closer to me, and he bumped the palm of my hand with his head, then he turned one golden eye towards me, and I could hear the distinct sound of purring.
Even in the greatest pain, that ugly battled scarred cat was asking only for a little affection, perhaps some compassion. At that moment I thought Ugly was the most beautiful, loving creature I had ever seen. Never once did he try to bite or scratch me, try to get away from me, or struggle in any way. Ugly just looked up at me completely trusting in me to relieve his pain.
Ugly died in my arms before I could get inside, but I sat and held him for a long time afterwards, thinking about how one scarred, deformed little stray could so alter my opinion about what it means to have true pureness of spirit, to love so totally and truly.
Ugly taught me more about giving and compassion than a thousand books, lectures, or talk show specials ever could, and for that I will always be thankful . He had been scarred on the outside, but I was scarred on the inside, and it was time for me to move on and learn to love truly and deeply. To give my total to those I cared for. Many people want to be richer, more successful, well liked, beautiful, but for me.......
I will always try to be Ugly



عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ قَدْ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ فَنَزَعَتْ مُوقَهَا فَاسْتَقَتْ لَهُ بِهِ فَسَقَتْهُ إِيَّاهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ

Maksudnya : Rasulullah bersabda: “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur, anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bani Israel. Maka dibukanya sepatunya kemudian dicedoknya air dengan sepatunya lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu. Maka Allah mengampuni dosa-dosa wanita itu.”

Sesama lah kita kasih mengasihi sesama makhluk. InsyaAllah, besar ganjarannya.

Salam Sayang,

Norul

Bina Peribadi Waktu Makan

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan  kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah  program bersahaja yang besarnimpaknya dalam hidup.  Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan: 

  1. Tunggu orang yang paling tua  "Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak  ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama  tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua  walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan." 
  2. Baca bismillah dan guna tangan kanan  "Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau  memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut  dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.  Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini  tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada  kesabaran dan istiqamah." 
  3. Ambil lauk terdekat dulu  "Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih  sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira  usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan  dan corak kita bekerja.  "Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak  mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita  buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah  bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya."  
  4. Kawal suapan "Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya  selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan, baru angkat  suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan  bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih syukur  terhadap apa yang Allah kurniakan."  Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan  menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara  yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."
 Moga beroleh manfaat. 

Salam sayang, 
Norul


SLE (Systemic lupus erythematosus)


Tiap kali customer baru nak beli alfalfa, saya akan tanya "ade SLE tak". pastu diorang tanya balik "SLE tu ape". Memandangkan ramai yang tak aware tentang penyakit merbahaya ni, saya nak kongsi ape sebenarnya SLE.

Definisi: 
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana  antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi. Penyakit  ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama. Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah. Tidak sekadar kulit,  ia juga boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.
Simptom awal:
Malar Rash
Penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi. Namun begitu, majoriti pesakit dipercayai mula mendapat penyakit ini dengan kemunculan ruam yang dinamakan malar rash atau butterfly rash yang berbentuk kupu-kupu di muka atau bahagian-bahagian tubuh yang lain termasuk di leher, telinga dan kepala.
Untuk  mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).
  1. Di peringkat aktif SLE akan mnunjukkan tanda-tanda berikut:
    - keletihan yang amat sangat
    - demam yang tidak menentu
    - pecah-pecah mulut
    - selsema
    - sakit bahagian kepala
    - sakit sendi-sendi dan otot
    - gangguan urat saraf
    - kiraan darah putih yang rendah
    - kiraan platelet yang rendah
  2. Tompok-tompok merah berbentuk seperti rama-rama mingkin timbul di pipi dan hidung
  3. Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak
  4. Kulit : Menjadi ke merah-merahan terutama jika terdedah kepada cahaya matahari dan mudah beruam (photosensitive rash)
    Alah kepada ubat yang mangandungi sulfur atau penisilin
    Radang pada salur darah halus di dalam kulit boleh mengakibatkan tompok-tompok halus merah timbul di bahagian siku, jari tangan dan jari kaki (vaksulitis)
    Jari-jari menjadi pucat kebiru-biruan (fenomena Raymand) apabila terdedah pada kesejukan atau berlaku gangguan emosi 
  5. Rambut: Keguguran rambut dalam masa beberapa bulan
  6. Sendi-sendi: Radang sendi pada pesakit yang teruk boleh menyebabkan kecacatan
  7. Jantung dan paru-paru: Gejala radang membran di bahagian jantung, paru-paru dan perut. Ia dikenali sebagai serositis. Merasa sakit dada ketika menarik nafas
  8. Otak
    Radang pada tisu-tisu otak boleh mengakibatkan kemurungan, sawan, perubahan sikap secara tiba-tiba, lemah sebelah tangan atau mirgain yang teruk
  9. Buah pinggang
    SLE mengakibatkan sindrom refrotik, tekanan darah tinggi dan hematuria mikroskopik
    Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akut atau kronik

Statistik
  • Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.*
  • Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.* 
  • Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.*
Rawatan
Rawatan-rawatan yang ada sekarang bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman.

Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan tetapi memandai dengan ubat anti keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa singkat sahaja. Jika organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.

 Moga anda mendapat manfaat dari perkongsian saya ni.

Salam Sayang,
Norul.


63 Petua Bahagia



TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulus
...an yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi 'menang-menang'.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan 'pasangan'
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut 'I love you' sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Salam sayang,
Norul 


Vitamin C dan Resdung (Sinus)

Gatal- gatal di muka? Bersin di waktu pagi tanpa henti? Alahai.. stress. Kalau orang yang melihat pon stress ape lagi la orang yang menanggung. 

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung . Ia berpunca dari alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan.

Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Petua mencegah resdung;
  1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
  2. Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
  3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer. 
  5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
  6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
  7. Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.
  8. Makanan laut memang kawan resdung le. Jadi, elakkan makanan laut, jika tidak resdung anda akan bertambah parah. 

Vitamin C Shaklee
Anda juga boleh mengamalkan pengambilan Sustained Release Vita-C 500mg dari Shaklee. 

  • Bekalan vitamin C secara semulajadi jam demi am
  • Merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietary dengan system penyaluran yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam.
  • Sebagai 1 antioksidan yang kuat, ia merupakan nutrient yang berfungsi secara menyeluruh dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah
Cakap banyak pon tak guna kan? Jom kita baca apa kata pengguna Vitamin C ni



Jadi, tunggu ape lagi? Cegah sebelum parah. Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini


Norul
0173463244
norulh@gmail.com
fb:Norul Haslizan Harun
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*


Migrain?? Sakit Kepala?? Camne Nak Atasi?

Credit to ita


migrain yang mengganggu


Sakit kepala adalah gejala biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

  1. Sakit kepala kerana tekanan
  2. Sakit kepala kerana sinus
  3. Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala kerana tekanan

disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.


Sakit kepala kerana sinus

disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.


Sakit kepala kerana migrain 
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain,
namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:


  •  Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.


Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.


Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.


Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)




Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


B Complex




Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.


Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.



Hubungi saya untuk maklumat lanjut

Norul
0173463244
norulh@gmail.com
fb:Norul Haslizan Harun
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*



25 Tips Nak Bagi Anak Pandai Bahasa Inggeris



1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.
2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.
3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.
4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.
5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.
6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.
9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda.
bayi didedahkan dengan buku sejak kecil
Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.
10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.
12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.
13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.
14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain…Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.
16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.
17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.
20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.
21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.
22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.
23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.
24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda 'berfikir' bahasa Inggeris.
25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.
Ha.Dah 25 tips yang saya bagi.Maybe next time kalau ada mood camni saya akan beri lagi tips2 dan petua2 yang boleh anda praktikkan.
Akhir kata, "Jangan terlalu fikirkan kesilapan dan kelemahan orang lain, tapi sebaiknya kita lihat dulu kelemahan diri kita dan ahli-ahli keluarga kita dan bagaimana kita boleh memperbaikinya.."

Salam Sayang
Norul


22 Perkara Pendidikan Untuk Anak-anak


Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak. Hendaklah perlakuan ibu bapa yang menjadi contoh kepada anak-anak seragam tanpa ada perbezaan. Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan.Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.

Untuk mendidik anak-anak dengan cara penampilan yang baik, ada beberapa perkara yang harus diamalkan:

  1. Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan.
  2. Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik.
  3. Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.
  4. Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
  5. Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus.
  6. Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran.
  7. Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku.
  8. Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan.
  9. Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi.
  10. Jangan biasakan anak tidur tertiarap.
  11. Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan.
  12. Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur.
  13. Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari.
  14. Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin.
  15. Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap).
  16. Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain.
  17. Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang.
  18. Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya.
  19. Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan.
  20. Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain.
  21. Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka.
  22. Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi.

Perkara ini hendaklah dilakukan selalu agar anak-anak terbiasa dengan perkara-perkara yang baik.Untuk membiasakan didikan-didikan di atas, ia memerlukan kesefahaman, kesepakatan dan kerjasama antara ibu bapa. Kita sudah sepakat dan saling bekerjasama untuk menerapkan didikan tersebut ke atas diri anak kita sejak anak itu kecil lagi, iaitu ketika umurnya antara tujuh sehingga 14 tahun.

Ini adalah masa yang terbaik ibu bapa mendisiplinkan anak-anak. Insya-Allah anak kita akan menjadi anak yang sejuk mata memandang dan menjadi pemimpin pada orang-orang yang beriman kelak. Seterusnya untuk menjadikan anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang.


Koleksi ANIS / Oleh: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood


Fakta Tentang Mealshake



Meal Shakes
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:  •    Sarapan segera yang berkhasiat  •    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli  •    Hidangan segera untuk para atlet  •    Kudapan menarik pada bila-bila masa  •    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


FACTS ABOUT MEALSHAKES

  • Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
  • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
  • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.


Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Naturally good nutrition n great taste.No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added..
  • a wholesome instant breakfast
  • a delicious,inexpensive meal in hurry
  • a nutrition packed meal supplement
  • a detectable snack any time
  • an ideal meal for people watching their weight or controlling total fat cholestrol and sodium


Kenapa MealShake berkesan utk kulit?
Kerana ia mengandungi protein....

PROTEIN..
  • Protein berfungsi untuk membentuk sel baru bagi menggantikan sel mati atau sel yang telah rosak
  • Protein digunakan untuk membina tisu penghubung pada ligamen, tendon dan otot
  • Protein digunakan untuk mensistesiskan antibodi bagi mempertahankan badan daripada penyakit
  • Protein berfungsi untuk mensintesiskan hormon bagi koordinasi badan

Jadi, tunggu ape lagi, hubungi saya untuk mendapatkan Shaklee Mealshake yang lazat dan berkhasiat!

Norul
0173463244
norulh@gmail.com
fb:Norul Haslizan Harun


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Kisah Pramugari Yang Menyusukan Anaknya


Saya selalu kagum dengan ibu-ibu yang berjauhan dengan anak mereka, tapi masih berjaya menyusukan anak-anak mereka. Sering saya berdoa semoga diketemukan dengan salah seorang ibu yang berjiwa cekal ini. Kenapa saya katakan cekal?Sebab ia bukan mudah. Even myself yang mengadap anak tiap-tiap hari ada masanya pun  rasa nak ‘give up’.Alhamdulillah, doa saya diperkenankan Allah.
Inilah ibu cekal tu. Aini Wardiah namanya :) Seorang pramugari. Kerja sebagai pramugari tak semudah yang disangka tau. Ya, saya pun rasa macam mudah je keje ni. Berpeluang berjumpa face to face dengan Aini tahun lepas menyedarkan saya bahawa kerja sebagai pramugari tak semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi bagi pramugari yang menyusukan anaknya!
Semasa bertemu dengan Aini, saya ajukan soalan ” Dalam flight pump kat mana?” Aini jawab ” Dalam toilet..tu pun kena tunggu turn takut ramai orang. Or kadang-kadang tak dapat pump sebab toilet kotor.” Cerita Aini lagi, kadang-kadang jika terlalu busy (yes it’s not easy tau jadi pramugari..bukan kena lawa-lawa je), dia tak sempat pump sehingga berjam-jam. Sampai bengkak! Penat? Memang penat… Dan saya berfikir, Aini sanggup mengepam di dalam toilet demi anaknya, tapi saya walaupun ada tempat yang agak selesa pun kadang-kadang rasa malas.
Tapi itu bukan penghalang untuk Aini tetap mengepam susu untuk si hensem Areef. Well done my dear :) Lebih mengharukan bila Aini bagitau yang Areef dijaga oleh neneknya. Meaning walaupun Aini off day jika off day nya cuma 1-2 hari dia still tak dapat jumpa Areef. Cekal? Yes this is cekal…
Saya tanyakan lagi kepada Aini, “Kenapa nak bf..keja mcm u ni susah skit” Jawab Aini “This is the best i can give to my son”  You are right my dear. Aini cerita lagi walaupun Areef lama tak jumpa, tapi bila Aini balik dia tau itu ammi nya… Hm…baby susu ibu memang rapat dengan ibu kan? Macam mana pun dia tau, itu ibunya.. Sungguh indah dan ajaib ciptaan Allah.Subhanallah…
Cara Aini packing susu nak bawak balik kampung untuk lil Areef:)
Agaknya masa scan orang tu tanya eh apa benda ni? Hehehe…
Kerja sebagai pramugari macam yang saya katakan (setelah Aini explain bagaimana), memang memenatkan. Dengar cerita Aini, kerja Aini lagi penat dari kerja saya di hotel..Hahhaha…. So untuk terus bertenaga, cantek (mestila cantek dah namanya pramugari kan) dan yang paling penting terus dapat membekalkan susu kepada lil Areef, Anis consume Shaklee Set B. Cerita Set B di sini.
Kata Aini lagi, “Pump mesti konsisten..Tapi vitamin helps me a lot. Sebab terus bertenaga. Baru dapat buat stok. Bila rasa susu drop kena buat power pumping”. Mendengar cerita Aini membuatkan saya ‘malu’. Yelah, kadang-kadang saya pun skip pump. Malas buat power pumping walaupun mempunyai kesempatan untuk buat.
Ini stok Areef untuk setengah bulan je tau. Sometimes saya rasa kelakar bila chat dengan Aini bila dia bagitau yang dia tengah mengepam susu di hotel Kota Kinabalu..Bila chat lagi pada malam harinya, dia tengah pam susu di hotel Manila! Wah, terbang sana sini ebm Areef ye :)
So mommies out there, jika anda rasa down untuk meneruskan penyusuan bayi anda, fikirkan tentang Aini. Bagaimana cekalnya dia demi Areef.  :)
Jom follow  our proud  Stewardess who breastfeed her Areef here. Im so proud of you babe.. Semoga perjalanan menyusukan Areef dipermudahkan Allah.  Amin… :)


Panduan Menurunkan Kadar Kolestrol Dalam Darah

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada:
  • Pemakanan : Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
  • Tubuh Manusia : Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Dua jenis kolestrol:
  1. LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ 
  2. HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda. Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol anda. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.

Saranan untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah

Amalkan diet yang sihat dengan mengambil makanan yang rendah kolestrol, rendah lemak tepu dan bebas lemak trans. Kekalkan berat badan yang ideal dan sentiasa bersenam. Selain itu, supplemen di bawah boleh membantu merendahkan kadar kolestrol dalam darah:
  1. Omga Guard : DHA dan EPA menurunkan kadar kolestrol jahat LDL
  2. Lecithin  : Lecithin menurunkan paras kolestrol dalam serum
  3. Vitamin B Complex : Vitamin B3(niacin) membantu menurunkan kadar kolestrol.
  4. Garlic : garlic merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah
  5. Vitamin E : Vitamin E membaiki peredaran darah
  6. Herblax dan Alfalfa.: Bertindak sebagai fiber. Ia bergabung dengan kolestrol dan mengangkut keluar melalui najis.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk di atas. Konsultasi juga diberikan untuk memilih produk paling minima. 

Norul
0173463244
norulh@gmail.com
fb:Norul Haslizan Harun


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





10 TIPS Merangsang Kehamilan & Makanan Tambahan yg Disarankan

Credit

Hamil dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat wanita.  Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap. Bagaimanapun, tidak semua wanita melalui pengalaman mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada sesetengahnya memerlukan bantuan atau melakukan teknik-teknik tertentu sebelum terjadinya kehamilan.

Kepada anda yang menghadapi kesukaran untuk hamil, barangkali anda boleh mencuba TIPS berikut:
  1. Mula mengambil asid folik. Anda mengurangkan kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural 50% sehingga 70%, sekiranya mula mengambil 0.4mg asid folik, sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.
  2. Cuba menjadikan sesi melakukan hubungan seks adalah saat yang ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Gunakan bilik lain selain dari bilik tidur.
  3. Jangan terus bangun dan pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan kelamin. Berbaring sekurang-kurangnya 5 minit bagi meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke telur.
  4. Ingatlah, menghasilkan zuriat ibarat anda bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’, anda sebenarnya hanya mempunyai 25% ke 30% untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
  5. Adakah anda peminat minuman berkafein? Hentikannnya atau bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
  6. Silalah bertukar kepada pekerjaan lain sekiranya anda atau pasangan bekerja di tempat yang menyebabkan anda dan pasangan terdedah kepada bahan-bahan yang berbahaya. Ada sesetengah bahan memberi kesan kepada kualiti sperma dan perkembangan embrio.
  7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincang mengenai rancangan untuk hamil.
  8. Pastikan kawasan di sekitar vagina adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur vagina atau tampon yang berbau wangi (menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina) dan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran (boleh membunuh sperma).
  9. Minta suami anda untuk mandi air sejuk 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Air sejuk akan merangsang pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
  10. Sebaik sahaja selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkan bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.
Setelah kita berusaha, meminta lah kepada NYA. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan:
Ada pun doa-doa yang bisa dibaca bagi seorang muslim agar diberikan kehamilan dan keturunan, diantaranya : Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)
Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran : 38)

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)
Serta doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. Ash Shafat : 100)
Suplemen yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami & isteri:
  1. Zinc Complex - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.
  2. Vitalea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.
  3. B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
  4. Vit E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.
  5. GLA Complex - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.
  6.  Alfalfa Complex - membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).
 
Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InshaAllah..

Hubungi saya
Norul
0173463244
norulh@gmail.com
fb:Norul Haslizan Harun


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.