Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Punca Susah Hamil Dan Supplemen yang Dicadangkan

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, kebelakangan ni ramai yang bertanya tentang produk untuk kesuburan. Pertama sekali suka untuk saya ingatkan untuk kita ketahui punca dulu sebelum ambil keputusan mendapatkan rawatan sebab mungkin produk yang diambil tak berkaitan pun dengan punca masalah. Sekiranya anda sudah berkahwin lebih dari 2 tahun & masih belum mendapatkan zuriat, pertama sekali anda perlu berjumpa doktor untuk check sekiranya anda mempunyai masalah fizikal seperti masalah ovari, rahim terbalik dan sebagainya.
Antara punca-punca lain yang perlu diberi perhatian :
  1. Keletihan – kerap rasa letih dan lesu mungkin menyebabkan badan kurang produktif
  2. Hormon tak stabil, period tak menentu
  3. Masalah keputihan yang serius
  4. Suami seorang perokok
  5. Berat badan berlebihan untuk suami dan isteri
  6. Banyak ambil pemakanan yang kurang sihat seperti fast food, junk food dan minuman bergas. (sumber)
  7. Asyik fikirkan nak anak semasa bersama – Seorang makcik pernah beri nasihat pada saya, kalau kita asyik fikir nak anak je masa bersama, secara tak langsung kita akan stress. Just enjoy the moment dan jangan fikirkan apa2.
Jadi, bila anda tahu punca dan tahu kebaikan produk barulah mudah untuk membantu kan.
Antara supplemen yang dicadangkan untuk membantu kesuburan suami isteri :
Vita-lea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh. Penting untuk suami isteri yang sibuk bekerja dan kurang menjaga tentang pengambilan makanan.
B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron. Suami yang merokok memerlukan lebih vitamin C untuk membantu meningkatkan semula produktiviti.
ESP (Protein) - Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2. Protein juga membantu menyihatkan ovum & sperma
Vitamin E & Selenium - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
Jadi, buatlah pilihan produk yang bersesuaian dengan diri anda.
 
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplemen adalah sebahagian dari usaha sahaja. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kesediaan anda untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidup kalian. Banyakkan juga berdoa, berzikir dan lakukan solat hajat & solat taubat. Semoga usaha anda dirahmati Allah.

Salam sayang,

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah

Supplemen Shaklee yang Popular di Kalangan Ibu-ibu yang Ingin Menambah Susu Badan

Credit to Ita 
 
Trend dan cara hidup masa kini dimana kebanyakan ibu-ibu berkerjaya..menuntut komitmet dan keazaman yang tinggi apabila mereka ingin menyusu bayi dengan susu ibu secara ekskusif. Kebanyakan ibu-ibu mengadu mereka sering berasa letih, tiada tenaga dan stress. apabila kembali bekerja...perlu terkejar-kejar untuk menyelesaikan beban tugas, tidak mendapat nutrisi yang cukup dari pemakanan seharian dan berasa cepat letih dan stress. apabila keadaan ini berlaku, susu mudah drop. dan apabila susu drop..ibu makin tertekan..dan merumitkan lagi pengeluaran susu. dengan keadaan ini, suplemen tambahan diperlukan untuk memastikan ibu mendapat cukup nutrisi, memberi tenaga, menjaga emosi agar tidak stress. dan membantu mempercepatkan penghasilan susuibu.

Buat semua ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi terutama bagi mereka yang baru mengenali dunia penyusuan, saya ingin berkongsi pilihan suplemen bagi ibu menyusu bayi yang benar-benar mempunyai permintaan yang sangat tinggi iaitu:


1.suplemen minimum



  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B Complex, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
  • Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit-birit dengan alfalfa.
  • Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi,
  • Vitamin C fokus on imun sistem,
  • Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh
  • manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut


2.Suplemen basic 1



  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B Complex, vitamin C, Alfalfa dan ESP
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat



3.Suplemen basic II



  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Energising Soy Protein
  • set ini sesuai diambil oleh ibu yg merupakan pesakit SLE.
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.


4. Suplemen optimum



  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
senarai di atas adalah antara cadangan suplemen untuk tambah susu badan yang popular dikalangan ibu-ibu di malaysia. saya sendiri mengamalkan kesemua suplemen yg ada bagi memastikan saya dan bayi mendapat cukup nutrisi.


Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.



Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang suplemen mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee independent distributor anda.


Salam Sayang,

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
 

Asthma, Batuk, Selsema dan Demam di Kalangan Bayi dan Kanak-Kanak

Masa ambil anak2 dari rumah pengasuh tadi, A'tiqah anak sulung saya yang berumur 4 tahun bercerita, "Ummi, Hana demam. Dia batuk, dalam paru2 dia ada kuman, nenek kata". Hana adalah kanak2 berumur 2 tahun yang turut dijaga pengasuh yang dipanggil "nenek" oleh anak2 saya.

Di facebook pula, ade kawan2 yang post pasal anak2 mereka yang skrg ditahan di hospital akibat demam yang sangat tinggi, bronchitis, atau batuk yang berpanjangan.

Sebagai ibu, saya juga tersentuh dan kasihan dengan Hana dan kawan2 yang mengalami masalah begini. Saya sendiri pernah mengalami masalah sama dengan anak sulung dan kedua. Kedua2 mereka pernah ditahan di wad serentak akibat demam yang amat tinggi dan batuk. Doktor di klinik panel pon dah memang kenal dengan kami sebab selalu sangat ke klinik. A'tiqah sendiri pernah ditahan sebanyak 2 kali akibat batuk. Pertama ketika umurnya 8 bulan dan kedua ketika berumur 2 tahun.

Saya bersyukur dikenalkan dengan Shaklee. Produk yang menggunakan sumber galian ciptaan Allah yang amat bermutu tinggi. Saya hanya mengenali Shaklee selepas melahirkan Raudhah, anak ketiga. Mungkin juga khasiat Shaklee disalurkan kepada Raudhah melalui susu ibu, maka Raudhah amat jarang diserang demam. Jika ada pon, demamnya tidaklah berpanjangan dan batuknya tidak melarat sehingga terpaksa mengambil ubat. Apabila Raudhah demam, batuk atau selsema, hanya perkara berikut yang saya lakukan:

1. Mandi dan demah tubuh dan kepalanya dengan Basic H.
2. Saya akan ambil Nutriferon sepeket sehari
3. Saya tingkatkan pengambilan Vitamin C Shaklee kepada 2 kali sehari.

Selain perkara diatas, saya juga amalkan petua2 lain yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Boleh rujuk di sini ye :)

Meal Shake Shaklee
Berkenaan A'tiqah dan A'isy, saya amat2 bersyukur kerana tahap kesihatan mereka sudah amat baik sekarang. Syukur padamu yaAllah. Ya, Shaklee bukan bertujuan mendiagnos, merawat atau meyembuh sebarang penyakit namun ia amat2 membantu dalam meningkatkan taraf kesihatan. Sebagaimana adik mereka Raudhah, A'tiqah dan A'isy juga sudah amat jarang demam, batuk dan selsema. Terima kasih kepada MealShake dari Shaklee. Asalnya, saya beri mereka Mealshake untuk menambah selera makan, tak disangka rupanya Mealshake juga membantu mereka untuk lebih sihat dan kuat dalam melawan jangkitan kuman. Bila dibelek tin Mealshake, kita akan dapati bahawa Mealshake mengandungi hampir semua vitamin2 harian yang diperlukan tubuh yang membantu tubuh untuk lebih sihat dan bertenaga.

Testimoni Mealshake


Omega Guard Shaklee
Namun, adalah normal untuk semua individu diserang selsema, batuk atau demam. Alangkan orang dewasa pon diserang, inikan pula bayi dan kanak2. Apa yang boleh dilakukan ialah membantu mereka membina sistem ketahanan tubuh yang lebih jitu. Jika boleh, elakkan penggunaan ubat ubatan yang boleh membawa mudharat untuk jangka masa panjang. Saya pernah kongsikan sebelum ini tentang bahaya ubat batuk dan ubat selsema kepada bayi dan kanak2. 
Pengalaman dengan A'tiqah dan A'isy yang muda setahun dari kakaknya membuatkan saya amat berhati2 dengan penggunaan ubat ubatan.NO MORE ANTIBIOTICS FOR MY KIDS.

Oh ya, selain Mealshake, A'tiqah dan A'isy juga saya beri OmegaGuard apabila mereka menunjukkan tanda2 batuk. Omega Guard dari Shaklee bertindak "memanaskan" dada mereka dan mencairkan kahak. 

Testimoni Omega Guard

Begitulah serba sedikit pengalaman yang dapat saya kongsi. Sesungguhnya saya amat gembira kerana Allah telah mengurniakan tahap kesihatan yang lebih baik buat kami sekeluarga.  Alhamdulillah.

Salam Sayang,

Norul
0182907924
FB Page: Ummi Tiqah
 

Ilmu Penyusuan - Persediaan dan Panduan




S : Kini saya hamil anak kedua. Saya berazam mahu menyusukannya selama yang boleh. Apa panduan untuk saya ikuti sepanjang hamil, awal kelahiran dan selepas tempoh enam bulan melahirkan?
Nadia, Setapak, Kuala Lumpur
J : Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi juga. Persediaan penyusuan susu ibu yang paling penting ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sepanjang kehamilan ini. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.
1. Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang isu penyusuan susu ibu secara menyeluruh.
2. Mulakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolostrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.
3. Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan bersandar kepada bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal untuk sokongan. Pastikan juga bayi melekap dengan baik.
4. Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi (baby’s cues) tanpa sekatan. Perhatikan isyarat itu: Mulut bayi buka tutup (mouthing), rooting, meletakkan tangan di mulut dan menangis. Apa-apa pun, jangan tunggu sehingga dia menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.
5. Pastikan payu dara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payu dara dikosongkan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan!
6. Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda daripada pihak profesional terlatih dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik-baiknya dapatkan panduan daripada perunding laktasi.
7. Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payu dara yang sebelah lagi.
8. Elakkan puting kosong(pacifier).
9. Menyusu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.
10. Jangan beri suplemen (air, air glukos, susu formula, makanan bayi dan lain-lain) kepada bayi.
11. Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan dan kesihatan ANDA. Apabila anda sihat, bayi pun sihat juga. Diet yang berasaskan empat kumpulan asas adalah disarankan. Walau bagaimanapun, makanan yang anda ambil tidak akan memberi kesan kepada susu tetapi pada tahap kesihatan. Jadi, jaga diri anda.
12. Jika berkerjaya, pastikan anda membuatkan persediaan yang perlu.


Alhamdulillah, saya ditemukan dengan Shaklee selepas melahirkan anak ketiga. Apa yang saya amalkan untuk membantu penyusuan? Jom saya kongsikan.


Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
Pengambilan Kalsium turut membantu dalam pelawasan dan juga penyusuan susu ibu. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.
ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Sumber: Hanis Amin

Nak order Shaklee? Hubungi saya:



Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
 

Berat badan Turun, Kulit Makin Berseri, Tubuh makin Bertenaga dengan Shaklee

Testimoni menarik seorang pengguna Shaklee


Beliau menggunakan Herblax, Lecithin dan ESP untuk menurunkan berat badan. Sebagai bonus, kulitnya makin cantik, badan makin cergas dan parut2 jerawat juga semakin hilang.

Berminat dapatkan Shaklee? Konsultasi berterusan apabila anda membeli produk Shaklee dari saya. 
Salam sayang,

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
 

Sihat dan Cantik Ayu Raudhah ~ Vivix Shaklee


Ayu Raudhah

Anda kenal tak Ayu Raudhah? Kalau tak kenal, beliau berlakon dalam cerita Nur Kasih dengan memegang watak sebagai Aliya. Ayu juga adik kepada Rozita Che Wan. Pelakon ni berkahwin dengan Zaquan Adha, pemain bola sepak kebangsaan. Ayu adalah seorang yang concern tentang kecantikan dan kesihatan.

Ayu Raudhah, dalam salah satu tipsnya, mengambil minuman VIVIX daripada Shaklee sebagai suplemen harian beliau.

Vivix dari Shaklee



Berikut adalah antara tips-tips yang diamalkan oleh Ayu Raudhah sendiri:


Tips kecantikan wajah

- Membersihkan dan menjaga muka dengan kerap
- menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah
- Menjalani rawatan muka dari produk2 yang dipercayai

Tips kesihatan rambut

- menggunakan daun bunga raya

Tips kesihatan tubuh badan

- menjaga pemakanan
- melakukan senaman (bangkit tubi 50 kali sebelum tidur)
- mengamalkan sirap Shaklee (Vivix)


Info:

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Bagi anda yang tidak hamil/menyusukan anak, cubalah Vivix untuk kesihatan optimum. Sesuai untuk warga tua dan mereka yang mengalami masalah untuk menelan ubat berbentuk pil. Sesuai dijadikan hadiah kepada ibu bapa. Vivix tidak dibenarkan kepada kanak-kanak, wanita hamil, dan ibu yang sedang menyusukan bayi.
 
Credit : hadhatina

Berminat mendapatkan Vivix atau bertanya lebih lanjut?
Hubungi saya

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
 

TIPS LEPAS BERSALIN MODEL 80-AN, NANI ROSTAM (IBU HANIS ZALIKHA)


Siapa yang tak kenal celebrity blogger yang juga model dan pelajar, Hanis Zalikha. Jangan tak tahu ibu beliau juga seorang model (tahun 80-an) dan masih anggun hingga kini. Aunty Nani Rostam banyak mengamalkan petua kecantikan.

 Nani Rostam



Antaranya ialah
PETUA SELEPAS BERSALIN ini:
(1) Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani. Reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. 1 cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.
(2) Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.
(3) Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.
(4) Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya. Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.
(5) Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.
(6) Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.
(7) Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shaklee yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru.....

@Botol Shaklee di rumah Nani Rostam

(8) Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.
(9) Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.
(10) Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakkan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, Insya Allah, badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.


*Source:
Nani Rostam.


Aha, jangan tak tahu Aunty Nani Rostam juga mengamalkan vitamin Shaklee tau!



Nak cantik macam Aunty Nani Rostam? Jom amalkan pengambilan makanan tambahan dari sumber semulajadi. Semestinya Shaklee!




Jadi apa yang menarik untuk dikongsikan di sini ialah, beliau mengamalkan pengambilan food supplement dari Shaklee yang sememangnya terkenal dari zaman dulu lagi. Jadi, mengikut supplement yang beliau ambil, ia merupakan suplemen yg beliau ambil ialah Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Zinc & Alfalfa, ESP (susu protein) dan Vitamin E. 



semasa berpantang, cubalah ambil suplemen dari Shaklee.. anda akan rasa perbezaannya.. dan saya sgt2 menggalakkan anda utk add on Ostematrix (kalsium-magnesium-Vit D) dan juga ESP...  . tubuh anda juga akan rasa bertenaga dan kurang stress walaupun kurang tidur / rehat...
 
Credit: fabulousmama

Salam sayang,

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
 

Cantik Menawan dan Berseri Di Hari Perkahwinan Dengan Shaklee Collagen Powder

Musim cuti sekolah sudah bermula. Sana sini ade majlis perkahwinan. Alhamdulillah... Jika anda pembaca blog saya merupakan salah seorang dari bakal raja sehari ni, TAHNIAH saya ucapkan. 

Dah cukup bersedia menghadapi hari bahagia? Selain persedian rohani dan mental, bagaimana dengan persediaan fizikal anda?

Bercakap tentang perkahwinan, wanita terutamanya pasti nak kelihatan cantik, menawan dan berseri2 di hari bahagia tersebut. Supplemen Shaklee seperti vitamin C, Vitamin E dan Vitamin B Complex memang terbukti berkesan membantu menaikkan seri wajah jika diambil secara konsisten. Namun, kesan dan serapan bergantung kepada individu. Ade yang kesannya cepat, ade yang kesannya lambat. 

Namun, jika anda rasa sudah terlambat untuk mengambil supplemen supaya cantik, anda salah. Formulasi hebat Shaklee Collagen Powder mampu memberi kesan yang sangat cepat kepada sesiapa yang mengambilnya.

Testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder

Apa beza Shaklee Collagen Powder berbanding kolagen lain di pasaran? Shaklee Collagen Powder memiliki molekul yang amat kecil iaitu 1,000 Dalton sahaja berbanding molekul kolagen lain iaitu 300,000 Dalton. Sebab itulah Collagen powder Shaklee amat mudah diserap

Molekul Shaklee Collagen Powder

Tak percaya??

Sila klik untuk besarkan gambar

Gambar2 di atas semuanya asli ye, tak main photoshop suma :) masih tak percaya? Anda cubalah sendiri. Pasti tak menyesal. Macammana nak dapatkan Shaklee Collagen Powder? Hubungi saje saya:

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
 

Basic H Ketika Kecemasan ~ Terkena Air Panas

Ini testinomi saya sendiri. Kelmarin, tangan saya terkena air panas dari Thermo pot semasa nak bancuh Milo anak lelaki saya. Mata ke lain, tangan ke lain, hai cuainya...

Mula2 tu saya biar aje, takde letak kat air paip pon. Tapi selepas 5 minit mula rasa pedih dan baru nampak tangan dah merah membiru. Alamakkk. Nak melecur ke?

Terus saya amik Basic H, tuang sket kat tempat melecur, gosok2. Terasa sejuk jek cam pudina, walhal Basic H takde menthol sebenarnya. Selepas tu saya buat keje2 rumah cam biasa sampai terlupa perihal tangan tu.

Tiga jam kemudian, baru saya teringat pasal tangan yang melecur. Tgk semula... aik??? mana kesan merah tadi? Sungguh saya kagum. Tangan saya langsung TAKDE KESAN. Macam langsung tak pernah terkena air panas. Alahai, rugi saya tak amik gambar masa kulit tgh merah tadi. Kalau tak, boleh buat gambar "sebelum" dan "selepas". Hehe. 

Memang best sungguh basic H ni. Selama ni saya cuma guna Basic H untuk cuci botol susu anak2, mop lantai, demah dan mandikan anak2 bila demam dan cuci daki degil di bilik air. memang banyak lagi kegunaan basic H ni cam yang saya penah kongsikan sebelum ni. Nak baca sila klik sini ye.

Basic H ialah pencuci serbaguna organik dari Shaklee. Tanpa bahan kimia yang merbahaya. Tahu tak, Oprah dan Obama pon pakai Basic H ni :) 




Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Anda nak dapatkan Basic H? Sila hubungi saya:


Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah





Alfalfa ~ Merapatkan Keintiman Wanita

Alfalfa merupakan buah hati Shaklee saya. Disebabkan Alfalfa lah saya jatuh cinta dengan Shaklee dan terus join Shaklee untuk berkongsi dengan kawan2. Amat banyak khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita tak kira usia. Hari ni saya nak kongsikan satu testimoni menarik seorang penggunan Alfalfa. Beliau mengambil supplemen Shaklee untuk penyusuan, namun tidak menyangka mendapat bonus... PUJIAN DARI SUAMI

Atas sebab "Sensorship" dan menghormati tuan punya badan, testimoni yang asalnya panjang berjela ni terpaksa ditapis :) Namun, jika anda merupakan pelanggan Shaklee saya, anda boleh lihat versi penuh di group FB tertutup, khas untuk pelanggan2 Shaklee kami.

Menarik bukan? Inilah salah satu sebab mengapa saya jatuh hati dengan Alfalfa. Alfalfa bukan sahaja mengatasi masalah keputihan kepada wanita, sebagai penggalak susu,merapatkan keintiman, malah terdapat pelbagai lagi khasiatnya. Malah masalah angin yang saya hadapi sejak sekian lama kini tiada lagi, alhamdulillah. Anda nak dapatkan Alfalfa Shaklee?

Hubungi saya:


Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah


Performance Drink~ Kembalikan Kesegaran dan Tenaga Akibat Nyahidrasi

Ingin saya kongsikan satu testimoni menarik tentang Performance Drink Shaklee

Sila klik untuk besarkan gambar
 

Tidak hairanlah Performance Drink ni menjadi produk HOT semasa bulan puasa. Saya sendiri menggemari Performance Drink terutama semasa cuaca panas, travel jauh dan bila badan terasa lemah dan letih. Ia memberikan tenaga berterusan. Pernah anak2 yang baru berumur 2 dan 3 tahun  minum PD saya. Akibatnya, dua2 orang terlompat2 walau dah pukul 3 pagi. Aduhai...

Nak dapatkan Performance Drink Shaklee? Hubungi saya

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah